Dalam kebakaran komplek kediaman para pengurus ladang dan saya sendiri pada 5hb Sep 2010, kehilangan yang paling terasa dan sukar dicari ialah semua data-data, rekod-rekod serta gambar-gambar, yang merupakan koleksi penting sejak lebih 5 tahun dulu.
Sebagai persediaan, kebanyakkan maklumat serta gambar-gambar itu disimpan secara "hardcopies" dan "soft copies". Soft copies di simpan dalam disket, external memory drive, pen-drive selain dalam hard disk komputer. Tujuannya sebagai backup sekiranya ada serangan virus atau masalah dengan komputer. Rasa nya itu best option tetapi semua back up samada secara "hard copies" dan "soft copies" di simpan dalam bilik saya yang terbakar hangus.
Jadi, back up sudah tiada, yang hilang itu tidak mungkin berganti cuma mungkin ada maklumat yang masih boleh diperolehi dengan kerja keras berhari-hari untuk membuat analisa semua...bayangkan kerja hampir 6 tahun hilang begitu saja.
Sekarang, opsyen terbaik, simpan dalam internet..dalam blog atau facebook. Boleh tengok bila-bila dan dimana saja. Ini sebahagian dari Perjalanan ke Lana yang masih belum kesudahan.
No comments:
Post a Comment