Friday, April 29, 2011

Memoir - AkhirNya Ke Lana (Bhg 52)

Kat division 4 , peratusan pekerja muslim agak ramai tetapi kebanyakkan nya Jawa dari Batu Pahat. Ramai yang dah menetap kat Chaah.

Field Manager aku waktu tu, Aruah Jamaludin. Kira baik jugak dengan aku. Cuma, satu hari dia ada melawat ke banglo tempat aku tinggal. Dia komen sebab tak ada orang yang membantu aku untuk kerja kerja dalam rumah macam memasak, membasuh dan membersih rumah. Untuk jaga standard, dan lagi supaya hidup aku teratur sikit. Bab makan selalunya si Subano, peon aku yang tolong belikan. Kadang-kadang malam aku masak jugak..simple simple, janji dapat makan. Kalau ada mood, aku keluar makan di Chaah.

Sebab Field Manager dah cakap begitu, aku pun ambik lah seorang pembantu rumah. Anak pekerja kat division aku jugak. Tapi dia ni banyak cakap, macam-macam buat cerita. Lalu, aku berentikan dia.

Kemudian ada satu lagi pembantu lain. Masih muda, anak imam kat kampung berdekatan. Subano yang tolong cari. Dia dari suku Jawa jugak. Bab masak, kadang-kadang masakan Jawa...ada yang aku boleh terima, ada yang kurang sikit. Jadi dia terasa hati bila masakan dia tak habis atau tak aku makan. Bukan sengaja, kadang-kadang tak sempat terutama kalau malam-malam, ada member ajak makan kat luar.

Dia berenti jugak tapi kali ni sebab nak sambung belajar. Aku tak kisah. Selepas tu dah tak ada pengganti dah. Serik. Aku pun bukan ada apa sangat kerja kat rumah tu. Si tukang kebun aku yang ambil alih cuci dan kemaskan rumah. Si Minayah, seorang wanita India yang agak berumur dan baik. Dia pula yang jaga kebajikan aku. Sampaikan dia siap tanam pokok kat keliling rumah yang konon nya menghalau ular dari masuk. Memang banyak pun ular hitam kat kawasan ni...makan tikus.