Friday, August 3, 2012

Memoir - AkhirNya ke Lana (Bhg 60)

Dapat kerja kat PORIM  (Palm Oil Research Institute of Malaysia) ni pun ada banyak cerita. Tapi dah rezeki aku PORIM sekarang dah tak ujud lagi sebab dah bergabung dengan PORLA (Palm Oil Registration and Licensing Authority).

Bermula dengan peristiwa pergi interview yang cukup mencabar tapi sekarang nie aku rasa lawak pulak dengan pengalaman tu.

Aku naik bas ekspress dari Kangar ke Kuala Lumpur. Untuk senang, aku naik bas malam sebab perancangan nya nak rehat kejap di samping survey-survey kat mana tempat interview tu (area Bandar Baru Bangi). Bila sampai di Kuala Lumpur tentu nya awal pagi. Tak nak menyusahkan orang (walaupun saudara sendiri : Kakak aku duduk di KL), aku sewa hotel murah kat area Pudu Raya. Tak mahal lah, bilik tanpa hawa dingin, setakat kipas dan bilik air pulak kat belakang...jenis kongsi-kongsi. Towel nipis ...tapi aku ada bawa sendiri punya. Partition antara bilik dari plywood, jadi kalu orang sebelah cakap kuat , memang kita pun terasa jugak di telinga. Ini kira paling budget ... bukan bed and breakfast tapi bed saja,jadi dari B&B jadi hanya B. Nak makan area ni tak ada masalah.

Sampai kat hotel, benda yang paling awal aku buat ialah tidor...Mana boleh tidor @ tidorq dalam bas ekspress....walaupun mengantok mana sekali pun. Asal bas berenti, aku turun. Pekena teh gelas (dulu belum famous lagi teh tarik nie) dan berasap.

Setelah puas berehat @ tidor (tak puas mana tidor pun, cadar agak miang, lepas tu tilam tak best)... aku bangun ..mandi-mandi dan langkah seterusnya makan. Kat area hotel aku kat PuduRaya ni, makan tak jadi masaalah besar. Tempat makan banyak..kat tingkat 2 Puduraya pun banyak. Puduraya ni pulak bukan asing kat aku, dulu tempat lepak bila aku dok sekolah kat Sains Selangor. Makan murah...sambil tengok orang. Manusia memang lah ramai kat situ.

Aku pun dok tanya-tanya jugak cara nak pi Bandar Baru Bangi @ BBB nie. Yang paling senang , aku dinasihatkan naik bas Foh Hup dari Puduraya pergi ke Kajang. Dari Kajang naik teksi atau prebet sapu pergi ke PORIM BBB. Sebenarnya ada bas dok pusing pusing area PORIM BBB ke Kajang, tapi aku pilih cara paling senang....naik prebet sapu. Tak gaduh-gaduh nak tengok nombor bas supaya tak naik bas yang salah atau meenunggu terlalu lama.

No comments:

Post a Comment