Thursday, September 3, 2009

LOST AND FOUND, LOST NEVER FOUND

Sebagai bingkisan dari Memoir-AkhirNya Ke Lana, nak juga aku perkisahkan setengah-setengah watak yang ada dalam perjalanan itu, mungkin ada yang tersurat dalam Memoir ini , dan ada juga hanya dalam ingatan semata-mata

a) Sazali Hussein @ Ali Kong - Orang Arau, anak tunggal dan rumah dia dekat dengan rumah Cikgu Khalid Dan. Ni memang antara gang aku di sekolah. Ali sekarang bersama sebuah syarikat pembinaan yang berjaya dan antara projek mereka yang aku tahu ialah lebuhraya / jalan raya Baling ke Pengkalan Hulu, Perak. Ini gang pekena nasi ganja kat Kangar.

b) Kamel Hassan, sebutannya kadang-kadang kami sebut "Camel" @ Unta.. Orang Abi , dekat kuari , jalan nak pi Batu Bahat, tapi sekarang dia nie ada bisness sendiri sebagai kontraktor. kalau nak tahu, renovation dapur rumah mak aku dia yang buat. Harga kira oklah, harga kawan-kawan. Kamel juga adalah gang nasi ganja aku.

c) Zul Ramli atau Zul Ki_t . Orang Beseri. Orang nya tinggi dan juga anak tunggal macam Ali. Sekarang ni di mewarisi bisness transport aruah ayah nya. banyak lori dengan trailer dia nie sekarang.

d) Syed Amir Syed Akil @ Bon @ Jeb_n, bukan apa dia kini kadang-kadang suka jelir lidah. Ni pun member kamcin, sekarang bekerja kat bahagian pentadbiran Hospital Kangar. Dia nie sebenarnya HA. best nya pernah dia kerja kat Hospital Bahgia , Tanjung Rambutan. Juga member nasi ganja bila aku balik Perlis, pantang call.

e) Shukri Omar @ Shukrio , juga orang Abi. La nie kerja kat Proton. Dulu dia tergolong dalam golongan budak kecik yang cute tapi la nie, badan dia boleh lah tahan. Pernah jumpa beberapa kali cuma yang best nya dah lama tak jumpa, bila dia selisih dengan aku pun dia tak kenal. Aku pun tak perasan sangat sebab badan dia....

f) Hariri Supian @ Jeneral Tojo. Orang Kampar, Perak. Peminat kumpulan ABBA, pernah cuba masuk pertandingan menyanyi, tapi keputusan nya ....... Dia ni ada masalah sikit dengan sebutan "R" sebab bunyi dah jadi macam "L" .. so Hariri dah jadi Halili. Last sekali aku jumpa, dia ni Branch Manager, KFC kat Salak South. Kadang-kadang buat part time bawa teksi sebab dia ada permit teksi.

g) Mohd Zaki @ Pusing, orang Perak jugak... nama tempatnya ialah PUSING. Dia ni peneraju spec bentuk bulat macam Mathama Ghandi. Jenis happy. Dia masuk Politek kat Perak, last sekali dengar kerja kat Ipoh.

h) Halim Hanapiah @ muncung , sebab mulut dia agak muncung sikit dan waktu bercakap jangan dekat sangat, kadang-kadang tempias. Orang Sabah, dan kerap jugak lepak kat rumah aku bila tak balik cuti sekolah. Dengar cerita, dia ni jadi orang penasihat undang-undang kat Sabah.

i) Hasnul Hashim. Ni pemain basket ball. Nie kira mat handsome lah, ramai marka tertawan. Dia last sekali aku dengar, dia kerja kat Langkawi , bank officer.

j) Kasiraja Pillay, dari aliran Melayu. Jangan kacau dia tak menentu, mat ni ada Tae Kwan Do. Orang nya baik, dan senyuman dia memang best, terserlah giginya yang putih tu. Boleh masuk iklan ubat gigi. Ini pun bank officer.

k) Razali Majid, orang Beseri, dekat dengan MRSM Beseri. Adik dia pernah kerja sama-sama dengan aku, kuli kontrak. Razali ni memang kool, tegap dan ini adalah member seperokok. Aliran melayu dan dengan cerita dia ni pun ada buat kerja kerja kontrek... tak tahu pulak..mungkin ada yang boleh confirm nanti.

l) Premanathan atau Prem ni memang unik, senyuman dia memang special. Kurus dan tinggi. Ini seronok peminat cikgu Tang , Add Math. Adik dia ada juga kat sekolah SMS Ps ni. Dia ni aku tak tahu hanyut ke mana.

m) Tan ... ...., kawan cina yang kira rapat dengan kami. Dari Arau, hisap rokok juga. Kira lain dari yang lain. Tak tahu apa dah jadi dengan member nie.

n) Morni Samat, dia ni orang Sarawak. Dah jadi doktor tapi jangan ingat Morni ni perempuan, dia ni lelaki sejati. Pemain bola sepak dan dengar cerita pernah (dan mungkin masih) menjadi orang kuat Persatuan Bola Sepak Sarawak. pernah jumpa dia kat Samarahan tapi dia tak ingat dan tak cam aku, jadi aku pun takut nak tegur takut salah orang. Last2 ada orang bagi tau... itu lah Doktor MORNI.

o) Jalil , ni Sudirman kami, sebab Basikal Tua dia ala-ala Sudirman dalam lagu Basikal Tua. Happy go lucky walupun sebenarnya dia ni ada sikit masalah keluarga. Hilang tanpa di kesan. Cuma ada orang cakap, dia ni ada buka bisnes kedai makan. Pls confirm.

p) Husni Johari, orang Kedah, heran macamana boleh terselit kat SMS Ps. Kerja kat Techno Park Bukit Jalil dan dia dan isteri ada juga Bisnes Farmasi kat Wangsa Maju. Pernah aku lepak dengan dia di sana ... dulu-dulu.

q) Khairul Anuar Hashim @ Kaha @ Mejar Kaha. kerja CIDB. Dia ni "lelaki dengan seribu watak" sebabnya ...ketua pengakap, Bilal kat surau tapi geng seperokok jugak. Kerja sebagai pegawai kat CIDB.

r) Syed Amir Syed Omar @ SASOS , orang Perak. Jenis berkulit cerah macam tok Arab. Katanya lawyer ... jangan loyar buruk ...sudah.

s) Cek Khalid , dia nia orang Parit Buntar. Peminat dan penyanyi lagu hindustan. Wow...sekarang Lawyer.

t) Syed Nazar Syed Taha @ Syed Tongg_k, seorang pembahas, mewakili sekolah tapi kaki mengigau malam. kalau dia mula berbahas, mula tangan dia naik, kalah Karam Singh Walia. Graduan USM dan dulu kerja macam HR manager..

sebenarnya ramai lagi... mungkin kalau dapat aku sambung lagi. Cuma ... mana kah hilangnya setengah-setengahnya... macam Chempawan, Azahar Malik, Zaitun Bujang Umek (Sarawak), Mior, Megat, Fuzaili dan banyak lagi...

Pencarian kasih mungkin akan bermula lagi.

1 comment:

  1. Tahniah Bro.Hg dianugerah Tuhan hard disk dan CPU RAM yang baik.Dapat mengimbau kembali database kgkawan dengan terperinci sekali.Dulu masa dalam bilik sesekali kau sedut rokok mungkin sekarang keluar sume ide2 tersembunyi hg.Aku juga pernah terjumpa kembali seorang rakan lama,satu bilik tapi sekarang seorang pakar.Alangkah tergurisnya aku, dia langsung tak ingat aku walhal kawan lagi seorang yang sama sebilik di asrama dulu boleh kejar aku lepas solat Jumaat di Masjid Pakistan..dia juga pakar tapi pakar mata.Aku juga pernah jumpa Khizan dan Enal King yang dua2nya berambut atap zing sekarang.Masih ingat masih segar lawak jenaka tetap macam dulu walaupun rupa paras sudah nampak amat berbeza.

    Gitula Bro.Apapun hubungan silaturahim perlu diteruskan..apatah lagi ada nama rohim tu...

    ReplyDelete