Tuesday, November 17, 2009

Memoir - AkhirNya Ke Lana (Bhg 27)

AKU DAN LATIHAN PRAKTIKAL

DI PAHANG
Masa di ITM ni, kursus kami menwajibkan kami buat latihan praktikal. Tahun pertama, semester pertama, aku pergi ke satu ladang baru dekat Pahang, Ladang Sungai Merba, Dara Lam Soon. Dalam kumpulan aku ada 3 orang lagi.... dua orang dari semester kedua, satu dari semester empat dan aku lah satu-satunya dari semester pertama. Ladang tempat kami praktikal ni agak jauh sebab jalan utama ke situ masih dalam pembinaan. Nak ke sana, mesti guna kenderaan yang biasa ke sana.... jalan masih belum berturap dan banyak jambatan masih dalam pembinaan. Ini sebenarnya jalanraya baru menyambung Kuantan ke Segamat. Sekarang orang sebut je Segamat-Kuantan highway.... tak highway pun.!

Urusan latihan ni di buat melalui DARA atau Lembaga Pembangunan Pahang Tenggara. Jadi kami lapur diri di pejabat DARA dan dia orang aturkan urusan kenderaan ke ladang tempat praktikal tu.


Sampai di ladang tu, kami di tempatkan di kongsi pekerja. Kongsi ni macam berek pekerja tapi yang seksa nya kami tidur guna katil lipat ... macam katil jaga dulu-dulu tu, lapik kain kanvas bersama nylon berwarna hijau. Biliknya kecik je. Sakit juga belakang ... pada mula-mulanya. Satu lagi, tengahari cukup panas sebab beratapkan zing biasa tanpa siling dan jarak antara siling pulak tak terlalu tinggi dengan lantai. Kalau balik waktu tengahari, buka baju dan lebih selesa duduk kat luar saja .... terutama waktu hari panas. Tapi, lama lama dah biasa ... dah tak kisah. Lagi pun dah mula kenal orang.

Kat berek ni, ada lagi pelatih lain... tapi dia orang ni pelatih penyelia ladang. Dah kerja cuma masih dalam tempuh percubaan atau pun di hantar berlatih sambil bekerja oleh majikan masing-masing terutamanya dari anak syarikat DARA sendiri sebab DARA pun ada kepentingan dalam syarikat ni. Pagi-pagi kami kena pergi muster call. Muster Call ni sebenarnya satu acara wajib. Kami selalunya pergi dengan menumpang mana-mana staff yang ada. Pagi pagi begini, sekitar jam 6 pagi... semua pekerja akan datang ke Muster ground ...selalunya dekat pejabat ladang. Penyelia ladang atau selalunya di panggil kerani, akan memanggil setiap nama pekerja yang hadir. Kedatangan akan di catatkan dalam buku Pocket Checkroll. Selepas itu pekerja akan di agaihkan mengikut kumpulan tertentu , untuk melakukan kerja-kerja ladang yang ditetapkan, di blok-blok tertentu. Masa ini juga digunakan oleh pihak ladang untuk memberikan penerangan atau arahan-arahan lain mengikut keperluan.

Pekerja-pekerja ladang ini akan menaikki kenderaan ladang ke tempat kerja masing-masing... selalunya dengan menaikki trektor. Kalau mandor tu... kadang-kadang ada motorsikal sendiri. Ada banyak jenis kerja kat ladang.... antaranya kerja meracun rumpai, pruning (memangkas pelepah sawit), menuai buah sawit, membaja dan juga assisted pollination. Assisted pollination atau pendebungan berbantu ni sekarang ni tak ada lagi ladang yang buat setelah ada agen pendebungaan lain yang di bawa masuk dari luar iaitu sejenis kumbang kecil macam bubuk yang membantu menyebarkan
debunga dari bunga jantan ke bunga betina. Pendebungaan ini penting untuk menghasilkan buah sawit yang sempurna. Ini penting untuk meningkatkan hasil pengeluaran terutama minyak sawit . Untuk kerja ini, selalunya pekerja perempuan digunakan. Debunga bunga jantan akan di semburkan ke bunga betina meenggunakan satu buffer getah yang mempunyai satu saluran paip halus yang akan menyemburkan debunga tersebut apabila di tekan berulang kali.

Untuk tujuan pendebungaan berbantu ini, debunga dari bunga jantan akan di kutip dari ladang. Ianya di kumpul dan dibawa ke pejabat. Semua benda-benda asing akan di asingkan dan debunga ini akan dicampurkan dengan sejenis talcum powder yang berkualiti tinggi dengan kadar peratusan tertentu.

Selalunya di pejabat ladang, ada satu ruangan kecil disediakan untuk membuat uji kaji kadar viability debunga ini. Hanya debunga yang berkualiti digunakan untuk hasil yang baik.

Debunga jantan yang dipilih ini digunakan pada bunga betina yang masih subur iaitu ketika bunganya berwarna putih susu. Ini adalah peringkat kesuburan yang tinggi. Bunga ini selalunya bertukar kepada warna merah pekat dalam tempoh 3 hari. Waktu ini, pendebungaan berbantu masih dilakukan tetapi hasilnya mungkin tak sebaik ketika ianya masih berwarna putih susu. Selepas bunga betina bertukar ke warna hitam, pendebungaan berbatu ini tidak dibuat. Kerja ini jelas amat sesuai untuk pekerja perempuan. Aku pun pernah diarahkan untuk menyelia kerja-kerja pendebungaan berbantu ini.

No comments:

Post a Comment