Makan Biskut Hancur Dan Tidur Di tepi Sungai Kuantan.
Walaupun waktu tu tahun awal 80an, makanan kat kawasan tu mahal. mi segera maggi belum di masak dah satu ringgit, minum air botol, satu botol berais dah satu ringgit.! Sebab nya tempat ni (dulu) kira ulu, jauh di pendalaman. Belum ada jalan tar... hanya jalan tanah merah yang sedang di bina untuk dijadikan Segamat- Kuantan Highway sekarang ni. banyak lah lori-lori besar, yang tayarnya saja dah sama tinggi dengan manusia. Pernah sekali aku tumpang naik, waktu balik dari ladang.
Kami tak pernah keluar jauh, setakat kawasan ladang tu saja... surat-surat, Manager ladang akan ambik kat Bukit Ibam atau Muadzam Shah, dua minggu sekali atau paling kerap seminggu sekali. Talipon ? Minta maaf.... tiada liputan.... zaman tu mana ada ‘hand phone”.
Kes makan biskut hancur ni, bukan kerana nak jimat. Lepas balik dari ladang, petang tu rasa lapar..... tup..tup nampak lah satu beg plastik yang ada biskut yang dah hancur (kira serdak biskut)...tergantung kat tepi katil lipat member .... apa lagi, lapar punya pasal...hentam sajalah.
Member tu, sorang trainee staff... bila dia balik..kami bagi tahu lah...dia tergelak..sebab nya memang dia nak buang pun...tapi last-last dia rasa kesian tengok kami yang terpaksa berjimat cermat ni. Malam tu dia ajak makan dengan dia. Dia bilik lain..aku pulak bilik lain dan berkongsi dengan sorang lagi member yang practical training.
Mungkin lah dia ada cerita dengan staf-staf lain sebab lepas tu kerap betul ada orang ajak makan kat rumah (bagi yang dah berkawin) atau dia orang (yang bujang) belanja makan kat kantin ladang.... masuk buku tiga lima.
Lebih kurang sebulan setengah kat ladang tu, baru lah tamat latihan praktikal aku. Bab nak balik tu, kami tumpang kenderaan milik Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara atau DARA. Kenderaan tu singgah kat ladang dalam jam sebelas, keluar semula dan hanya ambik kami dalam jam 3 petang. Kami sampai jam 6 lebih. Tiket bas untuk balik belum beli lagi tapi sebenarnya bas yang terus ke Utara dah bertolak awal tadi. Jadi terlepas lah aku ni. Teman aku si Hanif nak balik ke Malim Nawar.
Terpaksa lah kami bermalam di Kuantan cuma masalahnya ialah duit. Duit cukup-cukup untuk tambang dan sikit untuk belanja makan. Syarikat tempat aku praktikal tu kedekut sikit, elaun langsung tak ada.
Aku dengan si Hanif ni mula lah fikir, nak makan kat mana. Tak biasa sangat dengan bandar Kuantan ni... jadi kena merayap ler samnil cari tempat makan yang murah-murah. Akhirnya jumpa! gerai makan dekat dengan masjid Kuantan. Kira murah lah sebab itu gerai biasa saja. Untuk jimat, kami hanya makan nasi dengan ikan goreng dan sikit sayur. masa tu harga makanan masih murah... kuah free.
Lepas makan, beli surat kabar... dan mula berkira nak tidur kat mana... Nak tidur hotel, tentu guna duit...sepuluh ringgit pun kira mahal bila duit kurang. Nasib dah beli tiket. Aku beli tiket terus ke Kangar, pagi esoknya....sama dengan Hanif.
Kebetulan, ada sebuah supermarket kat stesen bas tu... kalau sekarang ni standard minimarket jer. Masuk ke dalam tu, ...saja ... buang masa. Terjumpa lah seorang assistant manager kat tempat kami praktikal tu... bertanya kabar , tapi yang bestnya bila dia tanya ada duit tak... kami terdiam... Dia macam tahu je yang kami ni tengah sengket... di hulurnya duit dua puloh ringgit... nak tak nak.. ambik le.. terima kasih Tuan Kelana Sukardi.
Lepas tu, kami tak ada pilihan lain, berjalan-jalan kat Sungai Kuantan... dekat stesen bas ... jumpa bangku... duduk baca surat khabar lepas tu.... surat kabar jadi tempat lapik atau alas tidur. Maka tidurlah kami di situ... tak tidur sangat pun... nyamuk dengan sejuk ..mana boleh lena sangat. Halau nyamuk dengan asap rokok saja.
Pagi esoknya, sebelum matahari keluar, kami mandi kat tandas awam kat stesen bas tadi. Lepas mandi, kami cari kedai untuk breakfast... ada kedai makan mamak kat situ... roti canai dan teh gelas dah cukup. Dulu murah, roti canai rasanya lima puloh sen saja...teh gelas lebih kurang enam puloh sen. Duduk makan minum sementara tunggu bas jam 7.30 pagi. Dek tak cukup tidur dan badan yang teramat letih, kami tak bersembang banyak... cuma tengok saja orang lalu lalang. Mata terasa pedih betul sebab tak cukup tidur... kena cahaya matahari macam dracula takut cahaya matahari...silau habis.
Perjalanan dengan bas tu ... satu penyeksaan... bas tu dah lah tak berapa sihat , terhengeh-hengeh naik bukit kat jalan menghala ke KL dari Kuantan. Tapi , aku banyak habis masa dengan tidur. Bila bas berhenti untuk rehat dan makan, aku tetap turun, relaxkan kaki, hisap rokok dan minum air.
Seingat aku, bas tu sampai Perlis dalam jam 8.00 malam... kira kira dah 12 jam aku dalam bas.
Tamat lah praktikal pertama aku yang menyeksakan... lebih seksa bila kawan-kawan lain dok cerita tempat dia orang praktikal best dan ada elaun pulak. Aku kempen kat semua orang, jangan pergi ladang yang aku pergi tu.
No comments:
Post a Comment