Friday, August 2, 2013





FROM THE JUNGLE TO OP AND NOW I'M ON TEA PLANTING....UMMPPPHHH.....

Monday, June 17, 2013

Cabaran Penanaman Kelapa Sawit di Tanah Gambut



WATER, NUTRIENT AND WEEDS MANAGEMENT....

Lana Yang Aku Tinggalkan

Dah hampir 10 bulan aku tinggalkan Lana tapi kadang-kadang ada juga mendapat panggilan telefon dari rakan-rakan di sana. Kebanyakkan nya bertanyakan tentang kerja-kerja yang aku tinggalkan di Lana. terbaru tentang pengisian borang assessment cukai tanah dengan Majlis Bandaran Kapit. Ini adalah rutin tahunan ladang dalam menjelaskan cukai tanah projek ladang. Assessment dan pembayaran dibuat berdasarkan keluasan tanah yang berhasil atau keluasan ladang sawit yang telah matang. Mudah dan terlalu direct. Masalah nya ialah tak kan benda macam tu pun nak tanya aku macamana nak isi. Apa Senior manager in-charge buat? nak lepas tangan!!! Terbaru juga aku dimaklmkan tentang stok barangan makanan pekerja yang dikatakan telah expired!!!. Baru nak check dan katakan nak buat write-off!!! Tolong lah sikit...takkan lah nak salahkan orang yang dah tinggalkan ladang tu lebih bulan dulu. Bila benda tu expired??? Apa yang di buat selama 10 bulan nie? Tak pernah check stor ke????? So, lantak lah...memang senang nak salahkan orang yang tiada!!!
Terdengar juga cerita tentang ada pegawai yang tak tahu jumlah pekerja nya sendiri. Ada juga yang menipu pengarah tentang kereta nya di curi...woiii, apa sudah jadi????

Sunday, June 16, 2013

Mau Join The Planting Industry?

Pengurus Ladang, Penolong Pengurus Ladang, Cadet Planter di kategorikan atau dikenali sebagai Planters. Kerjaya seorang planter bermula dari peringkat cadet planter atau probationary assistant. Probation period menjangkau dari 6 bulan hingga 2 tahun, bergantung kepada syarat-syarat perjawatan. Itu untuk para garduan samada dari jurusan pengurusan ladang atau lain-lain jurusan pengajian. Kursus perladangan yang biasa ialah DPIM atau Diploma in Planting Industry and Management yang dikenalikan oleh UiTM atau kursus Diploma Pertanian dari UPM. Ada juga kursus di peringkat Ijazah. Kerjaya seseorang planters juga boleh bermula dari dedikasi dan semangat kerja seorang penyelia ladang yang mungkin bermula dari penyelia ladang gred 3 (field conductor grade 3) seterus nya gred 2 dan satu dan boleh mengjangkau ke special grade. Malah ada yang bermula dari peringkat mandor ladang. Bagi yang berminat, graduan dari kursus lain juga boleh memohon untuk mengisi kekosongan bermula dari cadet planter.
Pengalaman adalah sesuatu yang amat bernilai dalam sektor pengurusan ladang tak kira samada dari industri kelapa sawit, getah atau komoditi lain nya. Permohonan boleh di buat samada menulis terus kepada syarikat-syarikat perladangan atau mencuba nasib pada iklan kekosongan yang ada. peluang dalam industri perladangan ini tidak terhad kepada garduan perladangan atau pertanian tetapi pada sesiapa yang berminat dengan kerjaya yang penuh warna-wanri kehidupan, cabaran dan kekuatan mental dan sihat fizikal. Ganjaran nya agak lumayan.....

Tuesday, May 21, 2013

LANA : TETAP DALAM INGATAN

Sejak akhir-akhr ini, ramai yang bertanya kenapa sering nama Lana di bangkitkan.Sebenar nya kerana teringatkan kenangan lama di Lana. Yang terbaru, ramai Ex-Lana yang join balik kompeni tu...antara lain Tang Yoke Wah (jelalong), Hussein Pisang (Kalimantan Projek), Isacc Sagin (Belaga)...dengar kata bagi projek PNG, ada nama2 lain disebut2 seperti John Raynold Basco dan Medani Tukang...Itu lah power Lana...pengalaman nya masih menjadi pilihan syarikat. Rugi kalu pengalaman itu dibiarkan berlalu.

Sunday, January 20, 2013

BUKAN LUPA

Sori...bukan aku lupa...tapi banyak yang perlu di buat...sejak berhijrah balik ke Pahang nie...kena adapt dulu suasana di Semenanjung..pokok sawit tetap sama, kerja tetap sama tapi orang nya serba baru. perangai manusia tak sama...

Lana banyak mengajar aku betapa mengetahui dan mempelajari sikap manusia itu penting..Human Behavior. Masing-masing ada kepentingan sendiri...walaupun KRA, KPI atau target nya tetap sama dan satu.