Wednesday, October 20, 2010

Bercuti ?

Ingat nak bercuti hujung bulan ni sebab nak bawa isteri relax-relax kat KL setelah lama tak ke sana. Mungkin dengan bercuti dan bersantai berdua, hati dan fikiran jadi tenang dan lega. Kebetulan pula baru dapat rezeki lebih sikit. lagipun, tahun ni , pada Nov adalah ulangtahun perkahwinan aku yang ke 20.

Lalu aku katakan pada bos " nak bercuti"... haaa nak bercuti!!! Dia nak melawat site aku, lepas tu minta aku tunda sebab big bos nak buat important meeting sebelum dia berangkat balik ke KL dengan flight petang , jam 2.30 hari Jumaat, hari yang aku nak bercuti. Maka minta aku postpone, aku kata susah lah sebab aku dah book dan bayar flight dan juga hotel. Hilang RM3000 kalu aku ikut cerita depa ni.

Aku kata, " no la, I can still attend the meeting cos my flight late evening". Oooooooooooo

Bercakap tentang cuti, bagi sesiapa yang tahu tentang plan nak publish novel cerita aku , Memoir - AkhirNya ke Lana.. nampaknya mungkin tak tercapai niat tu. Sebab? Manuskrip asal dah terbakar... nak tulis baru , dah give up. Mungkin teru dengan blog memoir tu saja. Untuk kawan-kawan yang dok tertanya-tanya dan ternanti-nanti, sori banyak-banyak.

La ni pun dok cuti tulis blog memoir tu... idea dah kantoi!!!

Bercuti ?

Friday, October 8, 2010

Memoir - AkhirNya Ke Lana (Bhg 50)

Dah lama kerja kat sini, member pun dah mula ramai. Kebanyakkan nya masih bujang samada kerja kat ladang yang berdekatan , cikgu-cikgu atau kakitangan kerajaan yang lain. Ada juga jadi kerani pos kat Bekok, kebetulan dia ni adik kepada kawan sekampus dulu. Abang dia kami gelar Candu , jadi adik dia kami panggil ganja. Bukan lah kerana dia tu penagih atau apa-apa, cuma gelaran saja.

Khatan, adalah antara kawan yang paling aku suka, dikalangan bukan kerja ladang atau sebagainya. Dia agak berumur dari aku atau kawan-kawan yang lain, tapi dia memang suka bercerita, kelakar dan suka bantu. Pernah aku guna motor vespa dia balik ke ladang sebab motor aku rosak. Vespa dia tu kira antik, dia gelar reban ayam. Nak start kena sengetkan dulu..aku pulak tak mahir dengan vespa ni terutama pasai klas dia. Tayar vespa ni kecik walaupun lebar sikit, masuk jalan ladang terasa betul dia punya "bumping".

Khatan berkawan baik dengan seorang misi kat klinik Bekok. Akhirnya mereka berkawin. Kerap ke rumah mereka dan yang paling tak lupa apabila isterinya masak daging landak , masak kicap...sedap beb!!

Kami , gang bujang selalu buat "outing", yang paling kerap ke Baru Pahat..bukan ada apa sangat, cuma kerap pergi ke "public swimiing pool"...kena bayar. Entah apalah seronok sangat pergi ke situ.

Ada satu ketika, kami beramai-ramai ke Kukup sebab mengiringi kawan kami, seorang cikgu sekolah menengah kat bekok berkawin. Semua sepakat pakai baju batik. Itu lah pertama kali aku tengok cara dan adat berkawin kat situ termasuklah bayaran "tol" bila nak naik ke rumah dan pengatin lelaki nak naik pelamin. Ada juga ke layan silat sebelum naik ke rumah. Kami pakat tolak Khatan ke depan. memang Khatan boleh layan.

Di Kukup Laut, kami pergi ke kawasan kat tepi laut tu. Ada banyak restoren makanan laut. Ramai orang dari Singapura ke sana. Sebab ada member yang hisap rokok kretek, jadi nak beli lah stok. Katanya kat sana banyak yang seludup dari Indonesia. Harga murah. Tapi sayang, kedai situ tak berani jual, mungkin sebab kami ni berpakaian kemas dan ada yang berbaju batik. Mungkin tauke kedai ingat kami ni Kastam atau Polis...muka jarang nampak.

Itu lah pertama dan terakhir aku ke Kukup. Pengalaman baru dengan suasana kampung Melayu (ramai warisan dari Indonesia)... memang menarik dan tenang. Tak tahu lah sekarang!!!

Wednesday, October 6, 2010

TRANSIT DI TENGAH PERJALANAN KE HUJUNG LANA















Hanya Transit, "The Road Trip Shall Continues"