Wednesday, October 28, 2009

Memoir - Akhir Nya Ke Lana (Bhg 25)

Belajar di kampus yang agak simple dari segi kemudahan ni, tak lah boring sebab suasana nya macam kampung juga. Lecture room sementara kami adalah binaan kayu dan nampak macam kelas biasa atau pun berek askar. Cukup simple dan tak banyak sangat kerenah. Kawasan kampus pun teduh tapi kami kena lah berjalan kaki dari G blok ke bilik-bilik kuliah. Kuliah pulak ada waktu pagi, ada juga waktu tengahari, petang atau malam. Malam jarang kecuali bila guna lecturer part-time. Suasana belajar agak kondusif. Seronok dan tak banyak tekanan. Kadang-kadang macam sekolah kat kampung. Yang paling best, lecturers baik-baik dan macam kawan-kawan malah boleh bergurau dan berkongsi rokok. Aku rasa ini lah tempat dan masa yang paling best dalam sejarah aku belajar kat mana-mana pun. Student pun tak lah ramai sangat jadi kami boleh di katakan kenal dengan hampir semua orang tak kira dari kursus mana. Cuma aku ni bab study malas sikit, tak tahu pulak mana-mana masa aku studi full time, semua nya part time.

Sebagai sebuah kampus yang baru dan dalam proses pembinaan, kawasan kampus kami agak simple. Namun begitu, tumbuhan dan tanaman asal masih banyak di kekalkan dan kehijauan masih jelas kelihatan terutama pokok getah, maklumlah sebagai kawasan kampus ini adalah bekas ladang getah. Terdapat pokok kelapa sawit yang di tanam di satu kawasan dalam kawasan kampus dan ianya khusus untuk pembelajaran pelajar-pelajar dari kursus pengurusan ladang. Pokok-pokok getah juga ada yang terpelihara dan di jaga sebagai satu kebun yang terurus kecuali di bahagian belakang kawasan kampus di mana kawasan tersebut telah diwartakan sebagai satu kawasan pembangunan bangunan kampus seperti asrama dan padang permainan. Yang menarik ada juga satu kawasan kecil yang dijadikan sawah padi, kawasan dusun dan kawasan tanaman jangka pendek seperti sayur-sayuran.

Di semester pertama, kami telah ditugaskan untuk menanam pokok buah-buahan terutamanya pokok mempelam atau mangga. Berbagai spesi pokok manga yang kami tanam tetapi yang teruknya ialah tanah tempat pokok itu di tanam adalah keras dan ada pelajar yang jarang-jarang berkebun, jelas tapak tangan dia orang melecit. Kesian juga aku tengok terutama apabila kesan melecit itu teruk dan terasa amat pedih sekali. Pokok mempelam yang di tanam secara tersusun dan terancang itu akhirnya tumbuh dengan baik dan rasanya tentu dah banyak mengeluarkan hasil.

Pengalaman yang tak dapat dilupakan ialah projek tanaman padi. Bermula dari proses awal sehingga lah kepada proses menuai. Semua kerja di buat secara gotong royong dan kesian juga tengok member-member yang tak pernah turun ke sawah padi... bermain lumpur. Ada yang risau dan mengeluh apabila kuku jari kaki penuh dengan lumpur. Budak bandar! Tetapi lama-lama dah jadi perkara biasa dan masing-masing nampak enjoy buat kerja bersama-sama. Masa menuai, kami sama-sama memotong padi (menuai) dan yang bestnya waktu membanting padi. Buat kerja waktu pagi dan kadang-kadang sambung waktu petang. Hasil padi yang ditanam tak lah banyak, kalau itu jadi punca pendapatan, harus tak cukup makan. Tak tahulah samada kami rugi atau tidak projek ni. Tengok padi-padi dimasukkan ke dalam sarung guni, lega dan bangga rasanya. Itu semua titik peluh masing-masing.

Monday, October 26, 2009

Memoir - Akhir Nya Ke Lana (Bhg 24)

Ada seorang kawan aku ni pulak orang Penang...anak pak haji. Tinggi orang nya dan berambut afro. Dengan berambut afro, aku ingat dia minat muzik ala-ala kumpulan Alleycats tapi tak.. dia minat muzik heavy macam LepZepplin dan lain-lain. Bukan kuat hinggakan kadang-kadang nak boring jugak. Minat dia..apa boleh kata. Dia rasa bahagia. Tapi dia ni memang terror bab audio dan sound system ni.

Kadang-kadang ada orang terlalu asyik tidur hinggakan apa saja yang berlaku disekeliling pun dia tak sedar. Ada kawan aku ni takat semester dua sahaja....lupa dah nama dia. Badan agak berisi tetapi kaki tidur. Kejut macamana pun kalau belum sampai time dia bangun...jangan harap nak bangun. Member sebilik pernah cakap, kalau meriam bunyi depan telinga pun dia tak akan sedar. Pernah di ceritakan bahawa pada suatu malam, kawan kaki tidur ni telah mengigau sehinggakan jatuh katil. Yang kelakarnya dia tidur di katil tingkat atas. Lepas terjatuh, dia bangun dengan muka selamba dan terus sambung tidur macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Budak-budak kaki study pun ada banyak jenis. Kadang-kadang terlalu study pun tak semstinya dapat masuk semua apa yang dibaca. Member seorang ni orang Melaka...dengar cerita dia ni drop-out dari UM. Punya lah rajin...sampaikan perhi ke mana pun dia akan bawa semua notanya dalam beg galas yang sentiasa dia bawa. Tak tahu lah nota apa. Masaalahnya, dia ni study sorang-sorang. Orang lain jangan rapat...kalau tidak dia akan berubah tempat. Kadang-kawan nak elak dari orang, dia baca nota atau buku rujukan dia di bawah lampu koridor di kawasan kampus...pun begitu kalau orang mari, cabutlah dia ni. Mungkin dia belajar ilmu kesaktian kut!. Bila kena buat group assignment, orang selalu biar dia yang buat seorang sebab dia rajin cari bahan-bahan dan idea untuk kerja kursus ni. Malangnya, kadang-kadang over topic atau terkeluar dari tajuk. Assignment banyak muka surat tapi isinya entah di mana. Aku pernah satu grup dengan dia, tengok dari segi tebal, confident dapat markah tinggi, tapi jangan harap sangat. Bab presentation, jarang dia yang buat, dia cuma cari bahan. Masalah dia ni, macam ada phobia tapi tak tahu phobia macamana...pantang dia orang kacau dia tengah studi. Satu lagi bab mamat ni, dia ni macam pemalas sikit bab-bab personal hygiene ni... macam ada bau sikit , mungkin baju lama tak basuh kut. Aku kira ok lah dengan dia ni, tapi takat tu jer lah, taklah sampai pergi kelas sekali ke apa-apa ke.

Di kampus kami ni ada juga budak-budak dakwah atau tabligh. Dia orang ni baik-baik dan selalu tolong orang. Tak lah berjubah tapi berpakaian biasa...berseluar jean dan t-shirt tu biasa saja bagi dia orang ni. Dia orang sentiasa bersama dan amat berjimat. Rata-rata berasal dari Kelantan atau Terengganu tapi ada juga dari Perak dan Selangor. Kebanyakkan dia orang ni ada motor dan selalu juga dengar cerita keluar pergi berjamaah di luar. Aku dan kawan-kawan aku ni pun selalu jugak minta tolong dengan dia orang ni. Selalunya minta pinjam motor...ronda-ronda..biar pun tanpa lesen.

Satu hari aku dan kawan aku naik motosikal keluar kampus. Saja nak ronda-ronda. Kami pergi ke kawasan ladang tebu yang tak juga jauh dari kawasan kampus. Semasa dalam perjalanan balik, kawan aku yang menunggang motor ni asyik tengok budak perempuan kat tepi jalan tak sedar kat depan tu ada corner. Dah lah corner, tanah di bahagian tepi nya agak rendah dan bertebing tinggi. Dia tergaman dan tak sempat berbuat apa-apa jadi buat brek mengejut dan terbabas. Jatuh bergolek kami berdua dan yang seronoknya aku terjatuh atas member aku. Kesian dia. Motor ada kemik sikit dan ada juga benda yang bengkok. Orang kampung ada juga keluar tolong dan bawa kami ke rumah berdekatan. Di sapunya ubat luka dan baiki bahagian motor yang bengkok tu agar kami boleh teruskan perjalanan balik. Siap dengan dia orang jamu kami minum lagi. Pekena kopi O pekat, stail orang kampung. Kami berehat sebentar dan kemudian cuba start motor. Nasib semuanya ok tapi yang risaunya ini motor pinjam. Banyak kena explain. Kami rasa lega juga sebab kami berdua pakai topi keledar kalau tidak mungkin ada luka di kepala. Member tuan punya motor pun tak lah bising sangat dengan kami (dalam hati tak tahu le). Kami share lah sikit belanja repair motor ni.

Wednesday, October 21, 2009

Memoir - Akhir Nya Ke Lana (Bhg 23)

AKU DAN KAMPUS

Sampai masa nya aku pun mendaftar di ITM cawangan Perlis, bertempat di Arau. Kampus ni baru lagi, belum ada asrama yang lengkap. Ada student duduk di kawasan penempatan sementara yang di namakan RPA atau rancangan perumahan awam. Aku student baru dapat tinggal di sebuah kawasan perumahan yang sebenarkan blok perumahan pekerja ITM. Kami namakan blok G. Mungkin sebab design nya yang dikategorikan sebagai model G untuk kategori kakitangan kerajaan tertentu.

Rumah di blok G jenis semi-detached. Ada dua bilik siap dengan dapur. Bilik air satu, jadi waktu pagi kalau nak mandi kena tunggu giliran. Kalau sabun mandi atau shampu, kalau tinggal dalam bilik air, jadi harta public le!Student baru semua duduk di sini, mungkin senang untuk sessi minggu orientasi. Pelajar senior ada yang duduk di luar. Kampus ini sebenarnya masih dalam proses pembinaan dan bangunan asrama tetap dan bilik kuliah masih dalam pembinaan. Kampus ini dikelilingi oleh ladang getah konon nya dinamakan Rani Estate.

Dalam rumah tempat aku tinggal ni ada pelajar lain dari kursus lain tetapi bagi pelajar baru, hampir semuanya sama kursus dengan aku. Dalam dok berehat kat bilik, aku ternampaklah kawan aku, sama-sama belajar di SMSS, waktu tingkatan enam rendah tu. Aku pun tegur lah. Rupanya selain dari dia ada seorang lagi...yang berasal dari Perak. Dia orang dari aliran Bahasa Melayu, tapi sama-sama gang Pengawas. Memang betul, aku lah satu-satu nya anak negeri ini yang ditawarkan kursus ini bagi semester Januari ini.

Disebabkan penempatan tak begitu cukup, setiap bilik diletakan dua katil bertingkat. Ini bermakna setiap bilik ada empat orang. Bahagian ruang utama pulak ada satu katil bertingkat. Keseluruhannya menjadi sepuluh orang bagi setiap rumah. Budak baru bersama aku adalah dari kursus yang sama. Nasib baik semuanya baik dan mudah mesra.

Macam-macam perangai manusia bila dah duduk satu kampus yang besar dengan pelbagai latar belakang. Kawan-kawan sebilik dan sekelas aku pun begitu jugak.

Ada seorang kawan satu kursus asalnya pelajar dari UTM tetapi disebabkan oleh masaalah penagihan dadah, beliau telah di tukarkan ke ITM kampus kami di sini. Ceritanya ialah beliau ni telah membuat perakuan tentang penagihan dadah nya dan telah secara sukarela menjalani rawatan di pusat pemulihan dadah. Selepas tamat sessi pemulihan beliau telah dicadangkan agar bertukar tempat belajar agar dapat menjauhkan diri dari kembali bergaul dengan kawan-kawan di tempat lama. Dia pun bersetuju dan ITM Arau dan kursus kami jadi pilihan.

Kawan kami ni sebenarnya cerdik tapi mungkin disebabkan pergaulan dan masaalah keluarga, masaalah pun mari mencengkam. Katanya emak nya dah tiada dan tinggal lah bapanya yang katanya bertugas sebagai anggota polis. Sebagai bekas penagih dan penghuni pusat pemulihan , beliau ada surat doktor yang membolehkannya mendapatkan ubat atau bahan gantian bagi menghilangkan ketagihan nya terhadap dadah. Dengan surat ini, dia boleh membeli bahan gantian tu di klinik-klinik swasta.

Malangnya, kawan ni menggunakan surat doktor ni untuk menjual bahan gantian tersebut kepada pelajar lain dan untuk tambah kick dia orang ambil benda ni dengan beer. Mabuk dan high sakan ler.

Pernah pada satu hari, kawan ni terlibat dalam pergaduhan dengan satu peniaga di bandar Arau sehingga jadi satu kes besar. Ini berpunca dari tindakan kawan aku ni pergi minum hingga mabuk bersama-sama beberapa orang senior dari Sabah, disebuah kedai. Bila dah minum dan mabuk, timbul pulak hal tak cukup duit nak bayar sehingga lah tahap nak jual jam. Itu pun tak cukup sehingga pekdai tu naik marah. Bila marah, jadi lah pertengkaran...bertengkar dengan orang mabuk ni susah...ramai pulak yang mabuk. Jadi macam satu pergaduhan dan last sekali dia orang ni pun lari. Anak tauke kedai ni pun dapat tahu dan cuba kejar sampai ke kawasan kampus tapi tak dapat masuk. Jadi polis kes tapi diselesaikan dengan baik.

Kawan aku ni semakin lama semakin teruk hingga pernah terjatuh dalam longkang besar dekat asrama G blok kami ni. Yang best ni waktu jatuh ni pandai pulak speaking minta tolong. Kawan aku ni juga pernah di masukkan ke hospital dan pernah naik berang sehinggakan memecahkan cermin kaca di wad hospital. Aku tak tahu apa jadi pada dia sekarang. Harap-harap dia selamat dan berubah.

Cuti Dalam Cuti

Lama tak menulis, selalunya kalau bercuti, masa di habiskan dengan menulis atau mengisi blog ini. Artikel sebenarnya dah ada, cuma nak kena edit sebelum di postkan. Sayang, kali ni, memang bercuti dalam bercuti. Cuti habis!

Semalam, banyak bersms dengan kawan lama, kawan sebilik yang juga kawan se kursus masa di ITM dulu... banyak ceritanya. Member anak watan Malim Nawar nampak nya dah jadi geng blogger... welcome to the group... tadi try asssess blog dia http://hingga-akhir-kalam.blogspot.com. Meriah jugak nampak nya.

Untuk anak watan Malim Nawar, apa yang terjadi dah terjadi, yang nak mai tu kena jaga, kalau dah tahu senang, masalah nya, itu semua unforeseen event, macam ramalan cuaca atau buat budget, bukan semua gerenti betul. Macam aku nie, Akhir Nya Sampai Ke Lana.... tengok dalam google map pun tak jumpa tempat nie.... macam aku pulak yang bagi nama tempat jin bertendang ni!

Apa2 hal pun, nak promote team anak yang masuk pertandingan "F1 in Schools Technology Challenge 2009" Dia wakil negeri Sarawak untuk final di Mid Valley pada 17 - 19hb Nov 2009. Blog team dia ialah http://blazingbeatf1team.blogspot.com . Jenguk2 lah.... dia sibuk cari sponsor untuk team dia, sapa minat contact dia melalui blog tu.

Thursday, October 8, 2009

Cuti Panjang

Dah lama tak sambung menulis. Pertama kerana sebelum ni bulan puasa dan dah dekat nak raya, kedua bila nak cuti panjang ni (seminggu jer), banyak kerja nak kena bereskan dulu. Jadi Memoir - AkhirNya ke Lana pun terpaksalah menunggu... artikel nya memang dah ada sampai ke penghujung tapi sebelum posting kenalah edit dan jugak saja nak buat ianya bersambung... perjalanan ke Lana memang masih jauh lagi.

Memoir - AkhirNya Ke Lana (Bhg 22)

PERGI INTERVIEW

Ada juga aku hadiri satu temuduga masuk maktab perguruan pada cuti sekolah. Aku pun pergi lah temuduga tu sebab dah boring sangat dan tak sanggup dengan tingkatan enam. Pakai smart sikt sebab nak interview masuk maktab...nak jadi cikgu. Mak aku cukup suka sebab dia memang minat aku jadi cikgu.

Aku tengok lebih daripada lapan puluh peratus calun maktab ni budak perempuan. Pakaian bukan main lawa. Nak jadi cikgu dan nak tarik perhatian penemuduga. Calun lelaki biasalah, setakat baju berlengan panjang, seluar slack dan ada juga bertali leher. Masing-masing bawa sijil selengkap mungkin. Patut lah profesion guru atau pendidik ni sesuai untuk perempuan.

Waktu interview tu ada tiga penemuduga...dua lelaki dan satu perempuan. Disebabkan aku ni dari aliran inggeris, soalan ditanya dalam bahasa inggeris. Dia orang cakap tak banyak calun dari negeri ni dari aliran inggeris. Dia orang cakap nak bagi aku option mengajar bahasa inggeris. Aku tak lah kisah sangat sebab apa-apa pun boleh buat masa tu.

Lama jugak sessi temuduga tu. Yang lawaknya, penemuduga aku ni bila cakap bahasa inggeris dengan aku pun pakai slang utara. Jadi lawak pulak. Soalan tak lah susah sangat...boleh lah jawab terutama bila dia orang suruh aku ceritakan tentang latarbelakang aku dalam bahasa inggeris. Kacang aje!

Bila dah habis, aku keluar dengan rasa agak yakin boleh dapat sebab yang interview aku tu pun ada bagi hint. Yang best nya bila aku keluar dari bilik interview tadi, budak-budak lain kat luar pun tanya aku macam-macam. “macamana dengan pegawai tu?..soalan susah ke?... ada harapan ke?”...macam-macam di tanya. Budak perempuan yang aku tak kenal pun tanya aku macam-macam. Mungkin dia orang nervous.

Aku biasa lah...dah tanya macam tu, aku pun buat lah cerita...bagi suspen. Gelabah juga setengah tu walaupun lepas tu aku kata aku melawak saja. Aku pun balik lepas ucapkan “good luck” kat budak-budak yang lain tu. Sebenarnya aku dapat offer masuk maktab... Maktab Penguruan Sultan Abdul Halim, opsyen nya Pendidkan Bahasa Inggeris Awal Remaja. Aku tolak!

Aku juga di panggil untuk temuduga untuk masuk ke ITM. Aku minta diploma sains sebab cadangnya nak further study dalam bidang sains yang lebih khusus. Tapi lain pulak jadinya. Yang temuduga aku ni ada tiga orang jugak...semua lelaki. Tak banyak soalan sangat...Cuma dia orang tanya kenapa nak ambik kursus ni. Aku pun cerita lah.

Ada satu penemuduga tu cakap “ senang lah begini, hang ambik saja kursus ladang, tak ada lagi budak yang minta kursus ni dari negeri ni. Kursus ni ada kat Arau. Hang tak payah pi jauh-jauh. Hang nak tak?” Aku cakap, apa-apa pun tak kisah asalkan jangan kursus yang pelik-pelik. Penemuduga tu pun kata “ kursus ni pun dalam School of Applied Science, baguih tau...semua graduate takat ni dapat kerja...gaji besaq tau. Lama-lama jadi manager ladang...orang panggil tuan besaq”.

Aku tak tau sangat pasal kursus ni..tapi aku cakap ok sajalah. Aku rasa cukup yakin boleh dapat masuk ke ITM. Kalau berjaya, aku kena melapurkan diri pada awal bulan Januari. Ini lah pertama kali kursus ini membuat pengambilan pada bulan Januari, selalunya pada bulan Julai. Ok juga sebab aku dah nekad tak akan masuk tingkatan enam atas di SMSS.

Akhirnya dalam hujung bulan November, waktu tu cuti sekolah, aku dapat tawaran untuk ke ITM. Kursusnya ialah pengurusan ladang atau DPIM. Tak terfikir akan dapat kursus ni. Aku pun tak tahu sangat macamana kursus ni nanti.