Wednesday, July 29, 2009

Perjalanan ....

Perjalanan ke Lana masih jauh... tapi perjalanan pulang ke Perlis memang membawa banyak kenangan lama. Aku sempat jumpa kawan lama, ada yang terserempak kat jalan tapi tak sempat tegur dan ada jugak yang tak cam aku lagi.


Tapi nak heran apa, dah lebih 30 tahun tinggalkan sekolah. Berita terbahru dari seorang kawan lama, yang sekarang ni tinggal di Bangi ialah berita kematian... Kematian Selamah Yahya, senior di sekolah dulu akibat strok pada hari raya lepas... cerita lama tapi baru dikabarkan. Aku tak ingat sangat allahyarhamah ini, tapi itu satu ingatan bahawa pada usia sebegini, kita yang jadi penumpang di dunia ni, kena ingat bahawa masa nya akan tiba jua...


Member yang inform tu pun sedang berhadapan dengan pneumonia, paru-paru collapse dan doktor tengah memantau kidney dia juga. Sekarang, kerap benar dia contact aku samada secara sms atau phone call. Mungkin kawan-kawan seasrama lebih senang di bawa berbincang..



ps


Buat Roslan Mat Noor, semuga cepat sembuh dan aktif semula macam dulu-dulu (walaupun tak 100%)... rajin2 makan ubat, aku akan terus contact dan contact....

1 comment:

  1. Salam,

    aku terpanggil menyampuk keluhanmu sahabat...walaupun ITM telah 25tahun kita tinggalkan gelak tawamu, ide2 gila yg kita usul dan terjemahkan tetap segar bermain dalam diari hatiku ini. Entah berapa rama dah kenalan dah kembali kerahmatullah dlm usia yg sebegitu singkat....arwah Ben@md raman...Brew..Kang Sudin..dll dan tak kurang juga yg hilang bagaikan ditelan tsunami kehidupan..tup2 gi seminar konferen ada la jumpa sorang dua tu pun jauh berubah...raut wajah dan kelesuan menyembunyi kehebatan masing2 tatkala di DPIM Arau dulu.

    Aku juga minat menulis walaupun pada zahirnya aku seorang sainstis. Namun aku mudah terusik dgn kata2...nostalgia mengimbau kembali kenangan lama apatah lagi hidup ini entah bila akan penghujungnya..Memang benar Tuhan menyarankan kita mengambil iktibr dari kejadian alam dan apa yang berlaku.Tapi kita dinamakan manusia insan atau manusia pelupa..mungkin istilah sekarang Melayu Mudah Lupa terlepas pandang di kala sibuk melayan kerenah dunia.

    Bila aku terima sms dari kngawan lama..terubat rindu akan zaman bebas berfikir..melontarkan buah fikiran walaupun nampak gila2 tapi ternyata ada ciri2 tersendiri. Aku juga ramai trainee student U masa kini dari masa ke semasa, namun aku dapati pemikiran mereka tidak kreatis..tidak ada 'uumph' seperti kita dulu.Ramai yg skema..tak suruh tak buat..tak proatif dan spoon=fed.Di mana silapnya???

    Malam berlabuh jauh..aku jangka kau pun dah belayar di lautan Atlantik..cuma harapanku agar kau tak tenggelam seperti Titanic. Tapi jangan kuatir sahabatku...U jump I jump...cuma ajal kita tak tau bila...namun bagiku telah beberapa kali hampir terjadi. Kau jua membantu memantulkan auraku sahabatku..ku doakan kau aman tenteram bahgia dunia akhirat seisi keluarga....

    Orang Malim Nawar 12.00 midnite
    Teman sebilikmu di ITM Arau 1981/3

    ReplyDelete