Tuesday, May 21, 2013
LANA : TETAP DALAM INGATAN
Sejak akhir-akhr ini, ramai yang bertanya kenapa sering nama Lana di bangkitkan.Sebenar nya kerana teringatkan kenangan lama di Lana. Yang terbaru, ramai Ex-Lana yang join balik kompeni tu...antara lain Tang Yoke Wah (jelalong), Hussein Pisang (Kalimantan Projek), Isacc Sagin (Belaga)...dengar kata bagi projek PNG, ada nama2 lain disebut2 seperti John Raynold Basco dan Medani Tukang...Itu lah power Lana...pengalaman nya masih menjadi pilihan syarikat. Rugi kalu pengalaman itu dibiarkan berlalu.
Sunday, January 20, 2013
BUKAN LUPA
Sori...bukan aku lupa...tapi banyak yang perlu di buat...sejak berhijrah balik ke Pahang nie...kena adapt dulu suasana di Semenanjung..pokok sawit tetap sama, kerja tetap sama tapi orang nya serba baru. perangai manusia tak sama...
Lana banyak mengajar aku betapa mengetahui dan mempelajari sikap manusia itu penting..Human Behavior. Masing-masing ada kepentingan sendiri...walaupun KRA, KPI atau target nya tetap sama dan satu.

Friday, December 14, 2012
Thursday, December 13, 2012
Monday, December 3, 2012
Beralih Angin
La nie aku dah tukar angin, dari Lana ke Johor pada September 2012 dan kini di Muadzam Shah....pusingan hidup aku kembali ke asal..
Cerita pengalaman ke Lana akan aku teruskan....masa kini agak mengizinkan...kita kongsi pengalaman...Na tanya pasai sawit, jangan segan, jangan silu...kita share....

Friday, August 31, 2012
MERDEKA DI BELAGA
Aku dah kat Belaga Groups of Estate bermula dari 23hb Julai 2012 atas perpindahan biasa @ routine. Kawasan dah established tapi masih ada yang perlu dipertingkatkan.
Sempena Hari Kebangsaan, BSC atau Belaga Staff Club mengadakan sambutan yang agak meriah. Bermula dari jam 6.30 pagi, dimana semua staff dan exekutif berkumpul untuk permulaan acara sambutan.
Sambutan bermula dengan acara menaikan bendera Malaysia dengan nyanyian Negara ku. Lama aku tak buat atau sertai majlis sebegini. Di ikuti dengan nyanyian Tanggal 31 Ogos. Semangat jugak nie.
Aku kena bagi ucapan ringkas dan seterusnya merasmikan majlis sambutan. Acara diikuti dengan sukaneka, perlawanan persahabatan bola sepak antara Eksekutif dengan staff dan juga bola tampar untuk staff perempuan. Bola eksekutif kalah dengan sepakan penalti penentuan. Letih dan sengal badan sebab dah lama tak main bola ni....
Acara diteruskan pada waktu malam dengan jamuan makan malam serta meraikan 25 orang ahli BSC yang menyambut hari jadi dalam tempoh 3 bulan terdahulu termasuklah aku. Surprise...ada hadiah hari jadi lagi!!!
Seterusnya penyampaian hadiah pertandingan, pertandingan cha cha dan karaoke.
BSC dan ahlinya memang aktif dan sporting. Bagus.
Terima kasih dan tahniah kepada semua termasuklah pengerusi BSC (En Nasrulddin), Christina, Mc Nilly, Joseph Got, Asong, Maria "the MA", Jelma serta lain-lain nya. 'm going to miss all of you. My short stay and presence at Belaga Group of Estates will be remember always.
THANKS.
I will also never forget the experience in Lana...the do's and dont's and alll the mistakes along the way.

Friday, August 3, 2012
Memoir - AkhirNya ke Lana (Bhg 60)
Dapat kerja kat PORIM (Palm Oil Research Institute of Malaysia) ni pun ada banyak cerita. Tapi dah rezeki aku PORIM sekarang dah tak ujud lagi sebab dah bergabung dengan PORLA (Palm Oil Registration and Licensing Authority).
Bermula dengan peristiwa pergi interview yang cukup mencabar tapi sekarang nie aku rasa lawak pulak dengan pengalaman tu.
Aku naik bas ekspress dari Kangar ke Kuala Lumpur. Untuk senang, aku naik bas malam sebab perancangan nya nak rehat kejap di samping survey-survey kat mana tempat interview tu (area Bandar Baru Bangi). Bila sampai di Kuala Lumpur tentu nya awal pagi. Tak nak menyusahkan orang (walaupun saudara sendiri : Kakak aku duduk di KL), aku sewa hotel murah kat area Pudu Raya. Tak mahal lah, bilik tanpa hawa dingin, setakat kipas dan bilik air pulak kat belakang...jenis kongsi-kongsi. Towel nipis ...tapi aku ada bawa sendiri punya. Partition antara bilik dari plywood, jadi kalu orang sebelah cakap kuat , memang kita pun terasa jugak di telinga. Ini kira paling budget ... bukan bed and breakfast tapi bed saja,jadi dari B&B jadi hanya B. Nak makan area ni tak ada masalah.
Sampai kat hotel, benda yang paling awal aku buat ialah tidor...Mana boleh tidor @ tidorq dalam bas ekspress....walaupun mengantok mana sekali pun. Asal bas berenti, aku turun. Pekena teh gelas (dulu belum famous lagi teh tarik nie) dan berasap.
Setelah puas berehat @ tidor (tak puas mana tidor pun, cadar agak miang, lepas tu tilam tak best)... aku bangun ..mandi-mandi dan langkah seterusnya makan. Kat area hotel aku kat PuduRaya ni, makan tak jadi masaalah besar. Tempat makan banyak..kat tingkat 2 Puduraya pun banyak. Puduraya ni pulak bukan asing kat aku, dulu tempat lepak bila aku dok sekolah kat Sains Selangor. Makan murah...sambil tengok orang. Manusia memang lah ramai kat situ.
Aku pun dok tanya-tanya jugak cara nak pi Bandar Baru Bangi @ BBB nie. Yang paling senang , aku dinasihatkan naik bas Foh Hup dari Puduraya pergi ke Kajang. Dari Kajang naik teksi atau prebet sapu pergi ke PORIM BBB. Sebenarnya ada bas dok pusing pusing area PORIM BBB ke Kajang, tapi aku pilih cara paling senang....naik prebet sapu. Tak gaduh-gaduh nak tengok nombor bas supaya tak naik bas yang salah atau meenunggu terlalu lama.

Subscribe to:
Posts (Atom)