Thursday, January 7, 2010

Memoir - AkhirNya Ke Lana (Bhg 33)

“Hangpa mai sini, naik kereta gomen, nak cek tempat aku, nak rampas tanah aku. Tanah ni memang tak ada geran. Aku dah lama dok sini. minta geran tak dapat, kalau aku orang gomen baru boleh dapat kut. “Aku memang orang PAS, tapi aku ni orang melayu jugak” .

“Tak pakcik, kami tak ada niat pun. Saja dah mai sini, bukan saja-saja. Apa cerita ni?”

“Tak, dulu pak cik minta juga masuk tanah rancangan. Semua orang pun tanah bukan ada geran. Tapi depa orang gomen, minta masuk, dapat. Aku depa kata orang PAS, aku tak dapat. Geran aku minta pun tak dapat., sebab tu aku mai sini usaha tanah kat dalam ni. Aku tak kisah, biaq kami susah, tapi tak mati tak makan. Hangpa jangan kacau aku” Waktu dia habis cakap, di hentaknya cangkul tadi dekat dengan kaki aku. Terkejut! nasib baik aku sempat elak sikit, tak kena. Sebenarnya kalau tak elak pun, tak kena , tapi dah aksi spontan.

“Sabaq pak cik., kami tak ada niat jahat pun” kata pengurus tadi. “Tak pa, nanti saya cek tengok, kut-kut nama pak cik dan tanah ni milik usaha pakcik kita masuk sebagai peserta projek. Nampak pakcik pun ada pokok getah sikit”

Aku tengok, pak cik tadi dah mula tenang sikit... lepas tu dia pun mula bercerita. Aku tak lah dengar betul-betul cuma aku rasa kesian. Kadang-kadang, memang betul, pemilihan peserta ni, untuk projek kerajaan, ada pulak orang ambil kesempatan buat kerja pilih kasih. Kerajaan mungkin tak ada niat sebegitu, cuma pelaksana ni kadang-kadang terlebih pilih bulu sampai orang yang patut dapat, tak dapat.

Lepas dari situ, dalam masa praktikal yang sama, aku ke Tanah Rancangan Belia Felcra. Aku dan kawan berkongsi rumah dengan satu pegawai tata tertib di situ. Dia ok saja... bekas askar dan pernah berkhidmat di Kongo dulu. Aku ingat dia jenis serius, tapi, lawak jugak.... lawak orang lama. Bab masak, aku memang tabik kat dia. banyak juga dia cerita pasal pengalaman jadi askar terutama masa darurat dulu... masa dia berkawal kat kampung baru serta operasi buru komunis.


Felcra rancangan Belia ni .. tanaman nya ialah getah. Awal pagi dah roll call. Ini masa bagi task dan ambik kedatangan. Peserta nya , asalnya semua belia belum berkawin dan setelah sekian lama, ramai yang dah berkawin. Kebanyakkannya masih muda , jadi tak adalah anak-anak yang besar panjang. Aku pun senang nak kawan dengan depa ni sebab umur pun tak jauh beza sangat, cuma masa je yang tak banyak untuk melepak dengan dia orang ni. Selalu juga ada majlis baca yasin... kami kena ikut ler. Bab baca yasin ni, aku bulan hafal sangat... jadi kena ada kitab surah yasin... itu pun merangkak jugak nak baca.

Tapi, rupanya bukan aku sorang yang merangkak, ada lagi kes yang teruk... ada yang siap rebut surah yasin yang ada tulisan rumi punya... ada yang siap beli... waktu tu mula mengeja ... tapi dalam tulisan rumi... baca kuat semacam!

Sebenarnya aku dah lupa bekas askar yang aku tumpang rumah dia semasa di rancangan tu.. tapi aku tak boleh lupa masa kami ke pekan berdekatan untuk beli barang dapur.

Sampai kat pekan tu, aku di minta belikan ayam... dengan kawan aku, si Zainal atau kadang-kadang kami panggil dia “King”, atau “Keegan” atau “Bera” saja. Semua nama tu ada rahsia. Nama Keegan bukan sebab dia pandai main bola macam Kevin Keegan, tapi dia memang minat bola dan masuk kelab bola sepak sebagai aktiviti ko-kurikulum... malangnya sepak bola pun macam robot.

Bab beli ayam tadi, kami ke tempat jual ayam, takat tengok jer... sebabnya aku dan Keegan ni bukan ada bawa duit, kalau bawa pun mungkin tak cukup. Jadi tengok aje lah... sampai lah member tadi sampai. Dia tanya dah beli ke belum... jawapnya bukan tak beli tapi cakap duit. “apasal tak cakap tadi?”. Kami diam saja. Dia beli 2 ekor ayam, jadi malam nanti sah makan lauk ayam. Ishh... lupa betul nama member ni!

Bab masak member tu memang terror, kami tolong jugak... waktu dia masak dan tentunya waktu makan....

Lepas ni, kami akan beralih angin ke Langkawi pulak.....

Praktikal kat Langkawi ni spesial sikit sebab banyak benda baru. Projek Bersepadu In-Situ ni ada banyak jenis tanaman, dari getah, pisang sampai ke tanaman bunga cengkih. Bukan senang nak dapat pengalaman tentang tanaman cengkih ni. Rasanya mungkin aku dengan si “Keegan” saja yang ada pengalaman tu.

Langkawi waktu tu tak semacam sekarang ni. Langkawi waktu tu kira masih suci, tempat tanah rancangan ni tak ada bekalan elektrik , cuma guna gen set. Cukup time tutup. Jadi waktu malam kena guna pelita gasolin, kena guna minyak tanah, minyak spirit dan kena pandai lah pam. Terang memang terang cuma malam pertama tu, kami duduk kat rumah untuk peserta (yang tak berpenghuni), tapi staff yang duduk situ kebetulan pulak cuti. Nak nyalakan pelita gasolin ni, minyak spirit pula tak ada. Gelabah jugak...hari dah semakin gelap.

Nak tak nak, kami berjalan pergi ke rumah staff sorang lagi. Dia yang ambik kami tadi... aku pun dah lupa nama dia... cuma yang aku ingat.. rambut dia panjang, kerinting sikit dan ada motor scrambler. Ada scrambler kira ok la zaman tu! Dia mari ke rumah, tanpa guna minyak spirit, dia nyalakan pelita tu. Nasib baik sumbunya masih ok, rupanya umpan jer dengan minyak tanah sikit dan pam jer. Lega!

Waktu praktikal tu, kebetulan jugak Pengurus rancangan cuti. Pengurus tu bercuti, jadi kami tak akan jumpa dia sehinggalah hari terakhir. Staff sana pula tak berapa nak ambil berat pasal kami, tak ada program yang di atur. Kami bebaslah atur sendiri.

Mula-mula, kami tengok lah pokok cengkih tu, memang pun, daun pokok cengkih ni pun berbau cengkih. Pokok getah masih kecil, belum toreh lagi. Getah di tanam kat hujung-hujung, cengkih di kawan berbukit landai.... berangin kawasan tu sebab tak ada pokok besar dan lapang. cengkih ni ada pokok pelindung, dari tanaman pisang dan kelapa sampai lah ke pokok macam petai belalang tu... selalunya kat kawasan pokok koko kecil, pokok ni memang ada di tanam sebagai pelindung.

Dah lama kat situ, orang pun tak kisah... kami pun mula buat program sendiri. Rupanya kawasan ni tak jauh dari pantai Kampung Kok. Lepas dah tahu, kami selalu lepak kat tepi pantai aje. Macam orang bercuti pulak... duduk bawa pokok kelapa, sembang-sembang. Kadang-kadang siap tertidur. Makan di uruskan oleh staff kat situ... makan kat rumah dia.. Situ tak ada kedai sangat.

Kami kemudian berkenalan dengan satu pak cik yang duduk kat kampung berdekatan... baik orang nya. Tak silap nak dia Ku Bahari. Lama-lama kami lepak kat kebun atau rumah dia saja. Ku Bahari ni ada 2 orang anak dara.... boleh laa...

Satu hari, pak cik tu ajak kami ke kawasan Telaga Tujuh... kami pun ikut lah berpiknik. Dia sekeluarga termasuk lah anak dara dia. Siap ada bawa bekal lagi... kami ni pantang je dapat makan free dan relax-relax macam tu.

Mengah juga naik telaga tujuh ni. Pak Ku Bahari, sebagai orang tempatan banyak lah cerita pasal tempat tu. konon nya memang ada tujuh air terjun bertingkat kat situ, hanya enam di depan , satu lagi jauh kedalam. Setiap air terjun tu ada kolam tersendiri, ada yang dalam, ada yang cetek, Aku tak pulak kira, betul ke ada enam tingkat kat situ.

Seronok dapat mengelongsor ikut air terjun tu dan terus masuk ke kolam. Pak Ku tu nampak sporting betul... anak-anak dia relax jer main air kat situ dan ikut kami mandi dan main air terjun.

Ikut firasat aku (tekaan aku le), Pak Ku ni orang berilmu, mungkin bab perubatan tradisional atau pun persilatan. badan dan tenaga dia ok jer bila panjat bukit nak ke air terjun tu. Selalu juga dia cerita pasal Langkawi ni.... dia ni tak masuk dalam projek FELCRA tadi. Yang pasti, Pak Ku Bahari dan keluarga memang baik dan layan kami macam anak-anak dia... mungkin kebetulan dia tak ada anak lelaki.

Hari terakhir di Langkawi, land Rover FELCRA hantar kami ke jeti di Pekan Kuah... itu lah hari terakhir kami praktikal. ... dan hari tu lah Pengurus Rancangan balik dari bercuti. kami hanya jumpa dia di jeti. Dia ada ajak suruh balik esok je, tapi kami dah kebetulan dah sampai kat situ, terpaksa lah tolak pelawaan dia.

Kami balik dengan berat hati sebab Langkawi, walaupun tak banyak pembangunan lagi, masih suci dengan jiwa kampung melayu, budaya Melayu, sopan santun dan tingkah melayu yang lembut, banyak betul yang menjadi ingatan.

Tapi yang tak boleh aku lupa ialah, di Langkawi, kami tak banyak belajar ilmu secara praktikal, nota dan lapuran semua ceduk dari buku panduan dan pekeliling yang ada. Staf sana banyak bagi panduan, walaupun sekadar teori. Akhirnya, lapuran praktikal kami jadi tebal.... 4 tanah rancangan, 4 lapuran berasingan dari 4 sumber yang berbeza.....

No comments:

Post a Comment