Friday, August 31, 2012

MERDEKA DI BELAGA

Aku dah kat Belaga Groups of Estate bermula dari 23hb Julai 2012 atas perpindahan biasa @ routine. Kawasan dah established tapi masih ada yang perlu dipertingkatkan.

Sempena Hari Kebangsaan, BSC atau Belaga Staff Club mengadakan sambutan yang agak meriah. Bermula dari jam 6.30 pagi, dimana semua staff dan exekutif berkumpul untuk permulaan acara sambutan.

Sambutan bermula dengan acara menaikan bendera Malaysia dengan nyanyian Negara ku. Lama aku tak buat atau sertai majlis sebegini. Di ikuti dengan nyanyian Tanggal 31 Ogos. Semangat jugak nie.

Aku kena bagi ucapan ringkas dan seterusnya merasmikan majlis sambutan. Acara diikuti dengan sukaneka, perlawanan persahabatan bola sepak antara Eksekutif dengan staff dan juga bola tampar untuk staff perempuan. Bola eksekutif kalah dengan sepakan penalti penentuan. Letih dan sengal badan sebab dah lama tak main bola ni....

Acara diteruskan pada waktu malam dengan jamuan makan malam serta meraikan 25 orang ahli BSC yang menyambut hari jadi dalam tempoh 3 bulan terdahulu termasuklah aku. Surprise...ada hadiah hari jadi lagi!!!

Seterusnya penyampaian hadiah pertandingan, pertandingan cha cha dan karaoke.

BSC dan ahlinya memang aktif dan sporting. Bagus.

Terima kasih dan tahniah kepada semua termasuklah pengerusi BSC (En Nasrulddin), Christina, Mc Nilly, Joseph Got, Asong, Maria "the MA", Jelma serta lain-lain nya. 'm going to miss all of you. My short stay and presence at Belaga Group of Estates will be remember always.

THANKS.

I will also never forget the experience in Lana...the do's and dont's and alll the mistakes along the way.

Friday, August 3, 2012

Memoir - AkhirNya ke Lana (Bhg 60)

Dapat kerja kat PORIM  (Palm Oil Research Institute of Malaysia) ni pun ada banyak cerita. Tapi dah rezeki aku PORIM sekarang dah tak ujud lagi sebab dah bergabung dengan PORLA (Palm Oil Registration and Licensing Authority).

Bermula dengan peristiwa pergi interview yang cukup mencabar tapi sekarang nie aku rasa lawak pulak dengan pengalaman tu.

Aku naik bas ekspress dari Kangar ke Kuala Lumpur. Untuk senang, aku naik bas malam sebab perancangan nya nak rehat kejap di samping survey-survey kat mana tempat interview tu (area Bandar Baru Bangi). Bila sampai di Kuala Lumpur tentu nya awal pagi. Tak nak menyusahkan orang (walaupun saudara sendiri : Kakak aku duduk di KL), aku sewa hotel murah kat area Pudu Raya. Tak mahal lah, bilik tanpa hawa dingin, setakat kipas dan bilik air pulak kat belakang...jenis kongsi-kongsi. Towel nipis ...tapi aku ada bawa sendiri punya. Partition antara bilik dari plywood, jadi kalu orang sebelah cakap kuat , memang kita pun terasa jugak di telinga. Ini kira paling budget ... bukan bed and breakfast tapi bed saja,jadi dari B&B jadi hanya B. Nak makan area ni tak ada masalah.

Sampai kat hotel, benda yang paling awal aku buat ialah tidor...Mana boleh tidor @ tidorq dalam bas ekspress....walaupun mengantok mana sekali pun. Asal bas berenti, aku turun. Pekena teh gelas (dulu belum famous lagi teh tarik nie) dan berasap.

Setelah puas berehat @ tidor (tak puas mana tidor pun, cadar agak miang, lepas tu tilam tak best)... aku bangun ..mandi-mandi dan langkah seterusnya makan. Kat area hotel aku kat PuduRaya ni, makan tak jadi masaalah besar. Tempat makan banyak..kat tingkat 2 Puduraya pun banyak. Puduraya ni pulak bukan asing kat aku, dulu tempat lepak bila aku dok sekolah kat Sains Selangor. Makan murah...sambil tengok orang. Manusia memang lah ramai kat situ.

Aku pun dok tanya-tanya jugak cara nak pi Bandar Baru Bangi @ BBB nie. Yang paling senang , aku dinasihatkan naik bas Foh Hup dari Puduraya pergi ke Kajang. Dari Kajang naik teksi atau prebet sapu pergi ke PORIM BBB. Sebenarnya ada bas dok pusing pusing area PORIM BBB ke Kajang, tapi aku pilih cara paling senang....naik prebet sapu. Tak gaduh-gaduh nak tengok nombor bas supaya tak naik bas yang salah atau meenunggu terlalu lama.

Ni Kira Dah Biasa..







Namun kini dah ada sedikit perubahan... ada baik sikit. Kalu dulu siksa nak keluar kalau dah musim hujan..dah lah kat sini taburan hujan tinggi sekitar 4000 mm ke 4500 mm. Tanah pulak jenis yang mudah licin pada musim hujan dan berdebu tebal bila musim kering.


Tapi itu lah cabaran nya... nak tak nak, terpaksa.


Ini Lah Yang Aku Risau

Kemalangan berlaku tak di undang...macam orang tua dulu kata "malang tak berbau". Dah berbuih mulut nasihat pekerja dan staf seadanya nya pentingkan keselamatan tapi sekejap saja, lepas tu pakat lupa. Terbaru ada kemalangan melibatkan trektor. Pemandu nya meninggal dalam perjalanan ke hospital.




UPDATE PENUMPANG

Kalu dulu aku kat Lana Group of Estates , la ni aku kat Belaga Group Estate. Tempat lain, kompeni sama, jawatan sama, Daerah dan Bahagian pun sama...

Terpisah jugak aku dengan legenda-lagenda LANA yang tinggal tak seberapa ramai lagi tu...

Sayonara Lana...

Memoir - AkhirNya Ke Lana (Bhg 59)

Kat IADP bersama-sama 3 kawan karib aku ...si Azman, Tengku Mohzan @ Pak Ku dan Ruslizan @ Jan...tidak lama. Teringat jugak kami sempat tubuhkan syarikat bernama Multi TRAM Agriculture...buat bisness sikit-sikit. Banyak peluang datangnya dari agansi yang bernaung bawah Kementerian Pertanian. Bisnes tak lah lancar sangat, cuma kalu nak dapat kontrak supply barang ke apa-apa ke, mesti ada syarikat berdaftar.

Azman adalah yang pertama meninggalkan kami apabila dia dapat offer kerja yang lebih baik dan stabil. Lepas tu aku pun dapat peluang kerja dengan PORIM. Nak dapat kerja dengan PORIM ni, banyak pulak kisah yang berlaku.. nanti aku ceritakan kemudian.

Lepas aku cabut, Multi Tram dah makin layu. Pak Ku dan Jan, akhirnya dapat jugak peluang kerja lain...perguruan..

Hubungan kami masih rapat waktu tu walau pun dah berpecah. Azman yang susah sikit, dia kurang contact..lagipun antara kami, dia yang dah berkawin. Last dengar cerita dia berkerja dengan SIRIM. Jan menjadi cikgu sekolah menengah sementara Paak Ku menjadi cikgu di MRSM.Kedua-duanya dah berkawin tapi Pak Ku lah yang last sekali....