Wednesday, May 19, 2010

Alfatihah

Seorang rakan sepengajian, Rahman menghantar mesej pagi tadi. Beliau memaklumkan bahawa rakan kami iaitu Mohd Ali Abd Rahman meninggal dunia pagi tadi, 19/05/10 jam 5.30 pagi akibat serangan sakit jantung.

Aruah berasal dari Muar, Johor (Parit Abd Rahman) dan saya sendiri telah beberapa kali ke rumah orang tua aruah ketika sama-sama bekerja di SOCFIN Co. Bhd. Aruah yang juga di kenali sebagai "Ali Jin" amat periang dan mudah di ajak berbual. Panggilan "Ali Jin" bukan kerana perangai buruk nya tetapi kerana gaya dan cara beliau ketawa. Beliau mempunyai ramai kawan tidak kira samada di kalangan para senior atau junior. Beliau adalah junior saya satu semester.

Kenangan indah saya bersama aruah ialah ketika kami sama-sama mengadakan " Road Tour Pantai Timur" pada tahun 1985 dengan memandu kereta honda civic hatch back. Perjalanan itu mengambil masa 4 hari, menggunakan kaedah "pengembaraan budget" iaitu tidur dalam kereta , menjelajah semua kawasan kampung yang kami lalui dan mandi di mana-mana tempat yang sesuai. Kami cuma bermalam di hotel di Kota Bahru, kelantan.

Banyak perkara kami lakukan bersama terutama apabila kami bekerja sebagai Cadet Planter di Chaah dan terputus hubungan sekejap apabila saya meletakkan jawatan dengan syarikat berkenaan. Aruah Ali mengikut jejak saya dengan meletakkan jawatan beberapa bulan berikutnya.

Kali terakhir, aruah bekerja di sebuah ladang di Johor dan kami sempat bersama pada satu konferen di Putra Jaya sekitar tahun 2008. Aruah ceria seperti biasa.

Semuga roh aruah Mohamad Ali bin Abdul Rahman dicucuri rahmat dan diletakkan dalam golongan orang-orang yang beriman. ALFATIHAH.

No comments:

Post a Comment