Monday, March 26, 2012

2012 Manager Retreat

Tak tau apa maksud sebenar retreat nie...aku dah attended sebanyak 3 kali , pertama di Putrajaya, kedua Chiang Mai dan ketiga di Phuket. Bali aku miss sebab ada exam.

Kali ni retreat kat Vietnam, Ho Chi Mih . Kalu orang tanya, kita jawab ..depa kata best lah boleh jalan-jalan makan angin.

Sebenar nya bukan makan angin...banyak makan hati...retreat ni macam mesyuarat review performance project atau plantation. Memang sessi kena hentam...tak ada sangat yang betui. Kena pulak depan orang ramai. Kali ni ada dekat 40 orang..dari Sabah, Sarawak , Indonesia dan Myammar. Malu...memang malu kalau kena tembakan bertubi-tubi. Telinga...naik merah..tapi kena buat pekak..biarlah.

Preparation untuk retreat presentation ambik masa...kena review banyak kali dengan GM jugak. Perbetui lagi, tambah sana, buang sini. Di retreat, kena tembak jugak. Memang stress dan tension. Apa yang seronok nya.

Kali ni pi Vietnam..belum sampai lagi..dah ada yang pesan barang itu dan ini.

Walau macamana pun " Vietnam, see you there..29th March 2012 to 2nd April 2012". Harap-harap telinga aku tahan dengan tembakan-tembakan mesin gun....

5 comments:

  1. Kepada saudara empunya blog, sy telah habis membaca keseluruhan memoir ke Lana saudara. Sy tertarik amat dengan gaya penceritaan yg begitu tersusun dan detail sekali, hingga sy seperti masuk ke dalam kehidupan saudara.

    Untuk pengetahuan saudara/Encik, sya berumur 26 tahun dan sekarang sedang mengikuti kursus perladangan 9 bulan di Sabah sebelum menjalani praktikal ladang, dan seterusnya berkarier di kelapa sawit dng cadet planter sbg permulaan. Sbelum ini sy mmperolehi ijazah muda perhutanan dari sebuah IPTA.

    Saya ingin bertanyakan kepada encik, adakah karier di dalam perladangan kelapa sawit agak sukar?ramai yg mengatakan kepayahan hidup di tengah2 estet, ini belum menyentuh soal pekerjaan itu sendiri. Di Sabah misalnya, agak sedikit belia2 graduasinya yang ingin menjadi cadet planter, dan jikalau adapun, ramai yang tak dapat bertahan. Maka encik sebagai orang lama, apakah pandangan encik berhubung isu ini?
    Adakah sebab soal gaji atau komisyen yang rendah?atau stress yang smakin menjadi2 di dalam pengurusan kelapa sawit pada akhir2 ini? ramai kawan2 sy telah menasihati saya agar tahan telinga dan bersedia di maki hamun oleh bos, masuk kanan kuar kiri.

    Adakah sudah hilang kegembiraan dan ketenangan di alam ladang sekarang encik?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi membaca blog ni..sebenar nya perjalanan ke Lana belum berakhir...byk masa diperlukan untuk menyiapkan nya dan saya amat berharap itu dapat dicapai. Mungkin masa dan kekangan kerja tidak membolehkan saya terlalu memberikan perhatian kepada blog ini. Lana adalah spesial dan tempat ini mengungkai banyak nostalgia dan kenangan maha indah. Dan saya masih di sini. Teruskan membaca dalam masa2 mendatang.
    Pendapat saya ialah kerja di ladang tidak glamour, anak muda sekarang tidak gemar cabaran, perlukan internet connection dan lebih gemar kerja di sektor kerajaan yang tak banyak memikirkan target dan kurang stress.
    Soal gaji bukan isu besar sebab gaji dan ganjaran lain agak lumayan.
    Ini semua kerana mungkin dunia serba mudah dgn teknologi menyebabkan "adaptation" dalam dunia perladangan kurang.
    Life goes on and we are the few who still believe in i.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih encik kerana sudi membalas kiriman saya.Amaat saya menghargainya. InsyaAllah, kalaulah kisah encik dibukukan, aku pasti akan membelinya.:)

      sbg kata2 akhir, apakah nasihat dan kata2 yang dapat encik kongsi dan berikan kepada saya, sekiranya encik tak keberatan, untuk saya jadikan panduan dan kekuatan sebelum saya memasuki alam estet sebagai cadet planter kelak..nasihat encik amat saya hargai

      Delete
  3. I going to take nothing less than 2 years to complete the whoe journey right to Lana - Land in the middle of Borneo.Keep reading. I do have few readers among the young planters.

    Ok, to be a planter....be prepared physically and mentally. Be strong and ready to adapt. Each estate has their own unique environment. Learn and be observance. Don't panic. Ready to change and manage changes. Be proactive and active in any situation by among all improve communication skill esp in English language both written and verbal communication.Sorry, that the reason why I put my remark here in english. Good luck...

    ReplyDelete
  4. saye bakal bergraduasi dlm bulan 10 ni dan mempunyai degree dlm bidang biotek. Tapi dlm mase yg same sy minat nak bekerje dalam bidang cadet plnter ni..tp mcm mane seseorng tu nk apply as a cadet planter mohon pencerahan

    ReplyDelete