Saturday, December 17, 2011

PNG : Papua New Guinea or Prospect New Goals

Shukor dah lebih setahun di sana. Hari tu dia call aku. Katanya , seorang lagi anak didik Lana bakal join dia di PNG. Bagus ke prospek kat PNG atau itu satu turning pointdalam kehidupan dan kerjaya yang belum tentu hasilnya, baik atau tidak bagi aku yang dah nak masuk 50 tahun. Imbuhan, gaji dan ganjaran belum tahu lagi.

Nampaknya sesuatu yang jauh mungkin amat berguna untuk peningkatan cuma tak tahu peningkatan itu dalam pendapatan atau karier. Itu yang kena fikir. Kerja kat mana pun sekarang mesti ada masalah...cuma masalah yang bagaimana?..bab operasi mungkin terbiasa tapi masalah berkaitan dengan pengurusan itu yang membuatkan orang tak sanggup atau cepat mengalah...

Dunia perkebunan dah banyak berubah...bos dah mula tak sabar...maki hamun dah mula jadi amalan....boleh ttahan!!!??

Friday, December 16, 2011

Memoir - Akhi rNya Ke Lana (Bhg 54)

Kerja dengan IADP tu kira sementara saja. Gaaji ak lah besar tapi aku rasa sukup tenang. Duduk dengan kedua orang tua aku. Pagi-pagi naik motor pi kerja dekat Pejabat LPP Titi Tinggi. Projek yang aku jaga dekat Bukit Cabang..tak luas, kalau nak dibandingkan dengan ladang sawit yang pernah aku kerja dulu. Aku attach dengan Pejabat MARDI negeri. Pegawai MARDI Negeri Perlis waktu tu En Misbahul Munir. Orang nya teramat baik. Dia bagi aku semangat untuk lebih maju ke depan. Kuat merokok...kalu aku ke pejabat dia, sah dia ajak order air dari restoren kat bawah, termasuk rokok. Nak rokok free.

Kat projek tu..tanaman utama ialah Mempelam Harumanis. Dibiayai dengan pinjaman Bank Pertanian. Orang kampung yang jadi peserta projek. Dalam pada tu, aku ada juga projek "cash crop" untuk orang kampung ni. Banyak sebenarnya peruntukkan dari kerajaan termasuk lah peruntukkan dari Projek Demonstrasi Pertanian..bayak bantuan input termasuklah penggunaan jentera bajak dari PMP atau LPP.

Cuma sayang, orang kampung tak berapa bersungguh...mentang mentang senang dapat bantuan. Antara peruntukkan yang pernah aku usahakan ialah program infrastruktur ladang termasuk ah mendapatkan pejabat projek dan juga sebuah traktor lengkap dengan "implement"

Aku juga menggunakan peruntukkan untuk latihan bagi menggaji anak anak muda kampung supaya mereka ni di ajar sambi bekerja untuk menjaga ladang di projek. Bukan projek orang lain pun, tanah orang tua depa jugak. Aku buat style ladang...siap ada "muster call" pagi..lambat tak ada gaji. Aku suruk depa meracun dan membuat kerja kerja ladang yang lain termasuk baja. Ada juga yang cuba mengelat...aku potong gaji.

Orang kampung semakin baik dengan aku..terutama pengerusi projek bernama Pak Ramli dan juga seorang AJK bernama Pak Jaafar. Selalu singgah bersembang sambil di jamu kopi panas kau-kau punya. Memang kerja ni menyeronokan. Ada juga belia yang rapat dengan aku macam Saad. Dia nie rajin, hasil pertaniaan dia cukup untuk dia sekeluarga memperbaiki taraf hidup dia orang.

Yang aku tak berapa suka sangat pada mula-mula dulu ialah waktu nak buat mesyuarat dengan AJK Projek yang terdiri daripada orang kampung. Depa nie memang style relax. Satu hari aku panggil mesyuarat jam 3 petang kat balai raya kampung. Pukul 3 yang ada hanya Pak Jaafar , Pak Ramli dengan Saad. Yang lain lambat. Jam 4 pun tak cukup korum. Bila dah ngam-ngam korum (ada yang belum sampai atau memang tak mau hadir), aku mulakan mesyuarat dengan menangguhkan mesyuarat. Terkejut depa semua ni...bayangkan aku yang muda buat macam tu.

Aku bagi tahu bahawa mesyuarat patut start jam 3 petang dan habis dalam jam 4 petang. Bukan banyak perkara nak bincang pun tapi dah lambat, baik aku tangguhkan saja. Aku pun nak ke balik jugak.

Lepas kes tu, depa dah tak berani nak lambat tak tentu pasai... tapi hubungan aku dengan dia orang masih baik malah bertambah baik. Aku nak majukan depa semua, bukan nak menyusahkan!!

Lana....begitu adanya

lana tak byk berubah cuma yg berubah orang-orang nya. Aku masih di sini, masalah lama terus ada, yang buat bengang kepala, CEO pun semacam bila buat review baru-baru ni. Tapi heran, dalam keadaan macam ni, ada pulak orang lama menagih nak kembali.....

Wednesday, September 7, 2011

BELAGA

Aku ke Belaga...Pekan Belaga demi tugas. Sebuah Pekan kecil di tebingan Batang Rajang Pekan sunyi, damai, tenang. Jam 8.30 malam kebanyakkan kedai dah tutup kecuali beberapa kedai makan... makanan spesial ialah ikan sungai dan daging rusa. Dinner kami pekena daging rusa black pepper dengan kari ikan Labang. Jangan tanya aku ikan Labang tu macamana tetapi kari yang aku makan malam ni ternyata amat sedap.

Monday, July 11, 2011

Memoir - Akhirnya Ke Lana (Bhg 53)

Tak lama aku dengan SOCFIN. Aku sempat ambik 3 estate exam yang SOCFIN buat untuk semua cadet planter nya. Soalan berkisar tentang operasi ladang. Tak lah susah tapi passing mark nya 60. Aku pass kesemua nya.

Nasib memang bukan di pihak aku. Aku bertekad nak berhenti. Di SOCFIN terlalu ramai orang yang berlagak pandai Memang dia orang banyak experience tapi cara hidup nya yang aku tak tahan. Aku berhenti SOCFIN pada 31hb Ogos 1985. Time orang sambut merdeka, aku pun merdeka.

Barang-barang aku yang besar, aku tinggalkan rumah Subano, peon aku yang setia tu. Dia minat kat reket badminton aku, jadi aku hadiahkan pada dia.

Sebelum balik kampung, aku saja attend satu kursus kat KL. Kursus berkaitan import esport dan dokumentasi kastam. Saja nak tukar haluan disamping cari kawan baru dan ilham. Ada member dari syarikat perkapalan dan ada jugak yang dari TLDM. Kebanyakkan nya dari bahagian pembelian yang melibatkan urusan dengan peniaga atau pembekal luar. Aku terasa terasing.

Aku balik Perlis lepas kursus tu. Kursus tu setakat 4 hari (kalu tak silap). Ada hostel dan makan disediakan.

Di Perlis, aku usaha cari kerja lain. Last sekali dapat join Integrated Agriculture Development Project atau IADP Perlis. Aku attached dengan MARDI. IADP nie melibatkan semua agensi dan jabatan kerajaan di bawah kementerian Pertanian termauklah Jabatan Pertanian, MARDI, LPP, FAMA, PMP, PPK, JPT (sekarang JPS) dan Bank Pertanian (Sekarang Agro Bank).

Thursday, June 30, 2011

Tengah Panas.

Tengah panas kat Lana... bukan cuaca tapi hati yang geram.... nak ngadu kat sapa haaaaa...

Thursday, June 9, 2011

Tercabar...

Kesabaran makin tercabar.... keputusan muktamad mesti di buat...detik-detik perjalanan ke Lana semakin pudar...mampukah bertahan?

Thursday, June 2, 2011

Member2 DPIM, ITM Arau ....


Satu reunion diadakan pada 29hb Mei 2011 diSinggahsana Hotel , PJ merangkumi pelajar2 DPIM tahu 80- 84, termasuk batch kami. Yang hadir hanyalah 11 orang dari kumpulan kami. Keseluruhan yang hadir agak ramai. Seronok tak terkira berjumpa member-member lama, setengah-setengahnya dah hampir 20 tahun tak jumpa....


Yang mari...Duan, Mizi, Kudan, Nan , Jenal, Sabri, man, Syukor, Tg Aida dan Roc.


Dari ITM Arau dan member2 inilah aku bermula dan kini di Lana....masing2 dengan hala tuju dan perjuangan masing-masing. Semuga ketemu lagi.....









Monday, May 9, 2011

Stressful Moment

Lawak apabila diperkatakan bahawa ada 3 masa di mana kadar stress agak tinggi bila bekerja dengan company seperti sekarang;

1) Masa nak buat budget dan pembentangan budget. Masa dan time frame nya menjangkau selama 2 bulan bermula dari awal bulan April hingga Jun setiap tahun.

2) Masa nak ke retreat dan pembentangan kertas kerja depan CEO

3) Masa pembentangan company performance review termasuk setiap operation centre.

Memang pun, waktu begini, tidur tak lena, makan tak menentu, otak kena sentiasa berfikir, panas baran kian menjadi...

Kenapa mesti begitu??

Friday, April 29, 2011

Memoir - AkhirNya Ke Lana (Bhg 52)

Kat division 4 , peratusan pekerja muslim agak ramai tetapi kebanyakkan nya Jawa dari Batu Pahat. Ramai yang dah menetap kat Chaah.

Field Manager aku waktu tu, Aruah Jamaludin. Kira baik jugak dengan aku. Cuma, satu hari dia ada melawat ke banglo tempat aku tinggal. Dia komen sebab tak ada orang yang membantu aku untuk kerja kerja dalam rumah macam memasak, membasuh dan membersih rumah. Untuk jaga standard, dan lagi supaya hidup aku teratur sikit. Bab makan selalunya si Subano, peon aku yang tolong belikan. Kadang-kadang malam aku masak jugak..simple simple, janji dapat makan. Kalau ada mood, aku keluar makan di Chaah.

Sebab Field Manager dah cakap begitu, aku pun ambik lah seorang pembantu rumah. Anak pekerja kat division aku jugak. Tapi dia ni banyak cakap, macam-macam buat cerita. Lalu, aku berentikan dia.

Kemudian ada satu lagi pembantu lain. Masih muda, anak imam kat kampung berdekatan. Subano yang tolong cari. Dia dari suku Jawa jugak. Bab masak, kadang-kadang masakan Jawa...ada yang aku boleh terima, ada yang kurang sikit. Jadi dia terasa hati bila masakan dia tak habis atau tak aku makan. Bukan sengaja, kadang-kadang tak sempat terutama kalau malam-malam, ada member ajak makan kat luar.

Dia berenti jugak tapi kali ni sebab nak sambung belajar. Aku tak kisah. Selepas tu dah tak ada pengganti dah. Serik. Aku pun bukan ada apa sangat kerja kat rumah tu. Si tukang kebun aku yang ambil alih cuci dan kemaskan rumah. Si Minayah, seorang wanita India yang agak berumur dan baik. Dia pula yang jaga kebajikan aku. Sampaikan dia siap tanam pokok kat keliling rumah yang konon nya menghalau ular dari masuk. Memang banyak pun ular hitam kat kawasan ni...makan tikus.

Wednesday, March 16, 2011

Memoir - AkhirNya Ke Lana (Bhg 51)

Masa jadi cadet planter, hidup aku kira simple. Tak ada apa yang nak dimegahkan..aku cuma ada satu motor scrambler enduro 175 cc yang kuat kedarah minyak dan satu honda cub yang aku sesekali guna.

Motor scrambler ni aku beli secondhand , dalam RM2500.. hutang. Motor honda tu di bawa dari Perlis... naik keretapi lagi...sampai ke Segamat dan dari situ aku tunggang sampai Chaah. Waktu tu lesen "L".

Ali ada kereta, honda civic hatchback... plet Selangor..issh..lupa nombor nya. Dah member ada kereta, selalu lah aku menumpang. Dia pulak orang Muar, kadang-kadang aku ikut dia balik kampung...Parit Hj Rahman.

Kami pernah mengalami macam-macam hal dengan kereta ni... pernah nak terbabas sebab terlalu mengantok, kantoi nak menolong orang, terjumpa "hantu" kat Batu Pahat dan yang bestnya "touring" ke Kelantan.

Aku tak pernah ada kereta sepanjang masa kerja kat sana.. mungkin sebab aku hanya berlesen "L" dan tak ada masa nak pergi belajar memandu. Silap dulu belajar lesen tak lah mahai sangat.


Kat Socfin, ada banyak cerita dan division terakhir aku ialah kat Division 4... nun jauh ke selatan. Seberang jalan ada "Desa Temu Jodoh"... cerita di sebalik desa ni tak penting, yang penting ada kedai makan yang mee rebus nya menjadi pujaan hati ku.. Tempat aku lepak makan waktu rehat.

Kat division 4 ini aku pernah eksiden, kereta langgar aku dalam blok. Aku naik motor, kereta tu rempuh aku kat simpang 4...melayang aku masuk parit. Dreber kereta tu cikgu sekolah tamil berdekatan... mabuk. Mandor potong buah aku dan penombak buah aku pakat keluar tengok dan marah-marah ke dreber tu... yang aku dalam parit, dia orang buat tak tahu sampai aku jerit ... "Deii.. tolong saya sini" baru dia orang kelam kabut tarik aku keluar parit. Nasib baik aku tak cedera apa cuma calar kat kaki terkena kayu dalam parit.

Pengalaman berlanggar waktu malam berdepan dengan motor rosak kepunyaan pekerja ladang yang bisu lebih tragis... nak cakap apa...dia bisu dan aku cedera teruk..kena ke hospital... balik pun ambulan hantar sampai rumah. Motor aku hancur...scrambler enduro DT 175 aku...

Motor tu akhirnya aku jual kat staff aku yang memang lama dah minat...biar lah dia repair..cuma yang aku kesal, sampai sekarang dia tak bayar habis pun...

Semasa aku sakit, berbungkus kat banglo, Subano, peon aku yang banyak bantu... beli makanan..tapi selalunya waktu pagi, roti canai saja...tu dah cukup baik....

Thursday, March 10, 2011

Retreat At Phuket Island - March 2011

Katanya Phuket berasal dari perkataan Melayu iaitu Bukit. 65% penduduknya berbangsa siam @ "buddhish of Chinese origin", 30% Islam dan bakinya lain-lain bangsa.

Di night bazaar, ramai pulak penjualnya atau pekerja nya dari India dan Burma. Masjid banyak dan sempat melalui perkampungan orang muslim Phuket. Makan tak ada masaalah, kena pandai dan tahu tempatnya.
Itu kenangan "Retreat in Phuket", walupun kena "basuh" waktu "presentation on current performance", biarkan saja ianya berlalu. Nak datang lagi ke Phuket? Sori, "not my place"..


Sebahagian dari gambaran kehidupan di Phuket... banyak hiburan.









Tuesday, February 1, 2011

Pekerja Yang Di Import

Ladang...mana-mana ladang, besar atau kecil, pekerja memang kebanyakkan nya di import. Biasa dari Indonesia.

Di Sarawak, Persatuan Pengusaha Ladang sawit menyatakan bahawa lebih kurang 15 - 20% buah sawit terbiar busuk atas pokok sebab ketiadaan pekerja. Pekerja tempatan...minta maaf, jangan harap.

Ladang tempat saya memerlukan tidak kurang 200 orang pekerja, kalu ambik orang tempatan yang menganggor, tentu kadar penganggoran di kalangan orang kampung tempatan boleh jadi 0%. Yang minta nak jadi staf, minta jadi mahal, alasan, dia orang tempatan yang perlu diberikan keutamaan. Pengalaman...zero!!

Bila pekerja masuk, ada saja mata yang cuba cari peluang, menghasut dan cuba bawa keluar. Dapat komisen lah tu!! habis, bos masih bising sebab ladang semak dan buah tak keluar. Apa nak buat sebab semua orang mempunyai masalah yang sama.

Baru-baru ni masuk 12 pekerja, tengah kawasan berbukit sikit, tak mau kerja..minta hantar keluar. Belanja dah keluar tapi kena hantar jugak. Kemudian dari lombok 6 orang, juga enggan kerja, hantar keluar..hangus duit belanja makan dan tambung...main ribu ringgit bukan rupiah. Terakhir 17 orang, juga begitu...mereka dari Indonesia dah demand...kawasan bukit sikit tak mahu kerja. Ahhhh...hantar balik saja!!

Hari hari, selain dari tengok production buah harian, status pekerja terbaru pun kena sentiasa dalam kepala...director akan tanya bila-bila masa sahaja. Itu lah kerja ladang sekarang...pekerja dan pengeluaran buah sawit....

Tuesday, January 25, 2011

Aku Eksiden Bukan Eksyen!!









Lana Oh Lana

Bulan September 2010 mencatat sejarah yang susah nak dilupakan dek kerana kejadian tempat penginapan kami terbakar, kurang seminggu dari hari raya puasa. Banyak yang musnah termasuklah barangan, dokumen dan rekod-rekod peribadi.


Pada Januari 2011 ni pulak, banjir besar melanda Lana... walaupun banjir kilat, kesannya amat mendalam. Air mula naik sekitar jam 11.30 malam dan sampai ke puncaknya pada awal pagi. Banyak tempat yang tenggelam dan juga kejadian tanah runtuh.

Jadi perjalanan ke Lana masih penuh ranjau dan duri. Masalah kekurangan pekerja masih belum selesai. Pengurus yang ada masih perlu banyak bimbingan. Aku pulak antara yang muda. Staff pun banyak nak di bentuk dari segi sikap dan disiplin kerja. Bos pulak macam-macam hal. Nampak nya politik dalaman dah mula.