Tuesday, March 9, 2010

Memoir _ AkhirNya Ke Lana (Bhg 39)

TEMUDUGA DAN TEMUDUGA

Lepas interview dengan SOCFIN , saya ada jugak "attend interview" dengan syarikat dan agensi lain. Antaranya ialah ESPEK dan Harrison Crossfield. Harrision ni kamii panggil "Harison Cross Padang". Waktu "interview" , salah sorang dari panelnya Mat Saleh. Semuanya berjalan lancar dan lepas habis interview, "course tutor" saya bergegas jumpa saya. En Ismail Abdullah atau kami panggil che Mail memang baik. Masih belum kawin waktu tu. Dia kira handsome jugak, kulit "fair" dan memang "cool". Tak tau sebab apa!

Che Mail komen saya tentang soalan bebas yang saya tanya...katanya itu soalan sensitif terutama untuk Mat Saleh tu. Sah saya tak dapat!. Harrision Crossfield kemudian bertukar nama kepada Golden Hope, jadi sebuah syarikat GLC dan sekarang dah "merge" dengan Guthrie dan Sime Darby menjadi Sime Darby Plantation. GLC jugak.

Temuduga ESPEK lagi unik sebab kami, para calun masuk secara ramai sekali gus dalam bilik temuduga. Antara calun nya ramai member satu kursus seperti Rahman Cina , orang Perak. Panel temuduga pun ramai jugak. Rasa pelik. Soalan ditanya banyak teknikal dan setiap orang kena jawab, selalunya ada saja yang beri jawapan berbeza. Saya tak dapat jugak tawaran dari ESPEK. Lemah rasanya!!

Satu pagi, masa "lecture" pagi, saya terlambat. "Lecturer" tengah tulis kat "papan hitam" dalam bilik "lecture" kayu kami yang serba kurang. Panas, sebab yang ada hanya lah kipas angin. Masuk ikut pintu belakang. Bila ";ecturer" tu tengah sibuk menulis, saya pun masuk...pelan-pelan. Member pulak asyik senyum dan ada yang "congrate" saya. Heran jugak. Bila dah duduk kat kerusi kosong, barisan belakang, rupanya ada surat tawaran dari SOCFIN. Bangga rasanya.

Gaji tawaran, pokok ialah RM1450 sebulan. Kira besar waktu tu. Seronok memang tak terkata. Lepas kelas, ramai lah yang bagi ucapaan tahniah. Cepat betul "news spread". Sampai kat kantin pun, ramai dah tahu. Yang bestnya, saya kena lapur diri secepatnya pada 1hb November 1983.. sebelum habis "sit final exam". Dah, mula pening..takkan lah nak kerja bila belum ada diploma kut..."exam" pun belum lagi.

Last sekali, saya hantar surat minta "postpone report duty". Nasib baik diterima. Jadi kena "report" pada 1hb January 1984. "Result pun belum tentu dapat lagi... Habis "exam", saya kena buat "medical check-up" kat panel klinik SOCFIN kat Jalan Pudu. Jadi naik bas ke sana. Sampai awal pagi terus, berjalan ke Jalan Pudu, selepas mandi koboi kat Pudu Raya.. susah juga sebab klinik tu bukan betul-betul tepi jalan..... Akhir nya jumpa jugak...berpeluh!