Thursday, October 8, 2009

Memoir - AkhirNya Ke Lana (Bhg 22)

PERGI INTERVIEW

Ada juga aku hadiri satu temuduga masuk maktab perguruan pada cuti sekolah. Aku pun pergi lah temuduga tu sebab dah boring sangat dan tak sanggup dengan tingkatan enam. Pakai smart sikt sebab nak interview masuk maktab...nak jadi cikgu. Mak aku cukup suka sebab dia memang minat aku jadi cikgu.

Aku tengok lebih daripada lapan puluh peratus calun maktab ni budak perempuan. Pakaian bukan main lawa. Nak jadi cikgu dan nak tarik perhatian penemuduga. Calun lelaki biasalah, setakat baju berlengan panjang, seluar slack dan ada juga bertali leher. Masing-masing bawa sijil selengkap mungkin. Patut lah profesion guru atau pendidik ni sesuai untuk perempuan.

Waktu interview tu ada tiga penemuduga...dua lelaki dan satu perempuan. Disebabkan aku ni dari aliran inggeris, soalan ditanya dalam bahasa inggeris. Dia orang cakap tak banyak calun dari negeri ni dari aliran inggeris. Dia orang cakap nak bagi aku option mengajar bahasa inggeris. Aku tak lah kisah sangat sebab apa-apa pun boleh buat masa tu.

Lama jugak sessi temuduga tu. Yang lawaknya, penemuduga aku ni bila cakap bahasa inggeris dengan aku pun pakai slang utara. Jadi lawak pulak. Soalan tak lah susah sangat...boleh lah jawab terutama bila dia orang suruh aku ceritakan tentang latarbelakang aku dalam bahasa inggeris. Kacang aje!

Bila dah habis, aku keluar dengan rasa agak yakin boleh dapat sebab yang interview aku tu pun ada bagi hint. Yang best nya bila aku keluar dari bilik interview tadi, budak-budak lain kat luar pun tanya aku macam-macam. “macamana dengan pegawai tu?..soalan susah ke?... ada harapan ke?”...macam-macam di tanya. Budak perempuan yang aku tak kenal pun tanya aku macam-macam. Mungkin dia orang nervous.

Aku biasa lah...dah tanya macam tu, aku pun buat lah cerita...bagi suspen. Gelabah juga setengah tu walaupun lepas tu aku kata aku melawak saja. Aku pun balik lepas ucapkan “good luck” kat budak-budak yang lain tu. Sebenarnya aku dapat offer masuk maktab... Maktab Penguruan Sultan Abdul Halim, opsyen nya Pendidkan Bahasa Inggeris Awal Remaja. Aku tolak!

Aku juga di panggil untuk temuduga untuk masuk ke ITM. Aku minta diploma sains sebab cadangnya nak further study dalam bidang sains yang lebih khusus. Tapi lain pulak jadinya. Yang temuduga aku ni ada tiga orang jugak...semua lelaki. Tak banyak soalan sangat...Cuma dia orang tanya kenapa nak ambik kursus ni. Aku pun cerita lah.

Ada satu penemuduga tu cakap “ senang lah begini, hang ambik saja kursus ladang, tak ada lagi budak yang minta kursus ni dari negeri ni. Kursus ni ada kat Arau. Hang tak payah pi jauh-jauh. Hang nak tak?” Aku cakap, apa-apa pun tak kisah asalkan jangan kursus yang pelik-pelik. Penemuduga tu pun kata “ kursus ni pun dalam School of Applied Science, baguih tau...semua graduate takat ni dapat kerja...gaji besaq tau. Lama-lama jadi manager ladang...orang panggil tuan besaq”.

Aku tak tau sangat pasal kursus ni..tapi aku cakap ok sajalah. Aku rasa cukup yakin boleh dapat masuk ke ITM. Kalau berjaya, aku kena melapurkan diri pada awal bulan Januari. Ini lah pertama kali kursus ini membuat pengambilan pada bulan Januari, selalunya pada bulan Julai. Ok juga sebab aku dah nekad tak akan masuk tingkatan enam atas di SMSS.

Akhirnya dalam hujung bulan November, waktu tu cuti sekolah, aku dapat tawaran untuk ke ITM. Kursusnya ialah pengurusan ladang atau DPIM. Tak terfikir akan dapat kursus ni. Aku pun tak tahu sangat macamana kursus ni nanti.

No comments:

Post a Comment