TEMUDUGA
Memang dah kebiasaan, bila masuk final semester, selalunya pihak ITM buat arrangement untuk temuduga "on-campus". Bermakna, para bakal majikan akan datang ke kampus buat temuduga student final semester. Selalunya syarikat perladangan yang gah seperti Guthrie, Harrision Crossfield dan HighLand Lowland. Tahun ini (1983) ada pulak dari FELCRA. Jarang agensi kerajaan datang buat temuduga di kampus apatah lagi agak jarang student DPIM masuk atau di ambil bekerja dengan agensi kerajaan ni.
Selain dari itu, kami juga berpeluang pergi interview dengan syarikat lain, bukan on-campus, tapi di luar sana. Selalunya di Kuala Lumpur atau mana-mana tempat ibujebat syarikat tersebut.
Aku ada pergi interview di Kuala Lumpur... dengan SOCFIN Company Bhd. Syarikat ni adalah sebuah syarikat perladangan yang dah established walaupun agak low profile. Tak ramai student tahu tetapi dalam kelompok "planters", syarikat ini memang bukan calang-calang. Pengurusan nya begitu professional dan sistem serta suasana kerja memang teratur dan terancang. SOCFIN ni sebenarnya sebuah syarikat perladangan berpusat di luar negara ... bermula dari sebuah syarikat keluarga. Berasal dari keluarga France dan Belgium. Kebanyakkan top management di Malaysia masih pegawai dagang walaupun setengah-setengahnya dah jadi rakyat Malaysia. General Manager dan Head Planting Manager adalah "Mat Saleh".
SOCFIN mempunyai kelasnya yang tersendiri...mempunyai satu kemegahan tersendiri. Aku cukup tertarik dengan sistem kerja yang tidak lupa jugak kepada kebajikan dan keselesaan semua peringkat tenaga kerja. Cuma, ianya masih dibelenggu dengan budaya Kolonial.
Interview dengan SOCFIN membuka mata dan minda aku, betapa kestabilan dan keutuhan dalam menjaga modal insan itu amat penting....
No comments:
Post a Comment