Friday, April 27, 2018

Akhir Nya Ke Lana (Bhg 64)

Yang nie part yang paling susah nak lupa....

Bila kena patah balik ke Puduraya, pengangkutan yang biasa ialah bas mini. Dah tambang nya tentu lah murah. Seperti yang sedia maklum, duit aku terhad akibat kehilangan duit akibat kena copet. Hanya ada baki-baki yang dalam poket. Cuma nasib aku memang agak baik sebab aku dulu tak letak kad pengenalan dalam wallet kerana aku letak dalam clear folder yg bawa pergi interview tu. Dan yang paling best "zaman duluk2, kita mana ada kad kredit ataupun kad ATM.  Jadi wallet sekadar ada duit dan jugak IC. Dan mcm kata tadi, IC aku dalam clear folder, kalu terletak dalam wallet, puhhh memang jadi Pendatang Asing ler....dengan tak ada duit segalanya.

Sampai Puduraya, first sekali ialah makan....seadanya. Depan Puduraya, seberang jalan, ada kedai mamak. Pekena roti canai dan teh gelas. Roti canai waktu tu baru 5 kupang, campor dgn teh gelas, baru habis satu ringgit. Makan slow-slow sambil tengok perangai orang kat situ, Banyak warga Indonesia kat situ...macam2 hal. Lagi pun kepala tengah ligat, kat mana nak tidor malam nie.

Lepas tu, terpaksa lah merayap dalam Puduraya sementara tunggu orang dah kurang untuk operasi tidor @ berehat. Kat dalam Puduraya tu, banyak jugak kedai-kedai...cuci mata. Ada aircon, tak lah panas sangat. Kalu kat platform bas kat bawah tu, panas dan berasap!!

Banyak kedai yang mula tutup lepas pukul 10 malam, pukul 11 mlm hanya ada sedikit kedai jer yang buka. Itu pun bahagian food court. Puduraya ni sibuk pada masa-masa tertentu saja, ikut time perjalanan bas bergerak keluar atau sampai. Tengah-tengah malam nie dah kurang. Bas malam selalunya berlepas dalam pukul 8 - 9 malam untuk destinasi utara atau pantai timur. Sampai destinasi dalam awal pagi. Dulu hiway nie tak banyak. Bas ekspress dulu, berenti kat kedai-kedai makan...kalau ke Perlis, kadang 2 kali berenti makan. Sini, makan mahal ler, driver bas semua di tanggong. Bas ekpress dulu ada tandas. Ada bas yang tak ber-aircond.

12 tengah malam, aku pun mula cari tempat nak landing. Orang dah tak ramai. Aku lepak kat bangku kat hujung mengadap padang. Berangin!!  Bantal guna bag baju...Tak ada selimut...boleh tahan juga sejuk tidor atas bangku ni. Tak berapa nak lena sangat...sekadar merehatkan mata.

Agak dalam sejam kemudian, aku di kejutkan oleh pak guard. Dia sound tak boleh tidor kat kawasan tu lepas pukul 12 tengah malam. Pergh...satu hal pulak.

Next, ada teringat nak pi tidor kat masjid India kat Wisma Yakin tu. Mula menapak menuju destinasi.

Sampai kat sana, rupa nya masjid berkunci!!!!




Wednesday, April 18, 2018

Ke Lana

Akhir Nya Ke Lana akan bersambung. Semuga di permudahkan.


Pokok Teh Dan Suku Sakat Nya.

 
Pokok Teh Berserta Bunga dan Buah.
 
Buah Teh
Buah Teh Yang Biji Nya di Semai Untuk Pembiakan.

Pembiakkan pokok teh di lakukan secara "cutting" atau biji. Kaedah Tisu Culture belum begitu di terokai lagi walaupun ianya boleh di laksanakan.