Aku menunggang motor mengikut Suhaimi ke banglo tempat tinggal sementara aku. Terpaksa di sana sementara kerja-kerja membersih banglo tempat tinggal aku kat ladang ni siap. Mungkin ada sikit kerja baik pulih.
Banglo Shuhaimi adalah banglo yang baru di bina. Seperti biasa, banglo eksekutif kat ladang terletak di kawasan tanah tinggi atau bukit kecil. Cuma yang boring nya banglo ni selalunya terletak jauh dari kawasan perumahan lain. Kemudahan lengkap walaupun elektrik terpaksa guna gen set.
Sesuatu yang tak di duga ialah, sahabat se kampus , Mohd Ali (sekarang allahyarham) ada di sana. Dia sebenarnya menjalani latihan praktikal. Dia menjalani latihan praktikal tahun ketiga semester kelima. Cuma dia tak akan lama sebab akan masuk lapur untuk semester terakhir.
Setidak-tidaknya tak lah aku sorang-sorang kat sana. Aku dan Ali tinggal sebilik sementara aku berpindah ke kediaman aku yang sebenarnya.
Shuhaimi memang baik orang nya. Berasal dari Negeri Sembilan dan menjawat jawatan sebagai Section Officer Division Satu. Dia memang pandai masak tapi dia juga seorang yang tak banyak bercakap. Dia adalah bos aku di Division Satu nie.
Me Lee Beng Lee adalah Field Manager bagi Division Satu dan Division Dua. Maka, Mr Lee adalah bos besar aku selain dari Group Manager , Mr Pringle.
Hari pertama kerja lebih kepada suai kenal. Ada dua orang field conductor (penyelia ladang) bernama Kupusamy dan Simon. Kedua-duanya berbangsa India. Kupusamy dah agak berusia, manakala Prem (kalu tak silap, ingat2 lupa nama ni) yang berbadan agak besar masih agak muda.
kerja di ladang bermula awal iaitu jam 6 pagi, bermula dengan muster-call. Ini lah masanya nama-nama pekerja yang hadir di daftarkan dan agihan kerja di buat. Bagi pekerja meracun rumpai, racun akan di agihkan dalam jumlah tertentu. Pekerja meracun rumpai dari kontraktor, racun jugak dibekalkan oleh pihak ladang.
Dari segi pekerja, boleh dikatakan 90% pekerja berbangsa India, 8% Melayu dan bakinya Cina. Yang paling ketara, ada seorang harvester berbangsa Cina yang begitu fasih berbahasa India malahan anak-anaknya jugak pandai berbahasa Cina. Pergaulan di ladang tak kira bangsa. Waktu ni, tak ada lagi pekerja Indonesia apatah lagi pekerja Bangladesh.
Di sinilah bermulanya karier aku sebagai orang ladang.
No comments:
Post a Comment