Keadaan dalam keretapi lebih teruk bila musim balik cuti hari raya. Penuh sesak macam sardin. Pernah aku dan kawan-kawan terpaksa menyelit celah orang ramai sampai ke Kuala Kangsar. Ada juga yang tak sempat nak turun di stesen apabila terperangkap di tengah-tengah penumpang lain bila sampai ke stesen tujuan masing-masing. Terpaksa lah turun di stesen lain yang berhampiran.
Tapi bila bab balik naik kereta api ni... terutama cuti dengan dengan hari raya... seronok pun ada. Budak-budak berdekatan, dia orang keluar awal lagi, dengan naik bas awam atau naik kereta keluarga. Kami yang jauh ni, bas sekolah hantar ke stesen keretapi.
Aku sorang saja tinggalnya orang Perlis, mula-mula ramai member seangkatan naik keretapi, sampai Ipoh ... turun, sampai Taiping... turun, sampai Penang... ada lagi yang turun. Sampai kat Alor Setar, dah tinggal aku sorang. Aku turun kat Arau.
Di SMS Selangor ni, asalnya ramai student dalam satu-satu kelas tingkatan enam bawah. Ada dua kelas aliran Inggeris dan 2 kelas aliran Bahasa Melayu. Lama-lama kelas jadi satu untuk bahasa melayu dan satu untuk bahasa inggeris. Kelas aku tinggal 6 orang saja, sebab, lama-lama ramai dapat offer masuk univesiti atau pergi sambung belajar di luar negeri. Aku juga di sini! Tension jugak, tapi aku dapat banyak keistimewaaan dan pengalaman baru.
Selama aku bersekolah dari sekolah rendah, memang tak pernah dilantik jadi pengawas... sampai di SMSS Cheras ni, kena pulak di lantik jadi pengawas. Siap ada interview pulak. Cikgu yang interview tu tentunya cikgu pengawas dan guru disiplin. Rupanya rekod perangai aku ada dengan dia. Dia pun tahu aku ni kaki merokok. Aku dapat jadi pengawas walaupun bukan aku yang minta. Jadi pengawas ni, seluar dah tukar warna coklat gelap. Kena pakai tie tiap-tiap hari... naik rimas aku waktu mula-mula tu. Aku rasa , macam dah tak ada orang lagi kut nak dilantik jadi pengawas, sebab tu aku kena.
Kat sekolah nie, abang-abang pengawas dari form six ni , junior cukup hormat. Asal berselisih je, ada lah yang bagi salam... termasuk lah yang perempuan.... tersengih-sengih bagi salam. Nak husha aku kut! Setengah tu lawa juga... kata orang cun... tapi aku tak layan sangat... pertama dia orang ni selalunya anak orang kaya.... nombor dua... aku tak mampu nak layan marka-marka ni! Poket aku penuh duit siling, itu pun puas mengutip. Nie penuh cerita sahdu, bab kutip duit siling , buat belanja keluar bandar... dah lama tak keluar, otak dah boring tahap maksima... nasib kawan aku nie... Chandra K.Raj ada... sama2 menyelongkar cari duit siling!
Ada satu budak , student lelaki kat sini, form two rasanya.. dia baik dengan aku... tak tahu sebab apa. Tapi dia anak orang berada jugak... aku ni macam abang angkat la konon. Dia ada kakak kat sekolah yang sama. Jadi budak ni baik dengan aku sebab orang pun tak berani nak kacau dia. Yang untung nya, bila dia balik week end, ada saja bekal untuk aku. Ada dia ajak ke rumah, malas aku nak layan... tapi kakak dia tu lawa jugak... aku ingat mungkin kakak dia ni minat kat aku kut! Kalau aku pergi rumah dia, dah tentu naik kereta Merc, dah tu makan sure best... cuma aku tak sanggup. Tok Su aku kat PJ pun aku tak jenguk rumah dia, walaupun dia tok saudara aku... tapi dia ni memang kaya raya... tu yang aku tak sanggup nak jenguk rumah dia, sebab boring tenguk anak menantu dan perangai cucu2 dia. Tok Su aku tu ok, selalu dia pesan suruh aku ke sana.. nak pi dengan apa, aku bukan tau sangat!
Satu perkara yang tak boleh aku lupa ialah ... sekolah ni sembahyang jumaat kat dewan sekolah. Pada satu hari, lepas sembahyang jumaat, ada pulak mesyuarat perlantikan ajk Persatuan Pelajar Islam (PPI). Aku dah nak keluar dari dewan (malas nak join), tapi terdengar nama aku di panggil. Aku pun pandang ke belakang, rupa nya betul... ustaz panggil aku, dia lantik aku jadi setiausaha PPI, sebulat suara... Macam nak kenakan aku jer!
Antara tugas aku sebagai setiausaha ialah menguruskan dan mengatur urusan sembahyang jumaat termasuklah memasatikan dewan di cuci, tikar dibentangkan dan jadual azan dan sebagainya. Amboi, waktu pagi dah kena bangun untuk pastikan ada bilal azan kat surau tingkat bawah asrama. Aku tak pulak pernah azan!
No comments:
Post a Comment