Kat Division satu, banyak cerita menarik yang aku alami. Banyak jugak kenangan yang jadi melibatkan sahabat karib aku si Ali Jin.
Satu kebiasaan ialah ladang ni sebenarnya mempunyai 4 division dalam Johor Labis estate dan 2 dalam Claire estate. Bagi Johor Labis estate, semuanya adalah tanaman kelapa sawit sementara Claire bercampur antara kelapa sawit dan getah. Setiap minggu kami ada 2 kali "club night", khas untuk para eksekutif ladang (Cadet Planter dan ke atas menjadi ahli kelab).
Apabila ada club night (sebenarnya kehadiran optional), kami semua akan berkumpul di rumah kelab yang dinamakan S.T Rhodes club. Ahli semuanya ekesekutif ladang dan ada jugak ahli bersekutu dikalangan "planters" lain dan juga pegawai kanan kerajaan dan"bankers". Cuma club night ni hanya untuk eksekutif SOCFIN sahaja. Berkumpul selalunya dalam jam 6 petang, ada yang main badminton, tenis dan tak kurang sekadar duduk melepak dengan kawan-kawan yang lain. ST Rhodes Club ni sebenarnya lengkap dengan kemudahan... ada golf course, kolam renang, rumah kelab, gelanggang tenis dan badminton, bilik snooker, reading room dan permainan dart. Aku kerap main snooker dan dah kelaziman ada "betting".
Acara kemuncak pada club night ialah makan malam. Setiap orang menjadi host secara bergilir. Bagi aku yang bujang, dapat makan free yang sedap. Bila tiba giliran aku, aku hanya minta Chinayah, "club care taker" untuk masak. Selalunya aku minta dia masak nasi dengan senarai lauk pauk yang aku pilih. Tak tinggal ialah menu wajib iaitu sambal ikan bilis. memang sedap si Chinayah ni punya sambal. Desert pulak selalunya fruit cocktail. Disebabkan ramai eksekutif ladang dan kilang sawit, jadi giliran kami selalunya sampai selepas 3 bulan.
Kat club night ni, selalu ada parti terutamanya pada New Year Eve, Christmas Eve dan Chinese New Year Eve. Tak ketinggalan bila ada function "Group Manager Birthday Party". Selaku "bachelor" selalunya kami lah yang kena datang awal dan balik lewat. Bila ada acara menyambut sesuatu "event" dan esoknya pulak bukannya cuti am, kami kadang-kadang balik awal pagi dan terus masuk kerja dengan "muster call" pada jam 6 pagi. Itu lah hingga ada kala tertidur atas motor sebelum muster.
Pada satu malam, sekitar jam 12 tengah malam, aku balik menaiki motor menuju ke banglo seorang diri. Di pertengahan jalan, motor aku terhenti secara tiba-tiba, ketika menaiki jalan ladang yang berbukit tapi tak lah setinggi mana. Terpaksalah menolak motor dalam gelap. Waktu tu teringat, bahawa, motor aku mati enjin kat kawasan kubur Islam. Terus naik bulu roma. Nak jadi cerita, selepas sampai puncak bukit, motor aku, dengan sekali "start" terus hidup macam tak ada masaalah.
Sebenarnya, perjalanan ke banglo aku, terpaksa melalui kubur cina (di tepi jalan besar ke Chaah), dan kubur Islam apabila memasukki jalan ladang ke banglo. Sejak kejadiaan tu, aku sering ambik jalan jauh melalui division utama iaitu division 2.
Sebenarnya banyak juga pengalaman seram ketika bekerja di sini....
No comments:
Post a Comment