Dalam latihan praktikal di ladang ini, banyak betul pengalaman yang tak dapat dilupakan. Macam-macam pengalaman yang baik dan buruk telah kami lalui. Hidup ketika praktikal di ladang yang jauh di pendalaman (waktu itu) banyak mengajar erti susah payah orang untuk mencari rezeki.
Ladang ni jugak ada juga memproses sendiri racun tikus, bahan aktifnya ialah warfarin. Adunan lain seperti parafin wax (jenis lelin), biji jagung dan juga bahan-bahan lain untuk tarikan si tikus. Proses nya senang tapi bahaya sebab warfarin tu jenis racun, jadi kena jaga-jaga.
Pernah kami di arahkan melaksanakan amalan praktikal ini dengan melaksanakan tugas menyulam pokok sawit. Menyulam pokok sawit atau supplying bermaksud menanam pokok sawit bagi menggantikan mana-mana pokok sawait yang mati akibat serangan mahlok perosak seperti babi hutan, landak ataupun gajah liar. Pagi tu kami berempat diarahkan mengangkut sebanyak sembilan puluh anak sawit dari tapak semaian ke dalam trektor, menaikki trektor dan akhirnya menurunkan pokok-pokok sawit tersebut. Selepas itu, kami kena mencari mana-mana point yang mana ada pokok sawit yang mati ataupun kadang-kadang turut juga mencari kawasan yang sememangnya kosong, tidak bertanam untuk in-filling. Selepas itu , kami kena mengangkut pokok-pokok tersebut ke tempat tadi untuk menanamnya. Ini termasuklah menggali lubang, meletakkan baja dan menanam. mengangkut pokok sawit ke tempat tempat kosong ini cukup memeritkan ... berat pokok satu hal, keadaan muka bumi kawasan ladang yang berbukit dan berteres itu menyusahkan kerja-kerja berkenaan.
Kami berempat juga di tugaskan untuk melakukan kerja-kerja penuaian kelapa sawit. Kami di bahagikan ke task-task tertentu. Task ini merupakan petak-petak yang di tetapkan untuk seseorang penuai kelapa sawit. Pada hari tu, aku hanya berupaya menuai sebanyak dua puluh satu tandan buah sawit sahaja. memang tak cukup makan kalau itu lah pekerjaan tetap aku!
Ada seorang Assistant Manager, ex-army... namanya Kapten (B) Hamid. Garang orangnya. Boring betul. Aku diletakkan bawah seliaan dia. Aduh !. Pernah lah dalam report aku tersilap sikit. Dia panggil masuk bilik dia .... tengking ... bilik dia memang tak tutup pintu... asal sampai kat pintu, buku lapuran aku tu dibaling kemuka aku. Nasib baik aku dapat elak. Dia suruh aku kutip buku tu.... lepas tu mengadap...membebel terus.....
Esok, Kapten Hamid ajak aku masuk blok dengan dia. Konon nya nak tunjukkan bunga jantan dan betina. Di bawanya aku ke satu kawasan dekat dengan kongsi pekerja Indonesia.... jalan punya jalan, dia terpisah bobby trap..... taik!!!! Budak Indon ni, kat kongsi mana ada jamban... semuanya jamban mobile!!! Nak tergelak pun ada... tapi kena tahan sebab takut kena marah. Dia sebab malu, diam dan mula bercerita pasal bunga jantan dan bunga betina... Lepas kejadian tu, dia tak banyak membebel, mungkin malu sebab aku dah tahu kes dia terpijak taik.
Staff kat situ memang rata-ratanya masih muda.....sekarang ada yang dah jadi Assistant Manager atau Manager dan ada yang dah pencen. Pernah juga aku berjumpa dengan bekas staff sini bila aku bekerja sebagai Assistant Manager ladang dekat situ.
Bab training kat sini, yang tak boleh aku lupa pasai makan.... pernah aku makan biskut hancur, makan nasi dengan sardin ikan bekas kucing makan dan belajar makan budu campur dengan durian (durian + budu + cili padi + bawang + digaul sama rata dengan tangan = sedap).
Ladang ni sebanarnya agak lengkap, perumahan eksekutif dan kakitangan sudah tersedia. Ada juga rumah kelab, lengkap dengan gelanggang tenis. Ini sebenarnya resam Mat Salleh dulu agar kakitangan nya tak rasa tertekan dan boleh bersukan. Tak selalu aku dapat ke rumah kelab.... pertama pasal segan nak ke sana tanpa di ajak staff atau kakitangan sana... kedua bab “transport”. Lagipun, kami bukannya member kelab pun, setakat menumpang aje.
No comments:
Post a Comment