Tuesday, February 9, 2016

Bergraduasi

Aku lepas MCE tahun 1979, result tu kira tak brapa nak bagus, UPU pun tak brapa nak terima. masuk lah ke form six science. Alamak...susah nak mampus!! Kita bukan pandai benda-benda tu, tengok Add Math peniang...takat tambah tolak tu ok lah.

Buat permohonan untuk tukar pi aliran sastera atau Art Stream. Depa tolak mentah-mentah...maka aku menjadi mangsa sistem untuk meramaikan bumiputera dalam bidang sains dan teknologi...tak mau dah dok main sastera mentera nie!!!

Maka tercampak lah aku kat Sek. Men. Sains Selangor, Cheras. Kat Kampong Kongo...tapi gerai juai apam balik kat simpang jalan masuk tu sedap nak bagi tau...(la nie dah tak ada dah). Kg Kongo tu macam kampong Koboi....

Aku layan takat, lower six. Yang best tak pasai-pasai depa lantik aku jadi pengawas (dari sekolah rendah sampai form 5, tak ada sekolah yang lapaq @ teringin nak lantik aku jadi pengawas pun!!) dan juga setiausaha PPI @ Persatuan Pelajar Islam (aku bukan jenis berkopiah atau berjambang).

Aku stop takat lower six, dapat panggilan interview masuk maktab ( kira jadi cikgu lah tu) tapi aku tolak. Mak aku bising jugak...."kalu masuk maktab perguruan, keluaq terus ada kerja".

Buat derk...dapat lah masuk ITM (la nie UiTM)..ITM dulu takat diploma dengan advance diploma jer...mana ada degree.

Dah keluaq dapat kerja, umuq dah nak masuk 42 tahun, teringin nak belajaq lah pulak...Maka aku buat BBA waktu dok kerja tengah hutan Sarawak. Belajaq part-time. Graduate selepas lebih 4 tahun...pernah repeat satu paper dah defer satu semester. Graduate bila umuq dah dekat 46 tahun. Tapi aku tak pi konvo...tak balik modai beb!!! Jauh nak terbang pi KL takat nak terima sijil dan berjubah tu.

Bila aku dapat pindah @ bertukaq kerja kat Semenanjong pada tahun 2012, aku tergerak pulak sambung buat MBA. Dan akhir nya aku berjaya....aku berjaya beb!!! Bergraduasi lah aku pada bulan Nov 2016 nanti.

Yang best, waktu diploma, CGPA aku baru takat 2.76, waktu BBA, CGPA aku ada improve sikit...3.35 tapi time MBA, CGPA aku ialah 3.63 beb...cuma aku kecewa tak boleh lawan Dato' Ahmad Maslan...CGPA dia 3.85!!!!

No comments:

Post a Comment