Kerja dengan IADP tu kira sementara saja. Gaaji ak lah besar tapi aku rasa sukup tenang. Duduk dengan kedua orang tua aku. Pagi-pagi naik motor pi kerja dekat Pejabat LPP Titi Tinggi. Projek yang aku jaga dekat Bukit Cabang..tak luas, kalau nak dibandingkan dengan ladang sawit yang pernah aku kerja dulu. Aku attach dengan Pejabat MARDI negeri. Pegawai MARDI Negeri Perlis waktu tu En Misbahul Munir. Orang nya teramat baik. Dia bagi aku semangat untuk lebih maju ke depan. Kuat merokok...kalu aku ke pejabat dia, sah dia ajak order air dari restoren kat bawah, termasuk rokok. Nak rokok free.
Kat projek tu..tanaman utama ialah Mempelam Harumanis. Dibiayai dengan pinjaman Bank Pertanian. Orang kampung yang jadi peserta projek. Dalam pada tu, aku ada juga projek "cash crop" untuk orang kampung ni. Banyak sebenarnya peruntukkan dari kerajaan termasuk lah peruntukkan dari Projek Demonstrasi Pertanian..bayak bantuan input termasuklah penggunaan jentera bajak dari PMP atau LPP.
Cuma sayang, orang kampung tak berapa bersungguh...mentang mentang senang dapat bantuan. Antara peruntukkan yang pernah aku usahakan ialah program infrastruktur ladang termasuk ah mendapatkan pejabat projek dan juga sebuah traktor lengkap dengan "implement"
Aku juga menggunakan peruntukkan untuk latihan bagi menggaji anak anak muda kampung supaya mereka ni di ajar sambi bekerja untuk menjaga ladang di projek. Bukan projek orang lain pun, tanah orang tua depa jugak. Aku buat style ladang...siap ada "muster call" pagi..lambat tak ada gaji. Aku suruk depa meracun dan membuat kerja kerja ladang yang lain termasuk baja. Ada juga yang cuba mengelat...aku potong gaji.
Orang kampung semakin baik dengan aku..terutama pengerusi projek bernama Pak Ramli dan juga seorang AJK bernama Pak Jaafar. Selalu singgah bersembang sambil di jamu kopi panas kau-kau punya. Memang kerja ni menyeronokan. Ada juga belia yang rapat dengan aku macam Saad. Dia nie rajin, hasil pertaniaan dia cukup untuk dia sekeluarga memperbaiki taraf hidup dia orang.
Yang aku tak berapa suka sangat pada mula-mula dulu ialah waktu nak buat mesyuarat dengan AJK Projek yang terdiri daripada orang kampung. Depa nie memang style relax. Satu hari aku panggil mesyuarat jam 3 petang kat balai raya kampung. Pukul 3 yang ada hanya Pak Jaafar , Pak Ramli dengan Saad. Yang lain lambat. Jam 4 pun tak cukup korum. Bila dah ngam-ngam korum (ada yang belum sampai atau memang tak mau hadir), aku mulakan mesyuarat dengan menangguhkan mesyuarat. Terkejut depa semua ni...bayangkan aku yang muda buat macam tu.
Aku bagi tahu bahawa mesyuarat patut start jam 3 petang dan habis dalam jam 4 petang. Bukan banyak perkara nak bincang pun tapi dah lambat, baik aku tangguhkan saja. Aku pun nak ke balik jugak.
Lepas kes tu, depa dah tak berani nak lambat tak tentu pasai... tapi hubungan aku dengan dia orang masih baik malah bertambah baik. Aku nak majukan depa semua, bukan nak menyusahkan!!
No comments:
Post a Comment