TEMUDUGA SOCFIN
Ini temuduga aku yang pertama. Pagi-pagi aku dah sampai ke Wisma SOCFIN. Aku bertolak dari Perlis malam tadi bersama kawan-kawan sekelas yang turut di panggil untuk interview. Malam tadi kami semua tidor kat hotel. Hotel murah saja. Berkongsi, mana ada kelas tidor hotel ada berbintang-bintang.
Nampaknya hari ni, aku terasa terlebih "smart". Maklumlah pakai baju kemeja tangan panjang , berseluar slack siap dengan tie. Asal nampak cermin jer, siap perbetul tie dan rambut. Waktu tu rambut masih lebat!
Ada 9 calun , kebanykkan member-member dari ITM. Ada dua orang dari UPM. Gelabah jugak, maklumlah first time dengan baju yang teramat smart, rasa janggal pulak. Member-member yang lain nampak steady. Aku pun tak lah tunjuk gabra. Sambil-sambil tu perbetulkan dokumen-dokumen yang di bawa dalam clear folder tu. Aku punya nipis, maklumlah, aku ni tak banyak masuk aktiviti kokurikulum. Sijil yang ada cuma sijil peperiksaan selain dari surat beranak.
Calun masuk sorang demi sorang. Bila sampai giliran aku, aku pun masuk lah dengan sopan santun. Biasalah, ikut etika dan prosedur. Ketuk pintu, buka pintu perlahan-lahan, bila masuk ucapkan selamat pagi, disuruh duduk , ucap terima kasih dulu. Duduk mesti hati-hati. Soalan biasa aje. Aku boleh jawab... yang aku tak yakin sangat, terus terang aku cakap "Not sure". Hal-hal teknikal tu kurang. Lepas habis, aku dan calun-calun lain di minta tunggu sebentar di luar untuk arahan selanjutnya.
Bila semua dah habis, mari lah satu lelaki berbangsa India..aku rasa dia ni mungkin dari finance atau akaun department atau pun dari Human Resourse. Rupanya, dia minta serba sedikit maklumat tentang kami ..... bila sampai, tidor di mana dan sebagainya. Rupa-rupanya, kompeni ni, mari interview pun dia bagi duit... duit belanja mari interview.
Bila dia tanya tentang tambang, kami cakap naik bas aje. Waktu tu tambang bas ekspress berhawa dingin dari Perlis sampai KL baru RM21. Dia kata dia orang bagi claim ikut tambang teksi. Dia pun tanya, kalu naik teksi, berapa tambang. Minta ampun lah, mana aku tahu. last-last dia main agak.... teksi satu orang RM75 kali 2 jadi RM150, hotel kira satu malam RM50, makan kira RM75 untuk makan malam sehari sebelum interview, minum pagi, makan tengahari dan makan malam lagi. Jumlah RM275. Siap bayar cash. First time dapat duit banyak macam tu..tak payah buat apa-apa. Dah sign baucer, dapat duit.
Tak lama kemudian, aku dimaklumkan bahawa ada interview second round. Tiga orang terpilih... aku, Shamsudin (Jeng), Mohd Roslan (Lan Noor). Kami semua sekelas di ITM. Interview second round ni, dengan General Manager...tak silap namanya ialah JDC Diamond... Mat Saleh jugak.
Interview ni tak lah begitu formal...cuma rasa macam pusingan kalah mati. Suasana .... relax . Soalan ....Umum.
Dah siap, apa lagi, aku dan member-member pun angkat kaki le. Kami balik malam tu jugak tapi sebab bas bertolak jam 8.30 malam, sempat lagi kami meronda. Aku siap beli satu lagi baju kemeja tangan panjang... buat spare, sebab yang aku pakai ni kira dah lama...mana tahu kut-kut ada interview lain nanti. Joli tu tak jugak sebab aku ni tak pandai sangat membeli belah nie. Cuma, dah ada kawan-kawan kira ok jugak.
No comments:
Post a Comment