Tuesday, February 9, 2016

Ini biasa....satu perjalanan yang singkat tapi menarik ...tertarik.
Aerial Manuring still applicable in certain plantation crop..

Bergraduasi

Aku lepas MCE tahun 1979, result tu kira tak brapa nak bagus, UPU pun tak brapa nak terima. masuk lah ke form six science. Alamak...susah nak mampus!! Kita bukan pandai benda-benda tu, tengok Add Math peniang...takat tambah tolak tu ok lah.

Buat permohonan untuk tukar pi aliran sastera atau Art Stream. Depa tolak mentah-mentah...maka aku menjadi mangsa sistem untuk meramaikan bumiputera dalam bidang sains dan teknologi...tak mau dah dok main sastera mentera nie!!!

Maka tercampak lah aku kat Sek. Men. Sains Selangor, Cheras. Kat Kampong Kongo...tapi gerai juai apam balik kat simpang jalan masuk tu sedap nak bagi tau...(la nie dah tak ada dah). Kg Kongo tu macam kampong Koboi....

Aku layan takat, lower six. Yang best tak pasai-pasai depa lantik aku jadi pengawas (dari sekolah rendah sampai form 5, tak ada sekolah yang lapaq @ teringin nak lantik aku jadi pengawas pun!!) dan juga setiausaha PPI @ Persatuan Pelajar Islam (aku bukan jenis berkopiah atau berjambang).

Aku stop takat lower six, dapat panggilan interview masuk maktab ( kira jadi cikgu lah tu) tapi aku tolak. Mak aku bising jugak...."kalu masuk maktab perguruan, keluaq terus ada kerja".

Buat derk...dapat lah masuk ITM (la nie UiTM)..ITM dulu takat diploma dengan advance diploma jer...mana ada degree.

Dah keluaq dapat kerja, umuq dah nak masuk 42 tahun, teringin nak belajaq lah pulak...Maka aku buat BBA waktu dok kerja tengah hutan Sarawak. Belajaq part-time. Graduate selepas lebih 4 tahun...pernah repeat satu paper dah defer satu semester. Graduate bila umuq dah dekat 46 tahun. Tapi aku tak pi konvo...tak balik modai beb!!! Jauh nak terbang pi KL takat nak terima sijil dan berjubah tu.

Bila aku dapat pindah @ bertukaq kerja kat Semenanjong pada tahun 2012, aku tergerak pulak sambung buat MBA. Dan akhir nya aku berjaya....aku berjaya beb!!! Bergraduasi lah aku pada bulan Nov 2016 nanti.

Yang best, waktu diploma, CGPA aku baru takat 2.76, waktu BBA, CGPA aku ada improve sikit...3.35 tapi time MBA, CGPA aku ialah 3.63 beb...cuma aku kecewa tak boleh lawan Dato' Ahmad Maslan...CGPA dia 3.85!!!!

Memoir - Akhir Nya Ke Lana (Bhg 63)

Lama dah menghilang...bukan hilang jadi halimunan, tapi hilang kerna tak ketahuan...ini semua dunia punya kerja. 

Ok, sambungan cerita : Episod Malang.

Interview @ temuduga  tu kira tak ada apa sangat..... ala bertemu dan di duga. Depa tanya kita jawab...

Sampai kat Pudu Raya, pelan asal nak beli tiket bas untuk pagi esok dan boleh lah bermalam kat Kuala Lumpur dulu. Dengan perasaan tenang, naik tangga Puduraya terus ke kaunter tiket. Tanya dulu kat kaunter bas Ekspress Mara (tu lah yang baik sikit untuk ke Utara seleain dari bas Ebban), tambang bas ber"aircon" hanya RM21...harga standard. Seluk poket nak ambik duit....tup-tup duit yang aku spare dekat RM400 tu dah tak ada. Beg duit @ wallet tu ada. Alamak!!!

Puas seluk poket, cari dalam beg yang aku sandang tu. Tak ada duit.....bertenang...bertenang. Tak jumpa jugak, habis lah tenang aku nie.

Yang ada hanya lah baki-baki duit kecil dalam poket seluar. Ada kut dalam lima ringgit. Otak mula ligat...mana pi duit aku nie? Aku tak beli apa-apa...cuma tambang dengan makan jer tadi nie. memang tak bubuh duit kat dalam wallet sebab konon asingkan supaya tak kena penyeluk saku...depa cari dompet.Puduraya dulu banyak pencopet!!! Duit 400 ratus tu aku letak dalam poket...sah terkeluar dan terjatuh tanpa aku sedar. Nak balik Perlis dah tak ada duit!!!

Waktu dulu mana ada handphone...smartphone atau stupid phone!!! Yang ada public phone!! Dan aku memang jenis tak ingat nombor telefon sapa-sapa pun.

Mai idea...ambik bas mini pi rumah kakah aku kat Cheras Indah. bas mini baru lima kupang!! Ok, naik bas mini, pi ke Cheras tu...sampai dah agak malam.

Tersentak aku...rumah kakak aku gelap...tak ada orang. Puas panggil, tak ada sapa pun yang sambut. Last-last, jiran rumah kakak aku tu keluar...dia heran kut ada orang dok tempik panggil jiran dia.

Dia tanya " cari sapa". Aku jawab " Ni rumah Maznah dgn Abu Othman ka" Dia pun menjawab " betui, tapi depa tak ada, balik kampong". Aduhai, bala lagi satu.... nak buat macamana nie?? Tapi, kakak jiran tu sambung lagi " Suami dia ada, kerja, balik pagi awai pagi esok kut". "Ok kak, terima kasih".

Aku mengatur langkah....pi balik ambik bas mini. Nekad aku ialah balik ke Puduraya dan bermalam kat sana. Apa-apa hal pun, esok pagi cerita lain...

Tunggu no... aku sibuk sungguh la nie...harap2 jangan setahun lagi baru nak boleh sambung pulak.



Tapi, bukan itu saja kesudahan nya episod malang pada hari tuuuu...