Tuesday, April 17, 2012

Memoir - AkhirNya Ke Lana (Bhg 57)

Perlis atau sebutan nya Perelih terkenal dengan mempelam. Yang popular ialh mempelam Harumanis dan Sala. Waktu di IADP dulu memang mempelam ni baru nak dipopularkan. Projek mempelam yang di bawah jagaan aku seluas 187 hektar..kiranya waktu tu projek mempelam yang terbesar di Malaysia dengan satu jenis Mempelam iaitu Harumanis.

Mempelam Harumanis ni manja sikit...banyak kena ulat batang (stem borer) dan yang paling menyusahkan ialah "Fruit Flies". Fruit flies ni lah yang merosakkan buah waktu dah masak. Jadi lebam dan lembik. Penyelesaiannya ialah membungkus putik buah dengan kertas surat kabar lama dan meracun.

Dalam masa yang sama, mempelam Sala banyak di tanam tapi pasaran agak kurang. Ketika itu harga di kebun sekitar RM1 sekilo. Orang kampung pun tak minat nak jual. Tapi heran jugak, ada cina yang masuk kebun beli putik buah yang jatuh atau yang muda dengan harga yang murah. Orang kampung jual jugak sebab senang, tak payah nak cari pasaran. Rupanya dia orang buat jeruk atau jeruk kering.

Aku, Ruslizan, Azman dan Pak Ku berpakat untuk buat bisnes jual mempelam Sala yang banyak tu...kena pulak harga di kebun cukup murah. Azman yang isteri nya orang Perak dan bekerja di sana kata harga mempelam di sana sampai RM3 -4 sekilo. Ini dah kira peluang baik.

Kami sewa van, masuk kampung dan mula membeli buah mempelam tu. Target kami sebanyak 500 kilo dengan modal sekitar RM500 sahaja. Kami masuk ke kampung-kampung, petik sendiri buah yang kami nak. Ada cara untuk mengenali buah mempelam yang dah cukup matang dengan melihat daun pelindung pada tangkai buah dan juga bentuk hujung buah mempelam tu.

Kami dapat 500 kilo. Balik ke rumah Azman, proses seterusnya ialah mencuci dan merawat buah. Kena buat cara professional lah kan!!

Mula-mula buah di cuci , buang getah mana yang ada. Seterusnya di rendam dalam air suam yang di campur dengan racun kulat pada kadar yang tertentu. Racun kulat tu untuk mengelakkan tangkai buah dari jangkitan kulat serta merosakkan buah mempelam tu. Setelah itu di keringkan dengan udara bilik (Room temperature).
Kami lapik buah tu dengan kertas surat kabar lama jugak.


Esok pagi, kami bertolak awal. Hanya Azman yang ada lesen, jadi dia saja yang bawa van tu. Van tu kami sewa dengan kadar RM50 sehari...Harga kawan-kawan. Jumlah hari sewa target nya 3 hari sahaja.


Kos-kos kami ialah RM500 untuk buah mempelam yang di beli, RM150 untuk van dan sekitar RM50 untuk proses merawat dan mencuci buah. Disamping tu kami anggarkan gaji kami berempat pada kadar RM10 sehari seorang menjadikan RM120. Jumlah kesemuanya sekitar RM1020 termasuk minyak van dan tol. Kami berasakan jika dapat jual RM3 sekilo, kami bakal dapat RM1500. Ada lah untung dalam RM480 untuk kerja 3 hari. Bahagi 4 orang dapat lah RM120 bersih. Kira banyak lah tu!!


Dalam bisnes nie, banyak benda yang kita tak tahu terutama apabila pertama kali buat. Cadang nak tolak kat kedai buah cara borong tapi kena main dek Cina tu...jadi kami pelan jual sendiri...tapi kat mana??

Friday, April 13, 2012

Memoir - AkhirNya Ke Lana (Bhg 56)

Nie bila dah menulis, dia jadi "ralet"...bahasa orang Utara. Maksudnya ...cari lah sendiri...

Waktu kat IADP, Pengarah nya adalah jugak Pengarah Jabatan Pertanian Negeri..jadi senang lah. Kalau tak silap nama nya En Nazri, bercermin mata dan berambut kerinting. Yang pasti..dia baik punya!!

Waktu tu ada program siswazah tani...aku tumpang tuah..sebab aku di IADP on contract basis..tak kisah bab gaji sebab duduk di kampung sendiri dengan kedua orang tua. Belanja sana murah dan aku belum kawin lagiiiii..

En Nazri banyak bagi semangat sehinggakan aku dengan 3 lagi kawan...Ruslizan, Tengku Mohzan dan Azman Mahmud bertekad dalam senyap menubuhkan satu syarikat bernama Multi Tram Agriculture. Adalah buat bisnes sikit ..supply barang untuk IADP dan komponen nya.

Yang best, kami pernah dapat kontrak supply biji benih jagong...kami guna atau sewa tanah orang kampong seluas hampir 5 hektar. Benih jagong nie di berikan percuma oleh Jabatan Pertanian. Peralatan dan jentera di pinjamkan oleh PMP dan LPP. Senang kan.

Kami ambik 4 orang pekerja...budak muda kampong yang memang tak ada kerja. Gaji kami bagi RM8 sehari... besar dah tu. Kerja sekejap saja dari jam 7 pagi sampai jam 12 tghari. Daripada dok melepa, baik kerja dengan kami.

Jagong tumbuh memang cantik, baja cukup, air cukup. Sebab nak jadikan benih gred A, kami kena biarkan hanya satu labu jagong atas pokok...kena yang terbaik. Jadi putik jagong yang pertama kami jua sebagai "mini corn" ..buat sayur!! Banyak juga dapat sebagai cash money. Satu pek dalam RM1. Kami juai kat member terdekat atau "based on order" . Itu pun tak cukup!!

Labu jaong yang ketiga , selalu nya kami biarkan dan jual sebagai jagong mentah. Labu yang terbaik dibiarkan sampai matang dan tua, di jemur dan dikeringkan sebagai biji benih jagong untuk di agihkan kepada petani melalui Jabatan Pertanian dengan harga yang murah. Hanya jagong dari gred A dan B saja di terima untuk di jadikan benih.

Kami juga pernah cuba membantu petani Perlis untuk memasarkan mempelam keluar...Nie cukup mencabar...nanti kita sambung di lain masa..

Nak makan dulu..laparq

Thursday, April 12, 2012

Memoir - AkhirNya Ke Lana (Bhg 55)

Di IADP, aku kira bertuah sebab IADP nie pemantau di peringkat Kementerian Pertanian, jadi semua Jabatan dan Agensi bawah kementerian Pertanian terlibat sama. Banyak kenalan dan jugak pengetahuan.

Aku "attached" dengan MARDI dan Pegawai MARDI Negeri, Allahyarham Misbahu Munir cukup baik dan banyak tolong aku.

Berbalik pada cerita projek Mempelam yang aku jaga kat Bukit Cabang tu, banyak jugak aktiviti yang kami buat...semua nak tarik perhatian dan tumpuan para peserta. Pernah jugak buat rombongan sambil belajar ke Serdang dan MARDI Kuala Kangsar.

Satu malam, kami ada program di kawasan projek. Balik kira malam dan aku plan nak tidor kat kuarter staff di LPP Titi Tinggi. Dalam perjalanan ke sana, ada pulak Polis Hutan buat rondaan. Kami di tahan. Di mintanya Kad Pengenalan. Bila bab minta lesen, aku kelam kabut sikit sebab lesen aku dah mati. Nasib baik lah staff Jabatan Pertanian tu, nama nya Rahim, dok layan bercerita dengan polis tu. Last-last, dia pun suruh jalan, lupa nak minta esen aku. Pushhhh, lega.

Kat pejabat LPP Titi Tinggi nie, ada rumah asap untuk tembakau di bawah program tanaman tembakau PPK dengan LTDC. Musim tembakau ramai lah orang kat situ. Aku pun belajar sikit hal-hal tembakau ni. Rupanya pokok tembakau nie sensitif dengan cuaca dan paling sensitif dengan perokok. Bayangkan pokok tembakau sensitif dengan perokok sedangkan rokok dari tembakau jugak. Kata nya asap dan puntung rokok ada virus atau bakteria yang boleh merosakkan daun tembakau.

Tembakau nie pulak ada banyak jenis..dari jenis Virginia hingga lah kepada tembakau Burley. Kualiti tembakau atau rokok bergantung kepada peratusan daun tembakau Virginia dan dari bahagian mana tembakau itu di ambik.

Yang penting, berkawan dengan mamat LTDC, kerap lah aku dapat rokok free..........................