Kelas kami kadang-kadang diadakan di bangunan bengkel kejuruteraan ladang. Ada bilik yang dijadikan kelas khusus untuk subjek kejuruteraan. Di bangunan ini memang agak sunyi kerana kedudukannya yang agak jauh dari bangunan utama yang lain. Ia juga terletak dalam kawasan ladang getah yang wujud khusus untuk kursus perladangan. Kadang-kadang diadakan juga aktiviti pengajaran diluar terutama jika melibatkan pendedahan kepada suasana ladang sebenar.
Teringat aku akan satu kisah kawan aku...satu si panjang dan satu lagi si pendek. Yang panjang ni nama nya Jamaludin dan yang rendah ni namanya Zaman. Jamaludin atau Jam (sebutan nya Jem) orang Penang dan Zaman atau Zamang, orang Terengganu. Sewaktu kelas di kawasan ladang ITM, kami semua ikut pensyarah buat kerja kerja praktikal di ladang. Ada waktu rehat , selalunya dalam setengah jam. Waktu rehat ni, si Jam dengan si Zamang join pekerja ladang main sepak raga bulatan. Punya asyik sampai terlupa sambung kerja. Kena tangkap dengan lecturer...denda nya ialah kena rendam dalam kolam bekas basuh getah yang di proses. Air nya tak payah cakap...busuk. Kolam tu adalah dalam tiga kaki dalam nya. Si Jam yang tinggi Cuma basah takat pinggang tapi si Zamang yang pendek ni dah basah sampai ke perut. Lecturer tadi tak puas hati, disuruh nya kedua-duanya rendam kepala masing-masing. Kami semua pakat tersenyum...tak berani nak ketawa atau gelak kuat-kuat. Takut pulak kami yang turut kena nanti. Lecturer tu namanya En Arshad, tapi kami semua panggil dia Pak Cat!
Ada satu pensyarah kami bernama Puan Linda Lucas. Dia berasal dari Filipina dan se orang janda. Dia ni kira lawa jugak sebab kulit dia putih melepak. Orangnya pendek jer. Dia cukup sporting dan dia memang minat dengan kelas kami sebab banyak bagi respon dalam kelas, walaupun kadang-kadang banyak bergurau sambil belajar. Suasana memang lah meriah. Puan Linda cukup baik cuma kadang-kadang ada pulak member yang ambik kesempatan ponteng lecture tapi minta member tolong tandatangan attendance list.
Satu hari, Puan Linda perasan yang kelas kami macam kurang student tapi bila check attendance list, macam semua mari. Jadi dia pun syak ada orang yang tak datang lecture tapi minta kawan-kawan tolong tandatangan. Dia pun mula periksa kehadiran ... dan , memang sah ramai yang ponteng. Bila tanya siapa yang tolong isikan senarai kehadiran, mesti tak ada yang mengaku.
Puan Linda memang marah betul. Tak tahu lah kenapa hari tu mood dia lain macam betul.Period kut!. Dia ambil senarai kehadiran tu dan keluar dari kelas menuju ke bahagian pentadbiran. Mengadu lah ke admin lah tu.. Tak lama selepas tu, dia masuk semula ke dalam kelas tapi muka dia nampaknya bertambah marah. Rupa nya ada pulak member yang tambah nama lain pada nama dia ... Puan Linda Lucas di tukar kepada Puan Linda Lucah! mana dia tak marah. Tak tahu lah siapa yang pandai-pandai buat hal. Sampai sekarang, rahsia tu belum pun terbongkar. Sapa lah punya angkara!
Puan Linda ada bagi warning, dia tak mahu lagi kami main-main dan mau jadi lebih serius. Yang syoknya, kami pun serius jugak lepas tu. Attendance dah improve, tapi kelas tu jadi sunyi...tak ada soalan dan tak ada respon apa-apa dari kami. Semua buat muka boring! Lama-lama dia pun naik boring sampai dia cakap....”ok..ok...I want my old students , not this quiet classroom” . Lama-lama kami pun mula bagi respon, belajar dalam suasana yang meriah, buat lawak dan banyak soal jawab....dia ajar akaun, mesti banyak kena tanya.
Tak tahulah pulak macam mana pada waktu tu timbul satu budaya baru di kampus. Asal minum teh, mesti minta teh gelas. Kat kampus minuman macam ni murah. Dulu teh tarik belum popular lagi. Ada lah satu kawan kami, nama panggilan kami pada dia ialah Keegan tapi ada juga orang panggil Jenal Bera. Sebab nya dia ni minat bola dan yang paling dia minat Kevin Keegan, pemain bola sepak England waktu tu. Gelaran Jenal Bera pula sebab dia ni jenis gelabah. Di sini lah mulanya cerita teh gelas yang popular tu.
Jenal minat dengan satu budak perempuan kursus kesetiausahaan... anak mami Penang. Macam mana tiba-tiba kawan-kawan buat helah, pertemukan Jenal ni dengan anak mami ni. Tak ingat pulak nama budak perempuan tu. Tapi, tempat janji nak jumpa di kantin kampus. Sampai masanya , Jenal pun jumpa lah si anak mami ni.... punya lah gelabah. Hisap rokok tak usah cakap.... macam serombong keretapi arang batu!. Yang lawaknya, dia order teh gelas untuk budak tu. Bayangkan budak perempuan tu minum teh gelas yang besar tu, dengan pakai gincu ... dengan mat gabra. Kami dari jauh , tersenyum sambil ketawa tengok gelagat Jenal .... dari jauh. Heran jugak, si gabra si Jenal tu, ada jugak cewek nak dating minum teh gelas dengan dia... aku dari awal belajar sampai kesudah, tak pernah lah pulak aku buat atau dapat macam tu.
No comments:
Post a Comment