Belakang rumah kami ni, ada satu lagi rumah staf, dekat jugak lah. Yang duduk rumah tu ialah pembantu perubatan... kami di ladang sebut HA atau kadang-kadang orang sebut dresser. Dia berbangsa India, katanya belum berkawin tapi dah berumur. Dia baik dan aku selalu jugak ke rumah dia petang-petang, bersembang. Sayangnya dia ni kaki minum, selalu jugak mabuk sorang-sorang kat rumah dia tu.
Selepas aku dah habis praktikal, aku terdengar cerita yang dia dah meninggal dunia. Cuma katanya dia bunuh diri. Tak tahu macamana tapi cerita orang dia bunuh diri bersebab. Ikut cerita yang aku dengar, pada satu malam, ada kes emergency, satu perempuan India , pekerja ladang sakit teruk... sebabnya tak ingat pulak. Nak jadi cerita, si HA ni lepas minum dan tak berapa sedar sangat. Pesakit ni di bawa ke rumah dia dan dia pun buat rawatan kecemasan... entah dimana silapnya , pesakit tu meninggal. Meninggal sebab HA ni atau sebab kebetulan dah sampai masa, itu aku tak tahu. Cuma, kata orang, HA tu tersalah bagi ubat dan injection. Di sebabkan rasa bersalah, dia pun membunuh diri!
Sebelum balik, sempena habis latihan praktikal, kami pun nak bayarlah duit makan ke Pak Harun dan isteri. Dia orang menolak. janji asal seorang seratus ringggit sebulan, dia tak mahu ambik. Kami hulurkan juga, last-last dia cuma ambik sorang seratus aje. Dia kata dia ikhlas, saja nak tolong dan dia anggap kami ni macam anak-anak dia. Sebagai rasa ikhlas jugak, aku hulur juga duit sikit untuk anak lelaki dia yang bongsu tu.
Aku ada juga berhubung dengan Pak Harun , selepas dia berhenti kerja dan balik ke kampungnya , dekat dekat situ jugak....tanah kampung sendiri... ada jugak aku hantar surat. Tapi dah lama aku tak dengar kabar berita... tak tahu lah macamana keadaan dia. Cuma , aku harap, anak-anak dia serta keluarga masing-masing sihat dan bahagia seadanya. Aku betul-betul terharu sebab walaupun Pak Harun bukan orang yang berada, tapi dia dan keluarga begitu senang menerima aku dan segala layanan dan budi baik dia dan keluarga akan aku kenang sampai sekarang. Terima kasih pada semua keluarga Pak Harun. Sebenarnya ada juga cerita sedih dalam keluarga Pak Harun ni... tak dapat aku nak cerita panjang...cuma anak perempuan yang dah berkahwin tu, memang selalu ikut Pak Harun bantu di ladang. Dia macam kena “gantong tak bertali”. Suami dia ada masalah mental...tak lah teruk sangat tapi duduk dengan keluarga sendiri. Tapi mentua dan suami tak pernah jenguk menantu dan cucu-cucu. Pak Harun tak pernah mengeluh tapi kesian jugak aku tengok sebab bukan senang nak tanggung anak cucu. Anak Pak Harun sendiri masih ada yang bersekolah. Cuma ada seorang anak lelaki dia yang dah bekerja.
Pada aku, pelajaran ni memang penting tapi apa daya kalau keluarga dah susah, pelajaran ni kadang-kadang tak di ambil peduli sangat oleh mak ayah. Bukan apa, sibuk dengan kerja mencari sesuap nasi. Kalau anak Pak Harun yang bersekolah tu berjaya dalam pelajaran, mungkin itu dapat membantu setidak-tidaknya diri mereka sendiri dan juga sikit-sikit keluarga Pak Harun akan merasakan tempias kesenangan tu.
Tak tahu macamana keluarga ni sekarang, dah lama dah. Harap-harap, mereka dan keluarga mereka sihat dan bahagia. Tentang Pak harun dan isteri, mungkin mereka sudah tiada. Namun, terima kasih kepada keluarga ini. Terima kasih....semuga diberkati semuga jasa dan budi baik mereka selama ini.
No comments:
Post a Comment