Pengurus Ladang, Penolong Pengurus Ladang, Cadet Planter di kategorikan atau dikenali sebagai Planters. Kerjaya seorang planter bermula dari peringkat cadet planter atau probationary assistant. Probation period menjangkau dari 6 bulan hingga 2 tahun, bergantung kepada syarat-syarat perjawatan. Itu untuk para garduan samada dari jurusan pengurusan ladang atau lain-lain jurusan pengajian. Kursus perladangan yang biasa ialah DPIM atau Diploma in Planting Industry and Management yang dikenalikan oleh UiTM atau kursus Diploma Pertanian dari UPM. Ada juga kursus di peringkat Ijazah. Kerjaya seseorang planters juga boleh bermula dari dedikasi dan semangat kerja seorang penyelia ladang yang mungkin bermula dari penyelia ladang gred 3 (field conductor grade 3) seterus nya gred 2 dan satu dan boleh mengjangkau ke special grade. Malah ada yang bermula dari peringkat mandor ladang. Bagi yang berminat, graduan dari kursus lain juga boleh memohon untuk mengisi kekosongan bermula dari cadet planter.
Pengalaman adalah sesuatu yang amat bernilai dalam sektor pengurusan ladang tak kira samada dari industri kelapa sawit, getah atau komoditi lain nya. Permohonan boleh di buat samada menulis terus kepada syarikat-syarikat perladangan atau mencuba nasib pada iklan kekosongan yang ada. peluang dalam industri perladangan ini tidak terhad kepada garduan perladangan atau pertanian tetapi pada sesiapa yang berminat dengan kerjaya yang penuh warna-wanri kehidupan, cabaran dan kekuatan mental dan sihat fizikal. Ganjaran nya agak lumayan.....
No comments:
Post a Comment