Tuesday, April 17, 2012

Memoir - AkhirNya Ke Lana (Bhg 57)

Perlis atau sebutan nya Perelih terkenal dengan mempelam. Yang popular ialh mempelam Harumanis dan Sala. Waktu di IADP dulu memang mempelam ni baru nak dipopularkan. Projek mempelam yang di bawah jagaan aku seluas 187 hektar..kiranya waktu tu projek mempelam yang terbesar di Malaysia dengan satu jenis Mempelam iaitu Harumanis.

Mempelam Harumanis ni manja sikit...banyak kena ulat batang (stem borer) dan yang paling menyusahkan ialah "Fruit Flies". Fruit flies ni lah yang merosakkan buah waktu dah masak. Jadi lebam dan lembik. Penyelesaiannya ialah membungkus putik buah dengan kertas surat kabar lama dan meracun.

Dalam masa yang sama, mempelam Sala banyak di tanam tapi pasaran agak kurang. Ketika itu harga di kebun sekitar RM1 sekilo. Orang kampung pun tak minat nak jual. Tapi heran jugak, ada cina yang masuk kebun beli putik buah yang jatuh atau yang muda dengan harga yang murah. Orang kampung jual jugak sebab senang, tak payah nak cari pasaran. Rupanya dia orang buat jeruk atau jeruk kering.

Aku, Ruslizan, Azman dan Pak Ku berpakat untuk buat bisnes jual mempelam Sala yang banyak tu...kena pulak harga di kebun cukup murah. Azman yang isteri nya orang Perak dan bekerja di sana kata harga mempelam di sana sampai RM3 -4 sekilo. Ini dah kira peluang baik.

Kami sewa van, masuk kampung dan mula membeli buah mempelam tu. Target kami sebanyak 500 kilo dengan modal sekitar RM500 sahaja. Kami masuk ke kampung-kampung, petik sendiri buah yang kami nak. Ada cara untuk mengenali buah mempelam yang dah cukup matang dengan melihat daun pelindung pada tangkai buah dan juga bentuk hujung buah mempelam tu.

Kami dapat 500 kilo. Balik ke rumah Azman, proses seterusnya ialah mencuci dan merawat buah. Kena buat cara professional lah kan!!

Mula-mula buah di cuci , buang getah mana yang ada. Seterusnya di rendam dalam air suam yang di campur dengan racun kulat pada kadar yang tertentu. Racun kulat tu untuk mengelakkan tangkai buah dari jangkitan kulat serta merosakkan buah mempelam tu. Setelah itu di keringkan dengan udara bilik (Room temperature).
Kami lapik buah tu dengan kertas surat kabar lama jugak.


Esok pagi, kami bertolak awal. Hanya Azman yang ada lesen, jadi dia saja yang bawa van tu. Van tu kami sewa dengan kadar RM50 sehari...Harga kawan-kawan. Jumlah hari sewa target nya 3 hari sahaja.


Kos-kos kami ialah RM500 untuk buah mempelam yang di beli, RM150 untuk van dan sekitar RM50 untuk proses merawat dan mencuci buah. Disamping tu kami anggarkan gaji kami berempat pada kadar RM10 sehari seorang menjadikan RM120. Jumlah kesemuanya sekitar RM1020 termasuk minyak van dan tol. Kami berasakan jika dapat jual RM3 sekilo, kami bakal dapat RM1500. Ada lah untung dalam RM480 untuk kerja 3 hari. Bahagi 4 orang dapat lah RM120 bersih. Kira banyak lah tu!!


Dalam bisnes nie, banyak benda yang kita tak tahu terutama apabila pertama kali buat. Cadang nak tolak kat kedai buah cara borong tapi kena main dek Cina tu...jadi kami pelan jual sendiri...tapi kat mana??

No comments:

Post a Comment