Saya sampai di main office Johore Labis Estate sekitar jam 2.30 petang. Group Manager, Mr Pringle masih belum sampai, jadi saya terpaksa menunggu. Motor saya "park" kat kawasan "porch", tak menghalang sesiapa pun.
Sekitar jam 3.00 petang, satu land rover berwarna oren sampai. Keluar dari kereta tu, seorang Mat Saleh yang saya rasa tentunya Mr Pringle. Waktu tu saya duduk di bawah pokok berdekatan, cari tempat teduh. Sebenarnya saya ketika itu berbadan agak "slim", berpakaian kemas siap dengan kemeja berlengan panjang. Kira "handsome" habis.
Tak berapa lama kemudian, CC India tadi keluar. Sebenarnya dia bagi tahu bahawa Group Manager dah sampai dan yang masuk tadi ialah Mr Pringle lah tu. Sebelum di panggil masuk, CC tadi minta saya alihkan motor saya kerana kedudukannya di "porch" tidak disenangi oleh Group Manager (GM). Saya alihkan motor tersebut ke bawah pokok. Beg baju saya dibiarkan diikat kat motor. Selepas itu saya berjalan masuk ke pejabat.
Pejabat tu agak lengang, kerani-kerani lain berada di bahagian lain. Lapang benar ruang pejabat ni. Saya masih menunggu. Setelah agak 20 minit, CC tadi menjemput saya masuk. Apabila masuk, "Sir, this is Mohamad Rohim, our new Cadet Planter, reporting for work" kata CC tadi. "Good afternoon Sir" ucap saya ketika masuk. "Sit down, young man" kata GM tadi. "Thanks".
"Can you call Mr Lee" kata GM tadi kepada CC tadi. "ok, sir" Waktu tu saya gabra juga, tak tahu nak cakap apa-apa. GM tu pun tak cakap apa-apa selain dari melihat surat tawaran kerja saya serta dokumen-dokumen lain yang ada di atas meja. "So, when did you arrive" tanya dia. "This morning sir" jawap ringkas dari saya.
Tak berapa lama selepas itu, kedengaran pintu di ketuk dan seorang lelaki berbangsa Cina, berumur dalam 50an masuk. "afternoon sir" biasalah "greeting untuk bos. "Ok, Lee, sit down, meet our young man , Rohim". Saya menghulur tangan untuk bersalam.
"Ok, I putting him with Shuhaimi at Division One, call Suhaimi to fetch him and you get him to make the necessary arrangement.... bungalow and so on" kata GM. "Yes, I will see to it" kata Lee atau nama penuhnya Lee Beng Lee, seorang Field Manager. "Ok, Rohim, do you wear short" soal GM kepada aku. "yes, no problem as I used to it during my studies and practical training". jawap aku, tersenyum kambing. "Ok, Lee, make the arrangement, and to you, Rohim, welcome onboard and hope you will be with us for a long time" "Thanks". Mr Lee dan aku bergerak keluar.
Rupanya, waktu tu Shuhaimi, Section officer Division satu dah ada menunggu. Selepas, berbual, berkenal sekejap, aku pun mengikut Shuhaimi dengan motor ke tempat yang bakal menjadi kediaman aku semasa bekerja di sini.....
No comments:
Post a Comment