Friday, August 31, 2012

MERDEKA DI BELAGA

Aku dah kat Belaga Groups of Estate bermula dari 23hb Julai 2012 atas perpindahan biasa @ routine. Kawasan dah established tapi masih ada yang perlu dipertingkatkan.

Sempena Hari Kebangsaan, BSC atau Belaga Staff Club mengadakan sambutan yang agak meriah. Bermula dari jam 6.30 pagi, dimana semua staff dan exekutif berkumpul untuk permulaan acara sambutan.

Sambutan bermula dengan acara menaikan bendera Malaysia dengan nyanyian Negara ku. Lama aku tak buat atau sertai majlis sebegini. Di ikuti dengan nyanyian Tanggal 31 Ogos. Semangat jugak nie.

Aku kena bagi ucapan ringkas dan seterusnya merasmikan majlis sambutan. Acara diikuti dengan sukaneka, perlawanan persahabatan bola sepak antara Eksekutif dengan staff dan juga bola tampar untuk staff perempuan. Bola eksekutif kalah dengan sepakan penalti penentuan. Letih dan sengal badan sebab dah lama tak main bola ni....

Acara diteruskan pada waktu malam dengan jamuan makan malam serta meraikan 25 orang ahli BSC yang menyambut hari jadi dalam tempoh 3 bulan terdahulu termasuklah aku. Surprise...ada hadiah hari jadi lagi!!!

Seterusnya penyampaian hadiah pertandingan, pertandingan cha cha dan karaoke.

BSC dan ahlinya memang aktif dan sporting. Bagus.

Terima kasih dan tahniah kepada semua termasuklah pengerusi BSC (En Nasrulddin), Christina, Mc Nilly, Joseph Got, Asong, Maria "the MA", Jelma serta lain-lain nya. 'm going to miss all of you. My short stay and presence at Belaga Group of Estates will be remember always.

THANKS.

I will also never forget the experience in Lana...the do's and dont's and alll the mistakes along the way.

No comments:

Post a Comment