Selepas seminggu bekerja, kawan aku, Fariz datang menjenguk aku. Dia kerja kat Ladang Eldred, kumpulan Boustead, dekat Bekok. Katanya Manager dia yang bagi tahu aku kerja di SOCFIN. Bagus betul manager tu yang akhirnya aku tau nama nya Chiu Ing Fah (kalu tak silap, itu nama penuhnya). Fariz mari dengan kawannya dari Bekok. Dari situ aku mula mendapat kawan baru dikalangan gang-gang bujang di Bekok dan Chaah. Antara yang aku masih ingat ialah Khatan. Dia kerja di klinik kesihatan Bekok.
Selain dari itu, kehadiran aku juga tersebar luas. "Network" waktu tu tak macam sekarang...tak ada hand phone atau internet. Ada kawan baru dari Chan Wing Estate, Sime darby yang jugak dekat dengan Bekok. Namanya Ruslam dan Singh. Dua-dua masih bujang.
Sejak dari itu, aku tak sunyi lagi. Kadang-kadang aku lepak di tempat Fariz waktu hujung minggu atau melawat Ruslam di Chan Wing. Aku jugak kenai ramai cikgu-cikgu di Bekok, juga gang bujang, termasuklah cikgu perempuan tak kira bangsa dan ugama. Kenal terutama apabila ada acara tertentu dan khenduri. Yang best, di sekolah menengah Bekok, selalu dia orang main badminton di dewan sekolah. Aku ikut main jugak, walaupun tak selalu.
Pernah sekali aku ke rumah Khatan. Nak jadi cerita, motor aku rosak. Khatan pinjamkan aku vespa dia. First time bawa vespa. Khatan pesan macam-macam bila aku bawa vespa tu. Nak "start" pun kena sengetkan dulu disamping kena campur minyak 2T bila beli petrol. "Gear: vespa pun agak pelek, motor ni pun ada klac. Motor vespa ni bila bawa balik keladang, melambung semacam..mungkin sebab tayar lebar yang kecil, sistem suspension dan juga keadaan jalan ladang. Letih jugak aku. Khatan memang pesan, jaga-jaga sikit "reban ayam" dia tu.
Pagi esoknya aku ke tempat kerja dengan vespa. Ramai orang hairan tapi sementara saja sebab Khatan uruskan kerja repair motor aku dan dia hantar ke ladang tempat aku kerja. Begitu baik Khatan, walaupun dari segi umur Khatan lebih tua dari aku. Khatan berasal dari Mersing. Dia berkawan rapat dengan misi kat Klinik Bekok dan akhirnya mereka berkawin. Sempat jugak aku ke rumah mereka selepas kawin. Kebetulan isteri Khatan yang aku panggil Kak Ros memasak daging landak. itulah pertama kali aku makan daging landak.
Antara aktiviti kami gang-gang bujang pada hujung minggu ialah lepak gerai kat Bekok sampai sembang ramai-ramai waktu petang, lepak rumah Khatan dan yang bestnya pergi mandi kat Public Swimming Pool, sehingga ke Minyak Beku kat Batu Pahat. Kadang-kadang ada jugak join gang cikgu main badminton, walaupun aku selalunya setakat menjadi penonton.
Aku juga kenal baik dengan tukang kebun Sek Bekok, yang rumahnya kat Chaah. Kadang-kadang aku singgah jugak kerumah dia. Aku kerap jugak bermalam di banglo Fariz kat Ladang Eldred. Mohd Ali Abd Rahman atau Ali Jin , join SOCFIN setelah tamat final semester. Cuma Ali kat ladang Claire. Company yang sama cuma ladang dia ada tanaman getah dan juga sawit.
Sejak dari itu, Ali selalu bersama aku dan banglo dia pun dah macam rumah nombor dua aku. Fariz berpindah tak lama selepas itu tetapi yang menggantinya ialah Mohd Hanif, juga member sekampus. Dia pun bujang, satu semester senior dari aku. Kami selalu lepak bersama. Kerap kami ke Segamat. Langkah makin panjang bila Ali dan Hanif ada kereta, hanya aku yang masih dengan motor.
Namun, bila aku di banglo, hidup memang boring. Sebab itulah, gaji pertama aku, aku gunakan untuk beli sebuah mini compo berharga RM400. Kira mahal jugak waktu tu. Brand hanyalah Sanyo. Lepas tu aku beli TV Phillip berharga RM650, hanya 14 inci. Cukup untuk menyerikan hidup aku. Waktu malam, aku sering masak. Macam-macam aku masak, jarang benar aku masak maggie. Dah muah makan mee segera, namun masakkan aku yang simple ni terasa sedap betul, mungkin sebab tak ada pilihan.
Di banglo aku, kadang-kadang aku keluar ke porch, memandang jauh ke Microwave Stesen yang sayup-sayup kelihatan atas bukit. Dengan cahaya lampu yang ada di situ, kedudukannya kadang-kadang nampak jelas terutama bila cuaca baik. Kadang-kadang aku menjenguk ke kawasan di mana terletaknya kawasan perumahan pekerja... suara-suara penghuni sana kadang-kadang terdengar sayup-sayup.....
No comments:
Post a Comment