Seorang rakan sepengajian, Rahman menghantar mesej pagi tadi. Beliau memaklumkan bahawa rakan kami iaitu Mohd Ali Abd Rahman meninggal dunia pagi tadi, 19/05/10 jam 5.30 pagi akibat serangan sakit jantung.
Aruah berasal dari Muar, Johor (Parit Abd Rahman) dan saya sendiri telah beberapa kali ke rumah orang tua aruah ketika sama-sama bekerja di SOCFIN Co. Bhd. Aruah yang juga di kenali sebagai "Ali Jin" amat periang dan mudah di ajak berbual. Panggilan "Ali Jin" bukan kerana perangai buruk nya tetapi kerana gaya dan cara beliau ketawa. Beliau mempunyai ramai kawan tidak kira samada di kalangan para senior atau junior. Beliau adalah junior saya satu semester.
Kenangan indah saya bersama aruah ialah ketika kami sama-sama mengadakan " Road Tour Pantai Timur" pada tahun 1985 dengan memandu kereta honda civic hatch back. Perjalanan itu mengambil masa 4 hari, menggunakan kaedah "pengembaraan budget" iaitu tidur dalam kereta , menjelajah semua kawasan kampung yang kami lalui dan mandi di mana-mana tempat yang sesuai. Kami cuma bermalam di hotel di Kota Bahru, kelantan.
Banyak perkara kami lakukan bersama terutama apabila kami bekerja sebagai Cadet Planter di Chaah dan terputus hubungan sekejap apabila saya meletakkan jawatan dengan syarikat berkenaan. Aruah Ali mengikut jejak saya dengan meletakkan jawatan beberapa bulan berikutnya.
Kali terakhir, aruah bekerja di sebuah ladang di Johor dan kami sempat bersama pada satu konferen di Putra Jaya sekitar tahun 2008. Aruah ceria seperti biasa.
Semuga roh aruah Mohamad Ali bin Abdul Rahman dicucuri rahmat dan diletakkan dalam golongan orang-orang yang beriman. ALFATIHAH.
Wednesday, May 19, 2010
Friday, May 14, 2010
Saya dan Aku
Selepas ni, mana-mana yang membaca blog nie, jangan berasa heran sebab, semua ganti nama saya akan di tukar kepada aku...sebab aku dah dewasa...dah mula kerja lah beb...!!
Wednesday, May 12, 2010
Memoir - AkhirNya Ke Lana (Bhg 42)
Saya sampai di main office Johore Labis Estate sekitar jam 2.30 petang. Group Manager, Mr Pringle masih belum sampai, jadi saya terpaksa menunggu. Motor saya "park" kat kawasan "porch", tak menghalang sesiapa pun.
Sekitar jam 3.00 petang, satu land rover berwarna oren sampai. Keluar dari kereta tu, seorang Mat Saleh yang saya rasa tentunya Mr Pringle. Waktu tu saya duduk di bawah pokok berdekatan, cari tempat teduh. Sebenarnya saya ketika itu berbadan agak "slim", berpakaian kemas siap dengan kemeja berlengan panjang. Kira "handsome" habis.
Tak berapa lama kemudian, CC India tadi keluar. Sebenarnya dia bagi tahu bahawa Group Manager dah sampai dan yang masuk tadi ialah Mr Pringle lah tu. Sebelum di panggil masuk, CC tadi minta saya alihkan motor saya kerana kedudukannya di "porch" tidak disenangi oleh Group Manager (GM). Saya alihkan motor tersebut ke bawah pokok. Beg baju saya dibiarkan diikat kat motor. Selepas itu saya berjalan masuk ke pejabat.
Pejabat tu agak lengang, kerani-kerani lain berada di bahagian lain. Lapang benar ruang pejabat ni. Saya masih menunggu. Setelah agak 20 minit, CC tadi menjemput saya masuk. Apabila masuk, "Sir, this is Mohamad Rohim, our new Cadet Planter, reporting for work" kata CC tadi. "Good afternoon Sir" ucap saya ketika masuk. "Sit down, young man" kata GM tadi. "Thanks".
"Can you call Mr Lee" kata GM tadi kepada CC tadi. "ok, sir" Waktu tu saya gabra juga, tak tahu nak cakap apa-apa. GM tu pun tak cakap apa-apa selain dari melihat surat tawaran kerja saya serta dokumen-dokumen lain yang ada di atas meja. "So, when did you arrive" tanya dia. "This morning sir" jawap ringkas dari saya.
Tak berapa lama selepas itu, kedengaran pintu di ketuk dan seorang lelaki berbangsa Cina, berumur dalam 50an masuk. "afternoon sir" biasalah "greeting untuk bos. "Ok, Lee, sit down, meet our young man , Rohim". Saya menghulur tangan untuk bersalam.
"Ok, I putting him with Shuhaimi at Division One, call Suhaimi to fetch him and you get him to make the necessary arrangement.... bungalow and so on" kata GM. "Yes, I will see to it" kata Lee atau nama penuhnya Lee Beng Lee, seorang Field Manager. "Ok, Rohim, do you wear short" soal GM kepada aku. "yes, no problem as I used to it during my studies and practical training". jawap aku, tersenyum kambing. "Ok, Lee, make the arrangement, and to you, Rohim, welcome onboard and hope you will be with us for a long time" "Thanks". Mr Lee dan aku bergerak keluar.
Rupanya, waktu tu Shuhaimi, Section officer Division satu dah ada menunggu. Selepas, berbual, berkenal sekejap, aku pun mengikut Shuhaimi dengan motor ke tempat yang bakal menjadi kediaman aku semasa bekerja di sini.....

Tuesday, May 11, 2010
Memoir - AkhirNya ke Lana (Bhg 41)
Pagi-pagi tu, saya bangun awal. Ni nak kena pergi "report duty". Chaah tu, saya tahu tempatnya cuma ladang tu saja yang tak berapa "confirm" kat mana. Jadi kena mula dari awal pagi...naik motor ke Chaah.
Dah bersiap nak berangkat, saya "settle" dulu semua bil hotel tu dulu. Lepas tu terus saja menuju ke Labis. Cadang nak pekena roti canai dengan teh gelas kat sana. Naik motor honda cub ni, nak sampai Labis ambil masa lebih sikit satu jam. Bawa "slow-slow". Sebab ialah bawa motor dengan bag terikat kat belakang (tak banyak barang, cuma satu bag saja barang yang di bawa). Kedua saya ni sebenarnya budak baru belajar, lesen L lagi.
Kat Labis, tak ada tempat yang bagus untuk "landing". Naik motor "slow-slow" menuju ke Chaah. Dalam perjalanan, maka ternampak lah "signboard" ladang tempat saya kena "report duty". Ok, selesai satu masaalah....terus saja ke Chaah, yang letaknya tak jauh dari jalan masuk ke ladang tu.
Di Chaah, saya singgah makan kat satu gerai Melayu.. pekena nasi lemak dan teh gelas. Sedappp... Dalam sedap menjamu selera, bersembanglah dengan seorang lelaki cina yang sedang sibuk berbual dengan seorang lelaki Melayu, rasa-rasa dalam umur 40an. Dari gaya dan cara cakap, sah saya rasa dia ni mesti orang ladang. Ringankan mulut, saya pun "join" sekali. Ramah jugak si member nie.
Rupanya dia ni pengurus ladang Boustead kat Bekok. Bila di bagi tahu yang saya dari mana dan nak ke mana...dia pun menpelawa saya mengikut dia ke ladang yang bakal menjadi tempat kerja saya nanti. Saya tolak dengan baik sebab saya ada motor, dia guna land rover "short-based". Dia pun bagi tahu, rupanya ada kawan saya (senior satu semester bernama Fariz), ada kerja di tempat dia, jadi "Assistant". Saya cakap...bagus lah, "at least ada jugak kawan.
Lepas habis makan, saya pun memulakan perjalanan saya ke pejabat ladang. Nasib baik, dengan petunjuk jalan yang diberikan oleh manager tadi, saya dapat terus menuju ke main office ladang SOCFIN Co. Bhd tadi. Nama ladang tu sebenarnya Johor Labis Estate.
Samoai di sana, tiada jeep atau kenderaan yang selalunya di pandu oleh Manager Ladang sebagai kenderaan rasmi. Saya masuk ke office tadi dan berjumpa dengan chief clerk di situ. Chief clerk atau cc itu berbangsa India, dan agak berumur. Saya jelaskan maksud kedatangan saya....

Sunday, May 9, 2010
Memoir - AkhirNya ke Lana (Bhg 40)
PENGALAMAN PERTAMA - SOCFIN COMPANY BERHAD
Setelah mendapat surat tawaran kerja, orang pertama yang saya maklumkan, tentunya kedua ayah dan mak saya. Kedua-duanya amat gembira sekali. Bukan senang dapat tawaran kerja terutama apabila saya belum pun habis tamat belajar. Tapi dah minta tangguh tarikh pendaftaran sebab nak ambil jugak "final exam... at least" biarlah dapat diploma dulu.
Yang pertama kena fikir ialah untuk mendapatkan sebuah motorsikal. Itu penting sebab nak buat kena harian, motorsikal amat penting. Nasib baik abah faham, jadi kami beli sebuah motorsikal terpakai jenis honda. Bayar duit muka RM400 dan saya janji akan buat bayaran bulanan dari gaji saya sendiri.
Saya memang bercadang nak ke tempat kerja di Chaah, dekat Labis, Johor dengan menaiki keretapi. Senang, sebab motorsikal tu boleh di bawa bersama. Saya ambik keretapi dari Arau, Perlis. Dah lama tak naik keretapi, jadi rasa "excited" jugak, kena pulak nak ke tempat kerja. Abah bekalkan duit RM500, buat belanja sebelum dapat gaji. Tu dah kira besar!
Semalaman naik keretapi dan sampai kat Segamat, kira-kira awal pagi. Sebab daftar kerja esoknya, dan saya juga letih, jadi saya ambik keputusan bermalam saja di Segamat. Sewa hotel budget, tak sampai RM40 pun! Waktu tu semua cari yang paling murah. Kena belajar susah dulu, sebab memang saya ni bukan dari kalangan orang yang kaya raya.
Bandar Segamat bukan lah asing sangat sebab dah dua kli praktikal di ladang-ladang berdekatan seperti ladang Bukit Bujang dan Ladang Dara Lam Soon. Jadi bila sampai sana, tak lah rasa kekok sangat.
Saya bukannya mahir sangat dengan mortosikal nie, walaupun ada lesen tapi cuma lesen L. Baru belajar nak ambik lesen, bawa motor boleh lah. Nak jadi cerita, petang tu saya terjatuh motor, dekat dengan hotel yang saya menginap. Lawak pun ada.... ada lah beberapa orang tolong angkat motor tu. Nasib baik tak rosak teruk dan saya pun tak tercedera. Malu pun ada jugak sebab yang bantu tu apek-apek Cina yang tengah lepak minum kopi kat restauran di tingkat bawah hotel yang saya nginap. Ucap terima kasih dan tauke hotel tu tolong tolak motor tu dan parking kat belakang kedai dia...dekat dapor.
Esok, saya akan mula perjalanan ke Chaah.... dengan motorsikal.
Saturday, May 1, 2010
Lambat Lagi Nak Dapat Bersiaran
Lama betul tak menulis, tengah banyak kerja. Kepala tengah berserabut, banyak benda yang belum settle. Ada review, budget meeting dan juga assignment yang kena buat. May nanti lagi sibuk, ada presentation untuk mid-term review dan lain2. Seminggu di KL nanti....
Harap-harap lepas Jun nanti semua settle, perjalanan ke Lana masih jauh lagi

Tuesday, March 9, 2010
Memoir _ AkhirNya Ke Lana (Bhg 39)
TEMUDUGA DAN TEMUDUGA
Lepas interview dengan SOCFIN , saya ada jugak "attend interview" dengan syarikat dan agensi lain. Antaranya ialah ESPEK dan Harrison Crossfield. Harrision ni kamii panggil "Harison Cross Padang". Waktu "interview" , salah sorang dari panelnya Mat Saleh. Semuanya berjalan lancar dan lepas habis interview, "course tutor" saya bergegas jumpa saya. En Ismail Abdullah atau kami panggil che Mail memang baik. Masih belum kawin waktu tu. Dia kira handsome jugak, kulit "fair" dan memang "cool". Tak tau sebab apa!
Che Mail komen saya tentang soalan bebas yang saya tanya...katanya itu soalan sensitif terutama untuk Mat Saleh tu. Sah saya tak dapat!. Harrision Crossfield kemudian bertukar nama kepada Golden Hope, jadi sebuah syarikat GLC dan sekarang dah "merge" dengan Guthrie dan Sime Darby menjadi Sime Darby Plantation. GLC jugak.
Temuduga ESPEK lagi unik sebab kami, para calun masuk secara ramai sekali gus dalam bilik temuduga. Antara calun nya ramai member satu kursus seperti Rahman Cina , orang Perak. Panel temuduga pun ramai jugak. Rasa pelik. Soalan ditanya banyak teknikal dan setiap orang kena jawab, selalunya ada saja yang beri jawapan berbeza. Saya tak dapat jugak tawaran dari ESPEK. Lemah rasanya!!
Satu pagi, masa "lecture" pagi, saya terlambat. "Lecturer" tengah tulis kat "papan hitam" dalam bilik "lecture" kayu kami yang serba kurang. Panas, sebab yang ada hanya lah kipas angin. Masuk ikut pintu belakang. Bila ";ecturer" tu tengah sibuk menulis, saya pun masuk...pelan-pelan. Member pulak asyik senyum dan ada yang "congrate" saya. Heran jugak. Bila dah duduk kat kerusi kosong, barisan belakang, rupanya ada surat tawaran dari SOCFIN. Bangga rasanya.
Gaji tawaran, pokok ialah RM1450 sebulan. Kira besar waktu tu. Seronok memang tak terkata. Lepas kelas, ramai lah yang bagi ucapaan tahniah. Cepat betul "news spread". Sampai kat kantin pun, ramai dah tahu. Yang bestnya, saya kena lapur diri secepatnya pada 1hb November 1983.. sebelum habis "sit final exam". Dah, mula pening..takkan lah nak kerja bila belum ada diploma kut..."exam" pun belum lagi.
Last sekali, saya hantar surat minta "postpone report duty". Nasib baik diterima. Jadi kena "report" pada 1hb January 1984. "Result pun belum tentu dapat lagi... Habis "exam", saya kena buat "medical check-up" kat panel klinik SOCFIN kat Jalan Pudu. Jadi naik bas ke sana. Sampai awal pagi terus, berjalan ke Jalan Pudu, selepas mandi koboi kat Pudu Raya.. susah juga sebab klinik tu bukan betul-betul tepi jalan..... Akhir nya jumpa jugak...berpeluh!

Subscribe to:
Posts (Atom)