Wednesday, January 13, 2010

Memoir - AkhirNya ke Lana (Bhg 34)

LADANG BUKIT BUJANG, SEGAMAT, JOHOR.

Ini lah tempat praktikal aku yang ke empat dan terakhir sepanjang pengajian aku. Ladang ni agak jauh ke dalam, kali ni aku dengan 4 orang rakan sekursus cuma berlainan kelas. Bandar terdekat ialah Segamat. Ladang ni milik Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) tapi di uruskan oleh Boustead.

Aku duduk dengan seorang staff yang dah kawin tapi isterinya tak duduk kat situ. Aku dengan kawan seorang lagi. Kawan yang lain duduk dengan staff lain.

Staff yang tumpangkan aku tu orang Jawa, kalau tak silap namanya Mohd Samin. Staff sana banyak yang masih muda... ladang masih agak baru dan pokok masih ada yang belum matang lagi. Belum pun ada kilang sawit lagi.

Kemudahan kat sini memang lengkap, dari klinik, masjid dan juga tempat bersukan macam gelanggang tenis. Kat situ lah aku belajar minat main tenis.

Manager ladang jarang kami jumpa cuma yang selalunya kami jumpa ialah Penolong Kanan dan Junior Assistant nya. Junior Assistant tu baik, masih muda dan duduk di banglo estet sorang-sorang sebab dia belum kawin lagi. Ada seorang pekerja , suku jawa yang duduk dan bekerja di banglo tu.. aku panggil Mas je.

Junior Assistant tu nama nya Omar Arif... kalu nak tau ... yang aku tahu dia sekarang ni bekerja dengan RTM... part time ke full time aku tak tahu.. tapi dia selalu aku tengok menjadi pembaca berita di TV. Pelik kan... dari ladang jadi pembaca berita kat tv!

Omar Arif pernah juga ajak aku duduk kat banglo dia terutama pada hari minggu... dia jarang keluar , jadi saja buat teman bersembang. Yang best nya ..kat rumah dia dapat tengok cerita... guna projektor lagi. Dia memang baik lah... dia selalu senyum jer... dengan staff pun dia memang baik.

Senior Assistant tu pun baik juga, cuma dia agak tegas sikit... orang jawa dari Batu Pahat. Famili dia duduk kat Segamat. Apa yang aku tahu, semua member kat Bukit Bujang ni , aku jumpa semula waktu aku bekerja . Mat Samin aku jumpa kat Kahang...dan yang bestnya adik si senior assistant ni bekerja dengan syarikat tempat aku di Pahang.

Pernah sekali, musim hujan berpanjangan...jalan keluar ke bandar Segamat ada yang banjir. Kami kat dalam tak tahu cerita sangat cuma, bila jalan dah terputus, bekalan makan pun terputus... tapi bestnya kat dalam tak ada apa-apa sangat sebab kawasan perumahan di tanah yang agak tinggi, jadi tak banjir. Kawasan rendah di ladang, ada lah juga yang banjir. Disebabkan banjir dan bekalan makan terputus, kami merasa juga dapat makan barang bantuan banjir termasuklah ikan kering masin.... tapi ikan kering tu kalau aku makan, naik gatal lidah. Sure kualiti rendah atau reject punya...beras pun tak ada kualiti. Tapi dah free, ambik jer lah. Orang lain tak komplen pun!.

Disini banyak jugak aku belajar. Kira berbaloi kau praktikal kat sini. Pekerja Indonesia waktu ni tak ramai, hanya sedikit, itu pun, kebanyakan nya dengan kontraktor. Cuma pekerja tempatan ramai dari golongan orang jawa. Kontraktor pun orang Jawa dari Batu pahat atau Segamat.

Aku teringat ada seorang kerani timbang buah, nama dia Aduka... orang Melayu tulin ke Jawa ke, aku pun tak pasti. Rasanya nama Aduka tu pun bukan nama betul dia, dan kalau betul itu nama dia... macam nama dalam cerita P. Ramlee. Dia ni jenis cool jer. Masih juga bujang, malah ramai staff sini muda muda dan masih bujang. Mungkin kut, nama Bukit Bujang pun sebab ramai bujangan!

Aku banyak belajar kat ladang ni!

Bab praktikal nie, sebenarnya banyak benda yang pahit dan manis yang aku dapat. Benda yang pahit tu memang susah nak lupa dan selalunya tersenyum sendiri mengenangkan nya, terasa lawak pulak. Itu yang banyak mengajar, tak dapat lupa. Kalau jenis relax tu terasa macam tak ada apa-apa pulak. Tak ada Thrill!




Ni Baru relax, bersilang kaki dengan "dreaming business"


No comments:

Post a Comment