AKU DAN KAMPUS
Sampai masa nya aku pun mendaftar di ITM cawangan Perlis, bertempat di Arau. Kampus ni baru lagi, belum ada asrama yang lengkap. Ada student duduk di kawasan penempatan sementara yang di namakan RPA atau rancangan perumahan awam. Aku student baru dapat tinggal di sebuah kawasan perumahan yang sebenarkan blok perumahan pekerja ITM. Kami namakan blok G. Mungkin sebab design nya yang dikategorikan sebagai model G untuk kategori kakitangan kerajaan tertentu.
Rumah di blok G jenis semi-detached. Ada dua bilik siap dengan dapur. Bilik air satu, jadi waktu pagi kalau nak mandi kena tunggu giliran. Kalau sabun mandi atau shampu, kalau tinggal dalam bilik air, jadi harta public le!Student baru semua duduk di sini, mungkin senang untuk sessi minggu orientasi. Pelajar senior ada yang duduk di luar. Kampus ini sebenarnya masih dalam proses pembinaan dan bangunan asrama tetap dan bilik kuliah masih dalam pembinaan. Kampus ini dikelilingi oleh ladang getah konon nya dinamakan Rani Estate.
Dalam rumah tempat aku tinggal ni ada pelajar lain dari kursus lain tetapi bagi pelajar baru, hampir semuanya sama kursus dengan aku. Dalam dok berehat kat bilik, aku ternampaklah kawan aku, sama-sama belajar di SMSS, waktu tingkatan enam rendah tu. Aku pun tegur lah. Rupanya selain dari dia ada seorang lagi...yang berasal dari Perak. Dia orang dari aliran Bahasa Melayu, tapi sama-sama gang Pengawas. Memang betul, aku lah satu-satu nya anak negeri ini yang ditawarkan kursus ini bagi semester Januari ini.
Disebabkan penempatan tak begitu cukup, setiap bilik diletakan dua katil bertingkat. Ini bermakna setiap bilik ada empat orang. Bahagian ruang utama pulak ada satu katil bertingkat. Keseluruhannya menjadi sepuluh orang bagi setiap rumah. Budak baru bersama aku adalah dari kursus yang sama. Nasib baik semuanya baik dan mudah mesra.
Macam-macam perangai manusia bila dah duduk satu kampus yang besar dengan pelbagai latar belakang. Kawan-kawan sebilik dan sekelas aku pun begitu jugak.
Ada seorang kawan satu kursus asalnya pelajar dari UTM tetapi disebabkan oleh masaalah penagihan dadah, beliau telah di tukarkan ke ITM kampus kami di sini. Ceritanya ialah beliau ni telah membuat perakuan tentang penagihan dadah nya dan telah secara sukarela menjalani rawatan di pusat pemulihan dadah. Selepas tamat sessi pemulihan beliau telah dicadangkan agar bertukar tempat belajar agar dapat menjauhkan diri dari kembali bergaul dengan kawan-kawan di tempat lama. Dia pun bersetuju dan ITM Arau dan kursus kami jadi pilihan.
Kawan kami ni sebenarnya cerdik tapi mungkin disebabkan pergaulan dan masaalah keluarga, masaalah pun mari mencengkam. Katanya emak nya dah tiada dan tinggal lah bapanya yang katanya bertugas sebagai anggota polis. Sebagai bekas penagih dan penghuni pusat pemulihan , beliau ada surat doktor yang membolehkannya mendapatkan ubat atau bahan gantian bagi menghilangkan ketagihan nya terhadap dadah. Dengan surat ini, dia boleh membeli bahan gantian tu di klinik-klinik swasta.
Malangnya, kawan ni menggunakan surat doktor ni untuk menjual bahan gantian tersebut kepada pelajar lain dan untuk tambah kick dia orang ambil benda ni dengan beer. Mabuk dan high sakan ler.
Pernah pada satu hari, kawan ni terlibat dalam pergaduhan dengan satu peniaga di bandar Arau sehingga jadi satu kes besar. Ini berpunca dari tindakan kawan aku ni pergi minum hingga mabuk bersama-sama beberapa orang senior dari Sabah, disebuah kedai. Bila dah minum dan mabuk, timbul pulak hal tak cukup duit nak bayar sehingga lah tahap nak jual jam. Itu pun tak cukup sehingga pekdai tu naik marah. Bila marah, jadi lah pertengkaran...bertengkar dengan orang mabuk ni susah...ramai pulak yang mabuk. Jadi macam satu pergaduhan dan last sekali dia orang ni pun lari. Anak tauke kedai ni pun dapat tahu dan cuba kejar sampai ke kawasan kampus tapi tak dapat masuk. Jadi polis kes tapi diselesaikan dengan baik.
Kawan aku ni semakin lama semakin teruk hingga pernah terjatuh dalam longkang besar dekat asrama G blok kami ni. Yang best ni waktu jatuh ni pandai pulak speaking minta tolong. Kawan aku ni juga pernah di masukkan ke hospital dan pernah naik berang sehinggakan memecahkan cermin kaca di wad hospital. Aku tak tahu apa jadi pada dia sekarang. Harap-harap dia selamat dan berubah.
No comments:
Post a Comment