Kat kampus, aku bukan takat belajar tentang pengurusan ladang, tapi kehidupan harian di sana membuatkan kita lebih mengenali dan belajar tentang manusia lain terutama kawan-kawan kita.
Aku kira tak la ramai kawan yang terlalu rapat.. hanya ada beberapa orang saja. Yang lain tu memang kenal dan selalu jugak bersembang dan bergurau , cuma tahap keakraban tu berbeza. Aku mungkin tergolong dalam golongan yang serba sederhana samada dari segi penampilan ataupun dari segi akademik.
Yang rapat betul cuma Lan Cikgu, Man Cina, Zul Bowie, Banjore dan beberapa orang lagi. Bab buat assignment ke , praktikal report ke, boleh le minta bantuan member-member ni.
Aku tak lah glamor sangat...ramai yang tak kenal kecuali mereka yang "sama waktu dengan aku".
Tuesday, January 26, 2010
Monday, January 25, 2010
Memoir - AkhirNya Ke Lana - Bhg 35
KAMPUS OH KAMPUS
Banyak cerita kat kampus nie.. maklumlah student dari merata tempat dan macam-macam latar belakang. Ada yang kaya, ada yang sederhana, ada yang susah, ada yang dekat, ada yang jauh. Ada kaki menyemat (pakai lawa), ada yang selekeh. Ada kaki bising, pandai berkawan tapi ada yang bodoh sombong.
Kalau kursus ladang dah tentulah ramai budak lelaki, perempuan berapa kerat sangat tapi semangat dah kuat macam budak lelaki. Budak lelaki kursus lain memang jarang nak kacau. Kursus aku nie pulak, ramai yang cuba tackle student DSS, kursus kesetiausahan (rasanya le). Perkenalan selalunya melalui kawan dan ada jugak yang husha sendiri. Ada marka budak DSS ni, dah tentu ada yang dapat tolong taip practical report. Macam aku ni, ngangalah, taip sendiri guna type writer abah aku. Mana ada komputer macam sekarang nie.
Kampus kami ni, lama-lama nampak banyak pembaharuan. Kemudahan sukan pun mula bertambah. Aku yang tak pernah main squash, pun pernah try main. Pertandingan banyak juga.. aku dan gang pernah masuk hoki, team kami ..namanya ialah “Tak Kembung Tak Kempis”. Bila orang buat pengumuman jer, jadi lawak ... tapi tu lah promosi nak glamor. Tak masuk final pun, tapi kira ok lah jugak lah.
Pernah aku tengah lepak kat depan corridor bilik, lepas main dan badan berpeluh..kebetulan pulak masuk waktu magrib... ada mamat “tabligh” lalu dan tegur aku “ Assalamualaikum, mari lah kita masuk Islam” sambil tepuk bahu aku. Terkejut aku. Aku nak kata marah tu tak lah jugak tapi aku sound balik “ Aku dah Islam, awat hang belum Islam lagi ke? Mamat tu lagi terkejut beruk, member belah terus. Nak tegur tu biaq lah ada cara, jangan main hentam jer!! Aku ni kira panas baran, nasib baik boleh control, kalau tidak sure aku swing!!
Kursus aku nie kira glamor kat kampus nie sebab nya mungkin demand student lulusan kursus aku ni tinggi. Selalu ada On-Campus interview. Kursus lain jarang. kadang-kadang ada company siap mari dengan Heli!
Aku kalau kat kampus memang tak berapa famous..tak menonjol. Macam kat sekolah dulu. jadi sebab tu kadang-kadang orang tak berapa ingat kalau-kalau nama aku disebut, ramai yang tak kenal. LOW PROFILE atau mungkin aku nie tak ada anything special. Bab marka...no !!! Tapi aku rasa mungkin kalau aku husha mana-mana marka, gerenti tak dapat. Bukan jenis berduit. Bulan-bulan dapat student elaun dalam RM130.00. Belanja aku pun tak cukup.
Nasib baik dulu, kat kampus ada BSN, jadi kalu keluar duit RM10 pun tak malu sangat...tengok tak ada orang, masuk je ...janji lepas ambik dalam akaun mesti ada tak kurang dari RM10.00. Dulu mana ada ATM!! Rasa nya pegawai bank tu pun tahu yang kami student memang sengkek!
Bab rokok nie, macam zaman sekolah... kerap berkongsi. Jimat kalau hisap. Kalau boleh sampai hujung puting!! Rokok kira ada brand jugak ...samada Benson atau Dunhill. Tak main brand biasa, walaupun kurang duit. Tapi merokok masa tu, control. Tak joli tak tentu pasal sebab duit bukan senang nak dapat.
Bulan puasa paling best. Makan kira tapau jer. Nasib baik kat kampus ni, harga barang makan kira murah... sampai sekarang ni pun kalau kira harga barang makan kat Perlis, masih murah.
Sunday, January 24, 2010
Cuti Menulis ... Sat saja

Dah lama tak menulis dalam ruangan ni, bukan apa, sibuk sikit. Baru balik dari Lahad Datu, lepas tu kena pi Miri pulak. Artikel dah ada, tu yang malas tu. Nak kena edit dulu sebelum postkan.
Baru-baru ni, ternostalgia bila member-member lama, tiba-tiba antar mesej melalui facebook....member dari Sawira...Hassan la ni dah kerja dengan pejabat daerah, Spian katanya sedang kursus kat Boston, US, ada member dah pencen dan macam-macam cerita baru.
Kerja kat Muadzam Shah memang menarik..banyak kenangan. Aku kat sana hampir 9 tahun lebih. Kawin kat situ dan semua anak-anak lahir kat sana. Terasa pulak kalu ada peluang aku nak kerja di sana semula... mungkin boleh melepaskan tension dan membangkitkan kenangan lama yang terlalu susah nak lupa.
Teringat tulis anak sulong... "lahir di Pahang, kampung mak kat Terengganu, abah kat Perlis, along kampung kat mana ye?"
Wednesday, January 13, 2010
Memoir - AkhirNya ke Lana (Bhg 34)
LADANG BUKIT BUJANG, SEGAMAT, JOHOR.
Ini lah tempat praktikal aku yang ke empat dan terakhir sepanjang pengajian aku. Ladang ni agak jauh ke dalam, kali ni aku dengan 4 orang rakan sekursus cuma berlainan kelas. Bandar terdekat ialah Segamat. Ladang ni milik Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) tapi di uruskan oleh Boustead.
Aku duduk dengan seorang staff yang dah kawin tapi isterinya tak duduk kat situ. Aku dengan kawan seorang lagi. Kawan yang lain duduk dengan staff lain.
Staff yang tumpangkan aku tu orang Jawa, kalau tak silap namanya Mohd Samin. Staff sana banyak yang masih muda... ladang masih agak baru dan pokok masih ada yang belum matang lagi. Belum pun ada kilang sawit lagi.
Kemudahan kat sini memang lengkap, dari klinik, masjid dan juga tempat bersukan macam gelanggang tenis. Kat situ lah aku belajar minat main tenis.
Manager ladang jarang kami jumpa cuma yang selalunya kami jumpa ialah Penolong Kanan dan Junior Assistant nya. Junior Assistant tu baik, masih muda dan duduk di banglo estet sorang-sorang sebab dia belum kawin lagi. Ada seorang pekerja , suku jawa yang duduk dan bekerja di banglo tu.. aku panggil Mas je.
Junior Assistant tu nama nya Omar Arif... kalu nak tau ... yang aku tahu dia sekarang ni bekerja dengan RTM... part time ke full time aku tak tahu.. tapi dia selalu aku tengok menjadi pembaca berita di TV. Pelik kan... dari ladang jadi pembaca berita kat tv!
Omar Arif pernah juga ajak aku duduk kat banglo dia terutama pada hari minggu... dia jarang keluar , jadi saja buat teman bersembang. Yang best nya ..kat rumah dia dapat tengok cerita... guna projektor lagi. Dia memang baik lah... dia selalu senyum jer... dengan staff pun dia memang baik.
Senior Assistant tu pun baik juga, cuma dia agak tegas sikit... orang jawa dari Batu Pahat. Famili dia duduk kat Segamat. Apa yang aku tahu, semua member kat Bukit Bujang ni , aku jumpa semula waktu aku bekerja . Mat Samin aku jumpa kat Kahang...dan yang bestnya adik si senior assistant ni bekerja dengan syarikat tempat aku di Pahang.
Pernah sekali, musim hujan berpanjangan...jalan keluar ke bandar Segamat ada yang banjir. Kami kat dalam tak tahu cerita sangat cuma, bila jalan dah terputus, bekalan makan pun terputus... tapi bestnya kat dalam tak ada apa-apa sangat sebab kawasan perumahan di tanah yang agak tinggi, jadi tak banjir. Kawasan rendah di ladang, ada lah juga yang banjir. Disebabkan banjir dan bekalan makan terputus, kami merasa juga dapat makan barang bantuan banjir termasuklah ikan kering masin.... tapi ikan kering tu kalau aku makan, naik gatal lidah. Sure kualiti rendah atau reject punya...beras pun tak ada kualiti. Tapi dah free, ambik jer lah. Orang lain tak komplen pun!.
Disini banyak jugak aku belajar. Kira berbaloi kau praktikal kat sini. Pekerja Indonesia waktu ni tak ramai, hanya sedikit, itu pun, kebanyakan nya dengan kontraktor. Cuma pekerja tempatan ramai dari golongan orang jawa. Kontraktor pun orang Jawa dari Batu pahat atau Segamat.
Aku teringat ada seorang kerani timbang buah, nama dia Aduka... orang Melayu tulin ke Jawa ke, aku pun tak pasti. Rasanya nama Aduka tu pun bukan nama betul dia, dan kalau betul itu nama dia... macam nama dalam cerita P. Ramlee. Dia ni jenis cool jer. Masih juga bujang, malah ramai staff sini muda muda dan masih bujang. Mungkin kut, nama Bukit Bujang pun sebab ramai bujangan!
Aku banyak belajar kat ladang ni!
Bab praktikal nie, sebenarnya banyak benda yang pahit dan manis yang aku dapat. Benda yang pahit tu memang susah nak lupa dan selalunya tersenyum sendiri mengenangkan nya, terasa lawak pulak. Itu yang banyak mengajar, tak dapat lupa. Kalau jenis relax tu terasa macam tak ada apa-apa pulak. Tak ada Thrill!
Ni Baru relax, bersilang kaki dengan "dreaming business"

Friday, January 8, 2010
Thursday, January 7, 2010
Bagi Perokok - Khas Untuk Member-Member Dari Dulu Sampai Ke Lana

Gambar Menarik Untuk Renungan , Juga Untuk Aku....
Di petik dari sumber www.kutefun.com Cantek Punya
Subscribe to:
Posts (Atom)