Tuesday, September 15, 2009

HARI RAYA SUDAH TIBA .... BILA TIBA HARI RAYA...

Bila tiba hari raya...semua insan bergumbira... tetapi diri ku.... teruskan lagu Bila Tiba Hari raya nyanyian Black Dog Bone ( Tulang Anjing Hitam)...


POSA PUN HAMPIR SUDAH , RAYA PUN MENJOLANG TIBO,
LU POSA , GUA PUN POSA,
APA2 DOSA, KUT2 ADA, MAAF AJE LAH...

SeraNgkap PanTun entah Apa2 seBagaI ucapan MenjeLanG RaYa... tapI mesej nya Sama


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATIN,
BUAT SEMUA KAWAN2, BARU DAN LAMA,
BERJUMPA, TERJUMPA ATAU DILUPAI,
SEMUGA PANJANG UGAMA, MURAH REZEKI DAN DAN TERUS BERIBADAT BUKAN SETAKAT DI SINI...
DARI SAYA DAN FAMILI
BALIK KE PS DAN TGANU.

Memoir - AkhirNya ke Lana (Bhg 21)


Jadi pengawas ni macam pengalaman baru. Waktu hari minggu dimana student boleh keluar, kerja aku mengikut giliran ialah spot check sebelum budak-budak keluar asrama. Itu yang seronoknya. Aku memang student lain takut sebab bila check cari tempat sembunyi rokok, memang aku dah boleh agak... berpengalaman kan! Memang kalau aku yang buat spot check kat dorm, gerenti jumpa... kalau jumpa, kena rampas. Barang rampasan tu, aku simpan jadi stok aku pulak. Budak-budak tu pun tak kisah... dari kena report dan tak dapat keluar, biarkan saja. Kat sekolah tu aku memang terus dengan aktiviti merokok aku... malahan mewah dengan rokok. Budak-budak upper six selalu bagi aku walaupun aku tak minta. Waktu ni brand tak kira sangat walaupun sebenarnya pilihan aku "Bang Husin and Lajis". Kalau dulu rokok kira barangan berharga tapi sekarang harga lebih mahal. Dulu setiap kali sedup lain macam rasanya , mungkin thrill sebab buat kerja yang orang tak bagi dan secara sembunyi-sembunyi. Budak-budak lain dan classmate aku tak kisah sangat.

Tempat biasa rokok disimpan ialah dalam lubang dalam tilam atau bantal, besi bulat tempat gantung baju dalam locker, bawah locker, dalam stokin dan juga dalam tandas. ... ada yang bawa ke kelas dalam seluar dalam.

Dalam jadi pengawas ni pun, guru disiplin dari awal lagi dah bagi tahu aku.... “I know you smoke, but don’t do it with those boys , form five and below”. macam bagi green light jer. Jadi aktiviti aku ni macam ada approval but with condition. Memang pun, tak pernah di ganggu gugat!

Di sekolah ni aku dapat biasiswa kerajaan persekutuan, tak banyak... tapi semua duit ni pihak sekolah yang uruskan. Kalau nak pakai, kena isi borang dan buat permohonan dulu. Abah aku, ada juga hantar duit, pakai money order... kena ambik kat pejabat pos Pudu. Ni satu penyakit nak kena pergi ke pejabat pos Pudu.



Friday, September 11, 2009

Memoir - AkhirNya KeLana (Bhg 20)

Keadaan dalam keretapi lebih teruk bila musim balik cuti hari raya. Penuh sesak macam sardin. Pernah aku dan kawan-kawan terpaksa menyelit celah orang ramai sampai ke Kuala Kangsar. Ada juga yang tak sempat nak turun di stesen apabila terperangkap di tengah-tengah penumpang lain bila sampai ke stesen tujuan masing-masing. Terpaksa lah turun di stesen lain yang berhampiran.

Tapi bila bab balik naik kereta api ni... terutama cuti dengan dengan hari raya... seronok pun ada. Budak-budak berdekatan, dia orang keluar awal lagi, dengan naik bas awam atau naik kereta keluarga. Kami yang jauh ni, bas sekolah hantar ke stesen keretapi.

Aku sorang saja tinggalnya orang Perlis, mula-mula ramai member seangkatan naik keretapi, sampai Ipoh ... turun, sampai Taiping... turun, sampai Penang... ada lagi yang turun. Sampai kat Alor Setar, dah tinggal aku sorang. Aku turun kat Arau.


Di SMS Selangor ni, asalnya ramai student dalam satu-satu kelas tingkatan enam bawah. Ada dua kelas aliran Inggeris dan 2 kelas aliran Bahasa Melayu. Lama-lama kelas jadi satu untuk bahasa melayu dan satu untuk bahasa inggeris. Kelas aku tinggal 6 orang saja, sebab, lama-lama ramai dapat offer masuk univesiti atau pergi sambung belajar di luar negeri. Aku juga di sini! Tension jugak, tapi aku dapat banyak keistimewaaan dan pengalaman baru.

Selama aku bersekolah dari sekolah rendah, memang tak pernah dilantik jadi pengawas... sampai di SMSS Cheras ni, kena pulak di lantik jadi pengawas. Siap ada interview pulak. Cikgu yang interview tu tentunya cikgu pengawas dan guru disiplin. Rupanya rekod perangai aku ada dengan dia. Dia pun tahu aku ni kaki merokok. Aku dapat jadi pengawas walaupun bukan aku yang minta. Jadi pengawas ni, seluar dah tukar warna coklat gelap. Kena pakai tie tiap-tiap hari... naik rimas aku waktu mula-mula tu. Aku rasa , macam dah tak ada orang lagi kut nak dilantik jadi pengawas, sebab tu aku kena.

Kat sekolah nie, abang-abang pengawas dari form six ni , junior cukup hormat. Asal berselisih je, ada lah yang bagi salam... termasuk lah yang perempuan.... tersengih-sengih bagi salam. Nak husha aku kut! Setengah tu lawa juga... kata orang cun... tapi aku tak layan sangat... pertama dia orang ni selalunya anak orang kaya.... nombor dua... aku tak mampu nak layan marka-marka ni! Poket aku penuh duit siling, itu pun puas mengutip. Nie penuh cerita sahdu, bab kutip duit siling , buat belanja keluar bandar... dah lama tak keluar, otak dah boring tahap maksima... nasib kawan aku nie... Chandra K.Raj ada... sama2 menyelongkar cari duit siling!

Ada satu budak , student lelaki kat sini, form two rasanya.. dia baik dengan aku... tak tahu sebab apa. Tapi dia anak orang berada jugak... aku ni macam abang angkat la konon. Dia ada kakak kat sekolah yang sama. Jadi budak ni baik dengan aku sebab orang pun tak berani nak kacau dia. Yang untung nya, bila dia balik week end, ada saja bekal untuk aku. Ada dia ajak ke rumah, malas aku nak layan... tapi kakak dia tu lawa jugak... aku ingat mungkin kakak dia ni minat kat aku kut! Kalau aku pergi rumah dia, dah tentu naik kereta Merc, dah tu makan sure best... cuma aku tak sanggup. Tok Su aku kat PJ pun aku tak jenguk rumah dia, walaupun dia tok saudara aku... tapi dia ni memang kaya raya... tu yang aku tak sanggup nak jenguk rumah dia, sebab boring tenguk anak menantu dan perangai cucu2 dia. Tok Su aku tu ok, selalu dia pesan suruh aku ke sana.. nak pi dengan apa, aku bukan tau sangat!

Satu perkara yang tak boleh aku lupa ialah ... sekolah ni sembahyang jumaat kat dewan sekolah. Pada satu hari, lepas sembahyang jumaat, ada pulak mesyuarat perlantikan ajk Persatuan Pelajar Islam (PPI). Aku dah nak keluar dari dewan (malas nak join), tapi terdengar nama aku di panggil. Aku pun pandang ke belakang, rupa nya betul... ustaz panggil aku, dia lantik aku jadi setiausaha PPI, sebulat suara... Macam nak kenakan aku jer!

Antara tugas aku sebagai setiausaha ialah menguruskan dan mengatur urusan sembahyang jumaat termasuklah memasatikan dewan di cuci, tikar dibentangkan dan jadual azan dan sebagainya. Amboi, waktu pagi dah kena bangun untuk pastikan ada bilal azan kat surau tingkat bawah asrama. Aku tak pulak pernah azan!

Wednesday, September 9, 2009

LOST AND FOUND , LOST NEVER FOUND VOLUME 3

Kalu nak kira, ramai lagi member-member SMSPs sama batch dengan aku yang masih aku ingat, tak pasti member-member tu ingat tak kat aku... kadang-kadang aku hanya kenal tapi jarang atau ada yang tak pernah bercakap atau bertegur pun... terutama budak perempuan (la ni dah jadi mak budak perempuan kut!).

Jadi aku senaraikan lagi nama-nama member, yang masih aku kontek dan yang tak pernah aku kontek atau "dikontek".

a) Mohd Fauzi Ismail, orang Seriab (bukan seriau)... handsome boy nie.. ada marka!. Pemain bola dan juga volleyball. Dia ni ok, dan masih ok dengan aku... La ni pegawai bank di Penang... tak tahu berita terbaru... dah balik / transfer ke Perlis ke belum. kami dulu panggil dia "George" macam Geroge Best pemain bola England dulu.

b) Rohaizad Rashid, berambut kerinting sikit, orang nya berkulit cerah. Nie memang sah hilang dari radar aku.

c) Chow Mee Teng, nie budak perempuan.. ada gempal tapi baik dan senang kalau aku minta tolong dengan dia. Tak tahu mana dia ni berada sekarang. Cepat merajuk kalau orang tegorq pasai saiz dia...

d) Jane Francis Ragawan, kadang kadang aku usik jugak... olahragawan. jenis lasak, sport woman...aku rasa semua game dia main. Pengawas sekolah... aku kira ok lah dengan dia... jarang sangat bersembang sebab tak ada yang common....

e) Mohd Amin Nordin, orang Telok Anson ...la ni Teluk Intan. baik, senang minta tolong dan yang best nya jenis tak pandai marah cuma pernah aku tengok dia mengamuk sekali... itu pun dah tak boleh tahan sangat... naik merah muka dia... kah2 kah

f) Mohd Zambri Said, orang Kuala Kangsar, Perak....ketua pengawas zaman penyudah sekolah form five dulu. Ni pun sportman, main bola, hoki dan .... dengar cerita pangkat besar jugak kat Radicare.

Sebenarnya ada ramai lagi, susah nak cerita banyak2... Lan Kecik, Mior Mohamed, Megat, Amin Husin, Norhayati Minai, Cik Shakri, Anuar Ismail, Wan Kharizal (chuping), Boey, Tan Yit Min (karateman) dll. Aku tak tahu mana mereka semua dan tak pernah dapat update news.

Memoir - AkhirNya Ke Lana (Bhg 19)

Bila kelas aku dah bertambah kurang, aku pun semakin kurang member kamceng. Boring pun mula sampai. Aku memang tak ada Marka waktu tu, dulu dan entah sampai lah aku kawin. Aku hanya berharap dan dapat bersembang dengan member-member dari tingkatan enam atas. Jadi ramai kawan-kawan aku dari upper six. Dia orang kebanyakkannya juga perantau macam aku jugak. Nasib baik cikgu juga cukup sporting dan prihatin terutama cikgu Wong. Cikgu Wong selalu nasihatkat aku agar tak give up dan “always pull up your socks and you can do it, I know you can do it”

Pernah satu hari aku jumpa cikgu Wong dan katakan pada dia ...” Sir, you won’t be seeing me next year...I just cannot take it anymore”. Terkejut dia. Puas dia nasihatkan aku untuk tak putus asa. Tuhan saja yang tahu bertapa aku benar-benar give up...tengok subjek yang memeningkan kepala, kawan-kawan semakin kurang, kawan-kawan dapat offer belajar di tempat lain dan aku masih terkial-kial nak mulakan sesuatu yang baru. Baru terasa bertapa aku kehilangan kawan-kawan dan rindu pada mereka dan keluarga di kampung. Nak enjoy lebih, duit bukan nya ada sangat. Boringgg....... Tapi ok lah, dia belanja aku kat kantin, spesial kantin sekolah ni ialah ada jual roti canai... sedap siut... ada tambah sambal. Budak yang tebar roti canai tu orang Kedah... aku kamcang dengan budak ni... muda lagi.


Sebab aku ni orang dari Utara dengan loghat utara (tak lah macam boria Pulau Pinang), jadi adalah budak “Kay Eel” ni cuba nak main main dengan aku, cuba ajuk cakap aku... aku cekup leher baju dia ... aku warning dia. Panik mamat tu. Dia ingat aku ni apa.! Berbanyak lah maaf dia, aku pun tak kisah walaupun ada ramai orang kat situ. Nak main-main konon! Kira ganas ala brutal jugak, apatah lagi aku tengah boring, tension...member kureng! Member kamcen zaman sekolah SMS Ps dah banyak yang berpisah atau terpisah.

Bagi menambah bilangan pelajar dalam kelas aku, tak lama kemudian masuklah dua orang pelajar baru...budak perempuan. Kedua-duanya dari Selangor. Mungkin Jawa. Budak perempuan ni pulak first time masuk sekolah berasrama penuh. Aku tengok mereka ni gelabah sebab bila masuk form six , benda bukannya senang. Kena pulak semua subjek dalam bahasa inggeris dan aku tengok bahasa inggeris dia orang agak teruk. Dia orang dari sekolah yang berlainan dan berjumpa hanya di SMS Selangor ni. Aku pun tak ambil kisah sangat walaupun kawan-kawan lelaki kelas aku yang lain rajin jugak membantu mereka dalam kelas. Bunga kan.......! Aku pun tak sempat ingat nama mereka walaupun mereka pernah jugak minta tolong aku ajar mereka subjek tertentu sebab aku kira terror dalam subjek Chemistry, Biology dan General Paper. Yang aku tahu, mereka ni tak lama. Lepas tu aku rasa dia orang dapat tawaran tempat lain atau berpindah ke jurusan sastera sebab aku pernah dengar yang mereka minta tukar jurusan sebab tak dapat bawa subjek sains ni... bahasa inggeris dia pun teruk.

Bila sampai cuti panjang hujung tahun, itu masa paling seronok. Dulu cuti hujung tahun cukup panjang. Aku dapat waran tiket naik keretapi dari KL ke kampung. Bas sekolah hantar aku dan beberapa kawan lain naik keretapi. Malam makan awal sebab keretapi bertolak jam lapan malam. Di stesen keretapi, orang cukup ramai. Musim cuti sekolah. Bas express waktu tu pun bukan cukup sangat dan keretapi yang jadi pilihan. Waran tiket kami hanya untuk kelas ketiga...mel biasa. Tak ada nombor kerusi, jadi kena cepat rebut kerusi. Aku ingat dalam rebut-rebut ni pun aku terpaksa berdiri dekat dua jam sebelum ada penumpang lain turun dan dapat lah aku duduk kat tempat yang kosong ni.

Seksa juga naik keretapi kelas ketiga..mel biasa ni. Perjalanan ambil masa lama, lepas tu tak dapat nak rehat betul-betul ataupun tidur sebab bising dan sesak. Yang seronoknya bila sampai stesen besar, ada saja peniaga yang jual barang makan ...”karipap panas...kopi O...nasi lemak” Mana boleh tidor! Semua stesen kecil ke, besar ke..keretapi mel malam ni akan berhenti, cuma lama dengan sekejap saja bezanya. Kena pulak kalau ada keretapi ekpress lalu, keretapi kami selalunya kena berhenti kat mana-mana stesen , tunggu dan berikan laluan untuk keretapi ekpress ni jalan dulu. Kena hormat beb!. Itu lah pengalaman naik keretapi. Tapi, dengan kawan-kawan yang ramai dan bermacam-macam perangai manusia, semua ni jadi satu bahan lawak. Cuma aku cukup kesian tengok makcik-makcik dengan anak kecil dia orang. Anak-anak yang masih kecil ni kadang-kadang menangis, mungkin sebab rimas dan panas. Budak kecik memang susah nak lelap mata dalam keadaan macam ni. Lagi satu, kakak dan makcik-makcik ni cukup terseksa bila tiba masa nak bagi anak menyusu atau nak bancuh susu anak kecil masing-masing. Tapi, nak balik bercuti, semua terpaksa juga di lalui.

Monday, September 7, 2009

LOST , RECALLED AND / OR FOUND

Ada kawan2 tanya, apahal nama aku tak ada dalam senarai lost and found yang pertama tu... sebenarnya banyak lagi... takat nie satu marka pun belum dicatatkan lagi... Ni di tambah..

a) Mohd Amin Salleh , orang Mata Ayarq. Mat Amin ni dari kecik dah sama-sama dengan aku... maksudnya dari sekolah rendah. Dia ni pemain bola, pemain hoki dan juga pengawas sekolah (monitor). la ni ada di Sabah, kerja dengan FELDA.

b) Norizan Mat @ Pak Mat. Ini bukan lelaki tapi perempuan sejati. Dia ni baik, sama lah dengan Mat Amin, kami dari sekolah rendah bersama. Pak Mat ni pandai, rasanya dulu ke US tapi la ni tak tahu kerja apa. Lepas form 5 langsung tak pernah jumpa.

c) Chong Chong Fook, la ni doktor. Buka Poliklinik Chong di Kangarq. Baru2 nie aku pergi ke Klinik dia , bawa mak aku yang tak berapa sihat. Dia tak ingat atau cam pun aku. Aku biasalah, orang tak ingat, aku pun tak rugi apa. Malas pula nak tegur, panjang pulak cerita.

d) Wahid @ Pak Kob. Nama pak kob nie sebab dia suka mencekup. Member aliran melayu, rapat dengan aku dan member2 lain. Jenis happy, suka melawak. Join kelab "SMOKER".

e) Shahril @ Cerek. Sama jugak dengan Pak Kob... jenis happy, suka menyanyi terutama nak ke bilik mandi. Simple, seronok berkawan dengan dia. Sportman jugak tapi tak tahu le dia pernah menang ke tidak. Ini pun AJK "SMOKER" club.

f) Norhishamudin Othman atau aku panggil "D" saja. member rapat tapi dia dari aliran melayu. Mak dia kawan mak aku. Ayah dia member ayah aku. Musim buah, seronok pergi kebun ayah dia (aku panggil cikgu Saman), buah memang mewah. D sekarang seorang pegawai polis di Perlis, dan pernah bertugas dengan PBB di Bosnia. Dia beli rumah dan menetap kat Beseri Jaya... projek perumahan di mana aku dan dia pernah jadi kuli kontrak .

g) Abdul Hadi, ni memang orang yang cukup baik, dari segi disiplin dan juga cara berkawan. Dia nie pernah jadi hero hari kanak-kanak sedunia. Menyelamatkan orang dari lemas. Pernah kerumah aku ... asal dekat Bandar Baru / Parit Buntar. Dengar cerita...pegawai tentera.

h) Norzaki @ Zaki. member aliran melayu hitam manis... mudah tersenyum manja tapi jangan main-main mudah jugak merajuk. Baik sebaik manusia...

i) Arshad @ Pak Cat.. aliran melayu jugak, baik tapi aku kurang rapat sangat, dia ada cara tersendiri.

j) Ibrahim @ Pak Him , dia ni orang Perak. Aliran melayu, tapi memang lah genius. Pandai betul dia nie, aku baik jugak dengan Brahim ni. Pakai spek, ala2 lama dulu.

k) Anita bt Ahmad, member sekelas aku. Nie perempuan tau... asal dekat Jelempok, satu kawasan antara Arau dengan Kodiang. Dia ni kira aktif jugak, tapi yang bestnya dia memang sporting habis. Dia dapat offer belajar di US, rasa2 kursus komputer... la ni tak tahu di mana dia berada.

l) Sharizan Saari, wonder woman, sport woman. Classmate aku jugak. Ni kalu jumpa memang tak kenal. Abang dia senior di sekolah yang sama...nampak macam serius. kerja kat Telekom.

m) Arina Shafie, ni cuma ksekelas dengan aku waktu subjek english kut. Tapi memang lah kenal sebab dari form one lagi. Badan agak gembal , bukan gemuk cuma berisi sikitttt.. tapi la ni cukup slim. Tak caya, pergi tengok kat Maybank Kangar... dia bekerja di sana dan aku kebetulan jumpa di bank tersebut.

Thursday, September 3, 2009

ENTER FRAME - LOST AND FOUND, LOST NEVER FOUND AND SEARCHING FOR THE MIA (MISSING IN ACTION)

Sori no, kalau tulisan aku nie kadang-kadang pelik sikit, anyway (mat salleh plak!), Memoir - AkhirNya Ke Lana ialah satu jurnal perjalanan dari kecik , bersekolah kat Sek. Men. Sains. Perlis, Behor Pulai, pi pulak ke Sek. Men. Sains Selangor, pas tu masuk ITM dan lepas tu belajaq kat AIM, part time kat OUM dan last-last terdampar dalam Utan di tengah-tengah Kepulauan Borneo.

Jadi, kawan-kawan yang mengenali aku, sepanjang jalan hingga terdamparnya aku kat Lana ni, silakan pekenalkan diri takut aku dah lupa, kalu ada maklumat kawan yang MIA, lapurkan lah... hangpa budak SMS Ps ke, ITM Arau ke, AIM Makati ke, SMSS ke,... masuk jer... kita bukan merempit... kita nak buka ruang yang sempit agar kawan yang banyak dulu timbul menjadi banyak semula sebelum kita menuju kedalam ruang yang lagi sempittt....6 kaki bawah tanah.

Semuga kita di panjangkan umur, kurangkan dosa, banyakkan pahala, BINI biar satu sebab ada orang takut HINI tapi sebenar mereka lebih takut BINI.

Ok, pls, maklumat... cerita perjalanan ke Lana banyak lagi, lambat lagi nak habis... tunggu cerita aku join Arqam , tunggu cerita aku join gang hampir sesat cari nombor ekoq menurun... kena ada selingan sikit macam commercial break. aku dan kawan aku.....

Ok, pak wahid, pak kob.. pak arg....dan anak-anak jantan SMSPS , sama ada dibawah naungan aliran Melayu atau inggeris... selitkan cerita-cerita berlagu tu.... jgn cerita pasai marka lama panjang2 takut luka lama menanah kembali.

ps

Aku... dari dulu, kini dan selamanya tak pernah ada marka...awat!!! aku tak handsome ka dulu!!... la ni aku ada BINI saja.

Hari Jumaat, nanti nak keluar balik ke Tamaddun Bandaraya Bintulu... 3 jam setengah perjalanan melalui jalan balak, sah sampai2 letih dan tunggu nak berbuka saja... siut...nak kena ayam percik kut!!

LOST AND FOUND, LOST NEVER FOUND

Sebagai bingkisan dari Memoir-AkhirNya Ke Lana, nak juga aku perkisahkan setengah-setengah watak yang ada dalam perjalanan itu, mungkin ada yang tersurat dalam Memoir ini , dan ada juga hanya dalam ingatan semata-mata

a) Sazali Hussein @ Ali Kong - Orang Arau, anak tunggal dan rumah dia dekat dengan rumah Cikgu Khalid Dan. Ni memang antara gang aku di sekolah. Ali sekarang bersama sebuah syarikat pembinaan yang berjaya dan antara projek mereka yang aku tahu ialah lebuhraya / jalan raya Baling ke Pengkalan Hulu, Perak. Ini gang pekena nasi ganja kat Kangar.

b) Kamel Hassan, sebutannya kadang-kadang kami sebut "Camel" @ Unta.. Orang Abi , dekat kuari , jalan nak pi Batu Bahat, tapi sekarang dia nie ada bisness sendiri sebagai kontraktor. kalau nak tahu, renovation dapur rumah mak aku dia yang buat. Harga kira oklah, harga kawan-kawan. Kamel juga adalah gang nasi ganja aku.

c) Zul Ramli atau Zul Ki_t . Orang Beseri. Orang nya tinggi dan juga anak tunggal macam Ali. Sekarang ni di mewarisi bisness transport aruah ayah nya. banyak lori dengan trailer dia nie sekarang.

d) Syed Amir Syed Akil @ Bon @ Jeb_n, bukan apa dia kini kadang-kadang suka jelir lidah. Ni pun member kamcin, sekarang bekerja kat bahagian pentadbiran Hospital Kangar. Dia nie sebenarnya HA. best nya pernah dia kerja kat Hospital Bahgia , Tanjung Rambutan. Juga member nasi ganja bila aku balik Perlis, pantang call.

e) Shukri Omar @ Shukrio , juga orang Abi. La nie kerja kat Proton. Dulu dia tergolong dalam golongan budak kecik yang cute tapi la nie, badan dia boleh lah tahan. Pernah jumpa beberapa kali cuma yang best nya dah lama tak jumpa, bila dia selisih dengan aku pun dia tak kenal. Aku pun tak perasan sangat sebab badan dia....

f) Hariri Supian @ Jeneral Tojo. Orang Kampar, Perak. Peminat kumpulan ABBA, pernah cuba masuk pertandingan menyanyi, tapi keputusan nya ....... Dia ni ada masalah sikit dengan sebutan "R" sebab bunyi dah jadi macam "L" .. so Hariri dah jadi Halili. Last sekali aku jumpa, dia ni Branch Manager, KFC kat Salak South. Kadang-kadang buat part time bawa teksi sebab dia ada permit teksi.

g) Mohd Zaki @ Pusing, orang Perak jugak... nama tempatnya ialah PUSING. Dia ni peneraju spec bentuk bulat macam Mathama Ghandi. Jenis happy. Dia masuk Politek kat Perak, last sekali dengar kerja kat Ipoh.

h) Halim Hanapiah @ muncung , sebab mulut dia agak muncung sikit dan waktu bercakap jangan dekat sangat, kadang-kadang tempias. Orang Sabah, dan kerap jugak lepak kat rumah aku bila tak balik cuti sekolah. Dengar cerita, dia ni jadi orang penasihat undang-undang kat Sabah.

i) Hasnul Hashim. Ni pemain basket ball. Nie kira mat handsome lah, ramai marka tertawan. Dia last sekali aku dengar, dia kerja kat Langkawi , bank officer.

j) Kasiraja Pillay, dari aliran Melayu. Jangan kacau dia tak menentu, mat ni ada Tae Kwan Do. Orang nya baik, dan senyuman dia memang best, terserlah giginya yang putih tu. Boleh masuk iklan ubat gigi. Ini pun bank officer.

k) Razali Majid, orang Beseri, dekat dengan MRSM Beseri. Adik dia pernah kerja sama-sama dengan aku, kuli kontrak. Razali ni memang kool, tegap dan ini adalah member seperokok. Aliran melayu dan dengan cerita dia ni pun ada buat kerja kerja kontrek... tak tahu pulak..mungkin ada yang boleh confirm nanti.

l) Premanathan atau Prem ni memang unik, senyuman dia memang special. Kurus dan tinggi. Ini seronok peminat cikgu Tang , Add Math. Adik dia ada juga kat sekolah SMS Ps ni. Dia ni aku tak tahu hanyut ke mana.

m) Tan ... ...., kawan cina yang kira rapat dengan kami. Dari Arau, hisap rokok juga. Kira lain dari yang lain. Tak tahu apa dah jadi dengan member nie.

n) Morni Samat, dia ni orang Sarawak. Dah jadi doktor tapi jangan ingat Morni ni perempuan, dia ni lelaki sejati. Pemain bola sepak dan dengar cerita pernah (dan mungkin masih) menjadi orang kuat Persatuan Bola Sepak Sarawak. pernah jumpa dia kat Samarahan tapi dia tak ingat dan tak cam aku, jadi aku pun takut nak tegur takut salah orang. Last2 ada orang bagi tau... itu lah Doktor MORNI.

o) Jalil , ni Sudirman kami, sebab Basikal Tua dia ala-ala Sudirman dalam lagu Basikal Tua. Happy go lucky walupun sebenarnya dia ni ada sikit masalah keluarga. Hilang tanpa di kesan. Cuma ada orang cakap, dia ni ada buka bisnes kedai makan. Pls confirm.

p) Husni Johari, orang Kedah, heran macamana boleh terselit kat SMS Ps. Kerja kat Techno Park Bukit Jalil dan dia dan isteri ada juga Bisnes Farmasi kat Wangsa Maju. Pernah aku lepak dengan dia di sana ... dulu-dulu.

q) Khairul Anuar Hashim @ Kaha @ Mejar Kaha. kerja CIDB. Dia ni "lelaki dengan seribu watak" sebabnya ...ketua pengakap, Bilal kat surau tapi geng seperokok jugak. Kerja sebagai pegawai kat CIDB.

r) Syed Amir Syed Omar @ SASOS , orang Perak. Jenis berkulit cerah macam tok Arab. Katanya lawyer ... jangan loyar buruk ...sudah.

s) Cek Khalid , dia nia orang Parit Buntar. Peminat dan penyanyi lagu hindustan. Wow...sekarang Lawyer.

t) Syed Nazar Syed Taha @ Syed Tongg_k, seorang pembahas, mewakili sekolah tapi kaki mengigau malam. kalau dia mula berbahas, mula tangan dia naik, kalah Karam Singh Walia. Graduan USM dan dulu kerja macam HR manager..

sebenarnya ramai lagi... mungkin kalau dapat aku sambung lagi. Cuma ... mana kah hilangnya setengah-setengahnya... macam Chempawan, Azahar Malik, Zaitun Bujang Umek (Sarawak), Mior, Megat, Fuzaili dan banyak lagi...

Pencarian kasih mungkin akan bermula lagi.

Cik Gu Lan Noor - Jejaka Terakhir Malim Nawar

Harap-harap member baik aku ni, pernah satu sekolah, duduk satu bilik lepas tu sama-sama belajar kat ITM.
Member ni banyak nama samaran atau nickname yang orang bagi...

Apa-apa hal pun, Lan ... relax dan banyak bertenang. Kerja dengan manusia ni memang susah... pikiarq banyak2 buat pening kepala ... ingat pesan Nabil ... Lu Pikiarq La Sendiri... kah- kah kah

Selamat menjenguk blog aku ni... itu pun kalu hang singgah.

Memoir - AkhirNya Ke Lana (Bhg 18)

AKU DAN SEKOLAH DI PERANTAUAN

Jadi pengawas adalah pengalaman baru bagi aku. Hebatnya budak-budak di sini cukup hormat dengan abang-abang dan kakak-kakak senior. Asal berselisih saja mesti bagi salam. Displin tak lah ketat sangat atau pun tak lah longgar sangat. Cukup dengan keadaan. Tak pulak ada masalah besar. Aku sendiri pun jarang jumpa pengetua sekolah.

Di sini berkumpullah para pelajar dari semua sekolah-sekolah berasrama penuh yang lain dalam tingkatan enam, khususnya. Ada dari sains Kedah dan sebagainya. Jadi bermacam perangai dan cara kami dapat. Kami kira dapat berkawan baik. Pernah juga kami beramai-ramai keluar malam, berjalan kaki, menaiki bas untuk tengok konsert di KL pada waktu malam. Yang best nya jumpa pulak dengan pelajar-pelajar tempat lain dan jadi member. Macam berpakat baik pulak. Selalunya tengok konsert free kat panggung anniversary.

Pada hari minggu, para pelajar boleh keluar tertakluk lah kepada syarat-syarat pihak sekolah. Pada pelajar yang tinggal berdekatan atau dalam negeri Selangor, ada emak ayah yang datang pada hari Sabtu dan ambil anak masing-masing untuk balik bermalam. Macam aku dan kawan-kawan yang merantau ni, kami selalunya keluar pada hari ahad. Pakai uniform sekolah. Sebelum keluar, ada pemeriksaan bilik. Bilik, katil mestilah kemas dan bersih...baru dapat green light untuk keluar.

Aku kadang-kadang sahaja keluar, tertakluk kepada kewangan semasa. Biasiswa yang dapat pun tak banyak dan proses pengeluaran pulak leceh. Tapi kalau ada duit dalam lima ringgit dah cukup untuk ke KL. Tambang bas bagi budak sekolah hanya sembilan puluh sen untuk perjalanan pergi dan balik. Makan burger baru seringgit. Tengok wayang kat pangung REX baru seringgit. Baru habis dua ringgit sembilan puluh sen. Kadang-kadang aku dengan kawan-kawan berjalan kaki sampai ke kawasan Chow Kit atau ke Bukit Bintang. Lepak-lepak kat Pertama Complex atau sekadar window shopping kat Bukit Bintang dan Sungai Wang. Waktu tu, tak kisah sangat sebab jalan pun ramai-ramai, dengan kawan-kawan. Kalau sekarang mesti tak sanggup...pertama
kereta dan orang terlalu banyak dan letih berjalan dalam keadaan yang panas dan berabuk seperti sekarang. Kawan baik aku waktu tu, seorang berbangsa India dari Sekolah Sains Kedah, namanya Chandra Raj. Dia ni memang seangkatan dengan aku, kaki pokai, merokok dan kaki relax.

Makan tengahari, kalau sempat atau lapar sangat ialah di kawasan masjid India berdekatan dengan Wisma Yakin. Selalu nya kat gerai mamak tepi longkang di bawah flat Selangor Mansion. Ramai jugak orang makan kat situ. Murah dan banyak pilihan. Sedap semacam aje...walaupun duduk tepi longkang. Sekarang ni mesti tak sanggup sebab longkang kini berbau terlalu busuk. Aku tengok, ramai juga yang berpakaian kemas siap dengan tali leher sama-sama lepak makan kat situ. Heran betul, tepi longkang tu bukan tak ada bau, kadang-kadang nampak jugak tikus sebesar anak kucing, makan tetap sedap. teh tarik tak famous lagi tapi teh gelas tetap jadi idaman, ada peluang lepak lama.

Roti canai dengan kuah kari memang jadi pilihan... bukan mahal sangat. Teh gelas dalam 40 sen, roti canai dalam 50 sen (kuah kari tanpa isi).... baru 90 sen, sekarang roti kosong dah satu ringgit paling murah , teh tarik sekarang RM1.50 - RM1.70. Burger selalunya dalam RM1.00 sebiji , itu kira spesial, kalu biasa , setakat roti dengan isi burger saiz ekonomi tu, dapat lah dalam 80 sen. Takat ada sos tapi tak adalah timun ke atau bawang ke ....

Wednesday, September 2, 2009

Memoir - AkhirNya ke Lana (Bhg 17)

Tingkatan enam aliran sains ni susah, aku buat surat tukar aliran sastera, kementerian tak layan pun! Bila ramai dah dapat offer belajar tempat lain, aku tinggal sorang-sorang. Budak-budak dalam kelas aku ni tak kamceng sangat. Budak-budak asal SMSS pulak action semacam. Aku tak kisah.

Kelas aku yang tinggal enam orang ini terdiri daripada satu berbangsa India, dua berbangsa cina dan tiga berbangsa melayu. Yang melayu ni berasal dari kedah dan Sabah. Kelas memang sunyi. Semua kaki studi. Tingkatan enam sains memang susah. Cikgu pulak banyak , satu subjek sampai tiga orang...macam biology ada cikgu khusus untuk mengajar dalam kelas dan satu lagi untuk kerja-kerja makmal. Chemistry kami ada tiga cikgu...satu untuk organic chemistry , satu untuk inorganic chemistry dan satu untuk makmal. Matematik satu, general paper satu, matematik satu, fizik dua dan pendidikan agama islam. Guru kelas aku bernama Cikgu Wong dan dia mengajar matematik. Susah......

Waktu ni menyesal betul sebab tak minta mana-mana tempat lain untuk belajar. Dalam diam-diam aku mohon masuk maktab perguruan dan ITM. Aku waktu tu pulak dilantik menjadi pengawas sekolah dan juga setiausaha persatuan pelajar islam. Amboi...sebelum ni tak pernah pun seumur hidup jadi pengawas. Pelajar tingkatan enam duduk di satu blok khas untuk tingkatan enam sahaja. Pelajar tingkatan enam berasal dari seluruh pelusuk Malaysia termasuklah dari Sabah dan Sarawak. Kami di tingkatan enam ni ada banyak keistimewaan yang cikgu berikan. Boleh jugak keluar waktu petang pada hari-hari tertentu ke kawasan berdekatan konon nya berjogging.

Kawasan sekolah kami ni semacam satu kompleks pendidikan...ada Sek. Men. Teknik sebagai jiran terdekat (malah berkongsi pagar sempadan), Sek. Men. Alam Shah, Sek. Mengah Cheras, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Maktab Perguruan Teknik dan juga kampus mini Kolej Tuanku Abdul Rahman (KTAR). Berdekatan dengan kawasan ini juga ada satu perkampungan tersusun dinamakan kampung Kongo. Sekarang dah jadi Bandar Tun Abdul Razak dan kawasan ini dah banyak berubah.

Aku kerap jugak ke simpang kat Taman Midah tu... dulu ada barisan kedai...kedai kayu jer , tapi pekedainya semua orang Melayu. Aku suka makan apam balik kat situ...murah. Lagi pun ada marka lawa kat situ...takat tengok jer...tegur pun tak pernah.

SMS Selangor ni dekat dengan Maktab Perguruan Ilmu Khas dan maktab Perguruan Teknik... memang dekat. Macam aku ni, kadang-kadang lepak kat maktab tu... siapa pun tak tahu aku ni hanya budak sekolah tingkatan enam rendah. Sama saiz dan gaya rupa pun macam bakal-bakal guru tu. Maktab Perguruan Ilmu Khas ramai pelatih perempuan.

Kat maktab tu, hisap rokok kat kafetaria maktab tak siapa yang tahu. Lagi pun aku bukan pergi sorang.. kalau sorang..aku pergi lepak kat gerai makan kat simpang tadi... pekena apam balik kat situ... murah lagi sedap.

Memoir - AkhirNya ke Lana (Bhg 16)

RESULT DAH KELUAR!

Bila result MCE keluar, aku dan kawan-kawan satu negeri sibuk buat perancangan bila nak ambil keputusan. Plan nya nak pergi bersama-sama, boleh jumpa kawan-kawan yang lain. Sampai si sekolah, orang dah ramai. Mak ayah pun ramai. Kereta bersusun-susun. Kami naik bas saja dan masuk ke sekolah pun berjalan kaki. Suspen jugak waktu nak ambil result ni. Kena beratur juga, tunggu giliran.

Aku dapat pangkat dua saja tapi aggregate aku kira baik jugak. Aku rasa cukup bangga sebab dalam ramai-ramai kawan-kawan aku dapat keputusan yang amat baik untuk subjek Bahasa Malaysia...A1. Tak ingat pulak berapa “A” yang aku dapat. Cikgu yang ajar Bahasa Malaysia pun turut rasa bangga sebab dia tak sangka aku akan dapat result sebegitu.

Kawan-kawan aku semuanya lulus cuma gred dan aggregate yang tak sama. Ada dapat gred satu dengan aggegate yang cukup cemerlang. Ada peluang pergi luar negeri. Ramai kawan-kawan aku sebenarnya dah jadi target cikgu untuk sambung belajar di luar negeri...antaranya si Ali tu.

Sebenarnya dah ada kawan-kawan aku yang dah pun pergi belajar di luar negeri. Pemilihan di buat berdasarkan peperiksaan percubaan dulu. Semuanya dapat belajar matrikulasi atau Pra-U atau program persediaan khas di universiti di Australia.

Kami yang tinggal ni sibuk merancang apa yang nak di buat seterusnya. Sebelum balik, sempat lagi duduk melepak kat kedai di bandar dan bersembang-sembang sambil memikirkan apa nak dibuat. Ada yang sibuk nak minta borang universiti dan ITM. Tak kurang jugak yang nak cari kerja saja. Aku tak terfikir pun nak minta pergi mana-mana atau pun sibuk mencari borang permohonan. Aku Cuma tunggu dan lihat.

Beberapa minggu selepas keputusan keluar, aku dapat surat tawaran belajar di tingkatan enam di sekolah yang sama. Macam Pra-U. Ramai juga kawan-kawan aku yang dapat tawaran yang sama. Ini pertama kali sekolah kami ada tingkatan enam. Kami di kira sebagai pioneer.

Masuk tingkatan enam rendah, kami mula belajar subjek yang lebih mencabar. Tingkatan enam aliran sains memang susah. Ramai yang cakap begitu. Aku pun tak lah berharap sangat untuk terus dalam tingkatan enam. Waktu tu kelas-kelas matrikulasi universiti tempatan sedang giat tumbuh. Ada matrikulasi USM dan juga Asasi Sains di Universiti Malaya. Bezanya matrikulasi ni di buat di sekolah berasrama penuh biasa bagi tahun pertama dan hanya menyambung di universiti sebenar pada tahun kedua.

Sekolah kami pulak telah dipilih untuk menjalankan program matrikulasi USM. Kena buat permohonan jugak. Aku buat tak kisah. Kawan-kawan aku yang lain pun begitu jugak. Takkan lah pihak sekolah nak buang kami di tingkatan enam rendah ni begitu saja tanpa alternatif lain.

Akhirnya aku dan beberapa kawan aku dapat surat dari kementerian pelajaran. Kami di tukarkan ke sekolah berasrama lain bagi meneruskan pelajaran di tingkatan enam. Ramai jugak. Siap dapat tiket ke destinasi masing-masing. Cuma, ada yang kena masuk ke Maktab Melayu Kuala Kangsar, STAR di Ipoh, Sek. Menengah Sains Selangor dan Sek. Menengah Sains Johor. Paling ramai ke Maktab Melayu Kuala Kangsar dan SMS Selangor.

Aku ke SMS Selangor. Tak lah boring sangat sebab kawan baik masih bersama. Dapat pulak peluang pergi belajar di tempat orang, jauh dari keluarga. Waktu ini tawaran untuk masuk ke universiti, ITM atau ke luar negeri seperti USA dan UK belum keluar lagi.

Di SMS Selangor, aku masuk ke Lower Six Science One bersama-sama kawan yang lain. Seingat aku dari SMS Ps ada beberapa orang termasuk Ali Kong, Halim Hanapiah dan beberapa orang lagi. Kami pergi naik bas express malam dari Kangar ke Kuala Lumpur.



Masa berlalu dan kelas aku yang ada lebih daripada dua puluh orang akhirnya tinggal enam orang sahaja. Sebab nya, sorang demi sorang kawan-kawan sekelas dapat tawaran masuk universiti, ke ITM atau keluar negeri. Ada juga yang pergi ke Akademi laut Malaysia atau ALAM di Melaka.