Monday, April 27, 2015

Memoir : AkhirNya Ke Lana (Bhg 62)

Nak kata terkejut tu tak lah terkejut sangat...cuma terasa malu lah pulak. Rupa-rupa nya perempuan yang aku tanya tadi tu, ada dalam bilik interview tu. Dia sebahagiaan daripada penemuduga. Apa nak buat....interview tetap berjalan. Soalan mesti di jawab dengan keyakinan. Yer lah, aku nie bukan tak pernah kerja pun. Ilmu yang aku belajar kat ITM Perlis tu memang berguna...apatah lagi pengalaman kerja sebagai Cadet Planter di SOCFIN Co Bhd dan juga selaku Pengurus Projek (Sangkut) kat IADP, Perlis.

Soalan interview tu biasa-biasa saja. Tak der lah mengancam hingga aku tergagap atau termangu-mangu. Tapi, bila soalan macam tu lah yang buat kita rasa macam tak dapat jerr......

Last sekali, sebelum keluar dari bilik keramat tu....aku di maklumkan bahawa sekiranya nya tiada jawapan dalam masa 3 bulan selepas interview tu, maka sila anggap permohonan aku tak berjaya. Aduh...macam tu pulak penyudah nya.

Lepas interview, timbul persoalan untuk balik. Bukan nya ada bas atau teksi yang sentiasa ada kat depan tu...Nasib aku baik jugak lah, sebab kebetulan ada jugak bas yang akan ke Kajang. Naik jer.

Dari Kajang, perjalanan seterusnya ialah ke Kuala Lumpur. Rancangan asal ialah bermalam dulu di Kuala Lumpur selepas beli tiket kat Pudu Raya..

Cerita malang aku pun bermula.....

Friday, April 24, 2015

Kesibukkan atau Alasan.

Tolong berikan jawapan...aku nie sibuk kah, menyibuk kah, saja-saja sibuk atau itu sekadar alasan untuk lama tidak menjenguk dan update blog nie....