Kat IADP bersama-sama 3 kawan karib aku ...si Azman, Tengku Mohzan @ Pak Ku dan Ruslizan @ Jan...tidak lama. Teringat jugak kami sempat tubuhkan syarikat bernama Multi TRAM Agriculture...buat bisness sikit-sikit. Banyak peluang datangnya dari agansi yang bernaung bawah Kementerian Pertanian. Bisnes tak lah lancar sangat, cuma kalu nak dapat kontrak supply barang ke apa-apa ke, mesti ada syarikat berdaftar.
Azman adalah yang pertama meninggalkan kami apabila dia dapat offer kerja yang lebih baik dan stabil. Lepas tu aku pun dapat peluang kerja dengan PORIM. Nak dapat kerja dengan PORIM ni, banyak pulak kisah yang berlaku.. nanti aku ceritakan kemudian.
Lepas aku cabut, Multi Tram dah makin layu. Pak Ku dan Jan, akhirnya dapat jugak peluang kerja lain...perguruan..
Hubungan kami masih rapat waktu tu walau pun dah berpecah. Azman yang susah sikit, dia kurang contact..lagipun antara kami, dia yang dah berkawin. Last dengar cerita dia berkerja dengan SIRIM. Jan menjadi cikgu sekolah menengah sementara Paak Ku menjadi cikgu di MRSM.Kedua-duanya dah berkawin tapi Pak Ku lah yang last sekali....
No comments:
Post a Comment